Mulakan Bismillah sebelum membaca, Jadikan amalan sepanjang masa, Maaf dipohon tersilap bicara, Ini sekadar renungan bersama.. ^_^
"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-

Monday 30 December 2013

Jom upgrade diri kita, Muslimah..








Suka sangat dengar satu lagu ni. Lagu kak Oki Setiana Dewi, wanita muslimah.. Lebih kurang macam tu tajuk dia. ( Try search kat youtube )


Siapa yang tak nak jadi SOLEHAH..

Kalau tanya adik-adik yang kecil lagi tu pun, nak jadi bidadari dunia..


Inikan kita yang dah besar panjang..

Yang boleh menilai sendiri dengan akal dan hati kita..



SOLEHAH...

Subhanallah..

Hanya Tuhan yang tahu betapa mujahadahnya mereka menentang nafsu mereka..

Lebih-lebih lagi, akhir zaman ni..


Nak jadi SOLEHAH..

Perlukan mujahadah yang tinggi..

Tak perlu khawatir dengan apa yang mungkin terjadi..

Kerana Allah sentiasa bersama kita..



Jom wahai sahabatku muslimat..


Kita upgrade IMAN kita dan upgrade lagi azam kita untuk menjadi MUSLIMAH SOLEHAH..



Jangan berasa lelah di pertengahan jalan menuju Redha Tuhan Mu wahai MUSLIMAH SOLEHAH..



Untuk kakak-kakak dan adik-adik yang masih cuba memperbaiki diri, menutup aurat, menunaikan solat yang telah Allah wajibkan kat atas diri kita...

Teruskan usaha kalian ye..

Jangan putus asa dalam mencari keampunan dan rahmat Allah..



Lastly, hope terus dalam perjuangan diri kita untuk Islam, agama kita..



P/s : Love u all.. :)





Tuesday 24 December 2013

Exam..






'EXAM!!!!'


'Aduh..'



Exam.... around the corner!! so, masing-masing tengah prepare untuk final exam ni kan..

Study week ni confirm lah kan tak keluar bilik..or maybe kat library je..


Dan masa ni lah, kantuk bermaharaja lela... Baru baca satu, dua bab, kepala dah lentok..
* Adat orang study.. :D *


Dan masa last-last minute macam ni lah, ada juga yang baru faham..

" Lah... Senang je rupanya.."


Dan ada juga yang...

" Ish..menyesal nya tak study awal-awal...isk..isk.. "



See... :)


Terpulanglah apa jua ragam antum, dan gelagat antum masa study week ni....


ALL THE BEST..... :)





* By the way, perbetulkan niat kita semula dalam menuntut ilmu...
   Peringatan untuk saya dan antum..

Tuesday 17 December 2013

For u and me..



Hidup ni sekejap cuma..

Jangan lalaikan ia dengan perkara lagha..

Bannyak lagi perkara yang perlu kita buat..


Kita ni pemuda-pemudi..

Still ada tenaga untuk berkhidmat..

Mengapa perlu biarkan masa muda kita tanpa memberikan khidmat kita pada mereka?

Pada siapa?

Diri kita..keluarga kita..agama kita..bangsa kita..masyarakat kita..negara kita.. dan berkhidmat untuk semua..


Pedulikan pandangan manusia yang tidak suka dengan kita..

Pandangan Allah itu lebih penting..



Btw, akhirat jangan lupa..

Rasulullah bersabda :" Semua amal dengan niat.."

So, ikhlaskan niat dalam memberi khidmat..

Allah knows our intention..






* Just motivate myself...


Wednesday 11 December 2013

pesan pada hati,bermujahadahlah


Kakiku pantas berlari,
Berlari dan terus berlari.
Cuba meninggalkan bayang-bayang itu.

Namun, semakin jauh aku berlari,
Semakin dekat dia mampir di mindaku.

Pergilah...
Aku tidak mahu mengharap pada yang tidak pasti.
Aku bukan sesiapa..

Aku tidak sehebat ummul mukminin..
Yang dijanjikan Allah di syurga..

Aku tidak secantik bidadari,
Yang menunggu suami mereka di syurga nan indah..

Aku bukan sesiapa..


Aku hanyalah wanita akhir zaman
yang  sentiasa cuba untuk bermujahadah walaupun payah..


Aku hanyalah wanita akhir zaman,
yang menjadi lemah tatkala diri ditomah.


Adam menyangka aku wanita akhir zaman yang 'solehah',
Allah..Allah..
Layakkah aku?

Hanya Tuhan yang mampu menilai diri ini..


Ya Tuhan.
Jauhkanlah hatiku daripada cinta yang melalaikan aku daripada mencintaiMu..
Titipkan mujahadah dalam diri ku agar diri ini benar-benar ikhlas dalam setiap yang dilakukan..

Saturday 30 November 2013

Untuk gadis, jejaka, isteri dan suami



( Baca dulu..pic ni sekadar hiasan.. )




Mulakan hari dengan menyebut Allah..



Mulakan hari dengan Kalamullah..



Mulakan hari dengan senyuman..



Mulakan hari dengan membantu orang..



InsyaAllah, hari-hari kita akan bahagia..

Let's do the best in our life..

For what??

For ISLAM..


Jangan kata, kita MUSLIMAH..
wanita melayu terakhir..

Kita perlu lemah lembut sentiasa..

Ingat..
Tegas tetap perlu ada..

Dan untuk para jejaka yang gagah dan beriman di luar sana..

Bantu wanita,
Bukan kerana mereka lemah..

Bantu mereka,
Kerana mereka kaum yang melahirkan.

Ya..kaum yang penuh dengan nilai kasih sayang..
Kaum yang penuh emosi..

Kalau mahu hadapi mereka juga,
bukan dengan kekuatan..

Tapi dengan akal dan sikap lemah lembut anda terhadap mereka..



Untuk para suami pula..
.
.
.
Ingat sabda Rasulullah yang ini;

Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata: Rasulullah Sallallau ‘Alaihi Wasallam bersabda:

“Sebaik-baik kalian adalah (suami) yang paling baik terhadap keluarganya dan aku adalah yang paling baik terhadap keluargaku.”

(Hadis riwayat Tirmidzi dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Ash Shahihah (no. 285) 



Para isteri juga jangan terlalu suka, lalu berkata :

" Mestilah...our husband mesti berbuat baik pada isteri.. " dan sampai satu tahap kalian derhaka pada mereka.. Na'uzubillah.. 

Suami berbuat baik pada kalian, bukan bermakna mereka lemah dan takut pada kalian..

Ingat,

mereka ada ' kuasa ' dalam rumah tangga..

mereka juga manusia biasa..

yang tak akan kosong daripada membuat khilaf..


Kalian sebagai isteri, perlu support mereka..

Bukan menjadi peng'condemn' mereka..



Ingat para isteri!!

Kalian sangat mudah mendapat pahala..

Jangan sampai digelar isteri derhaka.. ( Nauzubillah min zalik )


 Rasulullah pernah bersabda :  
“Bila seorang wanita shalat lima waktu, puasa pada bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, ia akan masuk surga dari pintu mana saja yang ia inginkan.”


Ingat!! Gadis-gadis ayu dan manis di luar sana juga perlu ingat..

Kita juga akan mendapat title ' ister ' satu hari nanti ( InsyaAllah.. Kalau ada jodoh ye dak? )


Tetapi,



Untuk mengahadapinya, bersedia daripada sekarang..

Rohani dan juga jasmani..

Hubungan dengan Allah jangan lupa...





Dan satu lagi..

Pesanan daripada saya..

I love you..
ukhti..

Sayang sayang awak,
kakak-kakak dan adik-adik..

Tapi, awak juga perlu sayang pada diri awak..

Saya tak nak awak masuk neraka hanya kerana awak melanggar perintah Allah..

Awak tak tutup aurat. Sampai satu tahap, saya juga tak tahu nak cakap bahasa apa..

Saya sayang awak..saya sayang semua kaum hawa..

Tapi, saya tak tahu pula bahawa awak sendiri yang tak sayang diri sendiri..


Sanggup awak terima balasan Allah,


Hanya kerana jiwa awak meronta-ronta untuk menunjukkan rambut dan body awak yang cantik tu??


Sanggup awak terima balasan Allah,


Hanya kerana wearing baju kurung or baju yang longgar dan menutup aurat tu PANAS ???


Ingat!!

Neraka Allah BERGANDA-GANDA PANAS..



Ok.. sampai di sini sahaja ye.. :)

I have a lot of assignment and work to do..

So, fighting!!
Yup..fighting to change our life !!

p/s : pesanan dan renungan untuk diri ini khususnya.. Andai ada terkasar bahasa sepanjang menaip entry ini, maaf dipinta.. Saya juga hamba Allah.. 

Peace no war!! ^_^





Thursday 28 November 2013

Ekspedisi Tarbiyah ke Bukit Broga..



( View Bukit Broga.. Thanks pak cik google. )



Ekspedisi Tarbiyah!!
.
.
.
Mendaki bukit Broga..
.
.
.
Seronk rasanya bila buat aktiviti-aktiviti macam ni sekali-sekala.

Merehatkan minda yang serabut.Huh.( Tak serabut mana pun )


Tapi, BEST lah!! ^_^

Rasa macam nak pergi lagi.

Tengok ciptaan Allah yang indah daripada tempat yang tinggi.

SubhanAllah!! Cantik sangat. Nak tunjuk pemandangannya, tak ambil gambar pula.
Just ambil gambar kenangan saya dan rakan-rakan di situ. Tu pun guna phone kawan. Al-maklumlah, phone mahal sangat sampai orang nak..huhu ( gurau jer ). Allah dah tetapkan. Now, just guna phone biasa. Alhamdulillah. Dapat juga call family..


(Proceed..)

Ada sampai part yang boleh tahan curam tu, memang menggigil kaki kot nak naik. Rasa dah give up. Tapi, bila Munawarah ( sahabat saya ) cakap " MUSLIMAH MANA BOLEH LEMAH! ", terus semangat semula. Nampak tak permainannya di situ.. :D




( tak curam mana pun sebenarnya.. :) )




Yang paling seronok, bila dah jejakkan kaki ke puncaknya. Seriously..Best!! View memang cantik..
Hmm.. Seronok, seronok juga..jangan lupa mulut tu ucap ' SubhanAllah '. Seronok dapat, pahala pun dapat..



Sharing is caring. Just sharing my experince there.. :)








Munafiq kah kita??







Baring atas katil
.
.
.
buka buku dirasah fil Qur'an
.
.
.
chapter surah Munafiqun..
.
.
Mata sengaja dipejam rapat.



Termenung sendiri.. Ada part saya baca, sahabat bertanya pada sahabat yang lain, adakah sahabat mereka nampak sifat munafiq dalam diri mereka? Itu sahabat..yang hidup pada zaman Rasulullah. Yang sentiasa nampak Rasulullah. Yang penuh iman di dada. Yang penuh rasa cinta akan Islam.



Saya? Awak? Ada tak lihat dan cuba renung diri sendiri. Ada tak sifat-sifat munafiq dalam diri kita? Na'uzubillah.

Ada sesiapa yang tak tahu apa itu Munafiq?

Saya share sedikit tentang munafiq ye..


Dari segi bahasa iaitu orang yang menyembunyikan perkara atau maksud sebenar.

Dari sudut syarak iaitu seseorang yang tidak menzahirkan kekufuran dengan cara menyembunyikan di dalam hati.


Setakat ni faham tak maksud munafiq ni? InsyaAllah ye..



Senang cerita, orang Munafiq ni, mereka bersifat talam dua muka.
 berpura-pura menerima serta mengikut segala ajaran Islam namun sebenarnya di dalam hatinya tidak dapat menerima ajaran Islam yang suci ini.



Rasulullah bersabda yang bermaksud :

"Tanda Orang Munafiq ada tiga:  Apabila dia berbicara, dia berbohong. Apabila dia berjanji, dia mungkiri. Dan apabila dia diamanahkan, dia khianati."



Antara sifat-sifat mereka ni :

1 ) Menipu/ berdusta..

Gulp.. Pernah tak? ( mata ke atas, berfikir sendiri )

Masa zaman nabi dulu, ada yang cuba memporak perandakan Muhajirin dan Ansar.


Ingat tak kisah semasa perang Bani Mustalaq. Masa tu, hamba Umar ( Jahjahbin Sa'id ) dan juga Abdullah bin Ubai bin Salul iaitu Sunan al-Juhni. Masa tu, pasal air. Mereka bergaduh sehinggalah mereka menjerit kaum masing-masing. " Hai Muhajirin! " dan " Hai Ansar! ". Sehinggalah Abdullah bin Ubai bin Salul terdengar, maka dia berkata : " Sammin kolbak ya'kulak! " yang bermaksud, gemukkanlah anjing kau, nanti mereka akan memakan kau!. ( Yang ni, macam sindiran. Tahu kan sindiran. )

Dan dia menyambung lagi, nanti kalau dah sampai Madinah nanti, sudah tentu yang kuat ( mereka ) akan keluarkan/ halau yang lemah ( Rasulullah dan sahabat Muhajirin ). Maka, terdengarlah Zaid bin Arqam lalu memberitahu kepada Rasulullah apa yang dia dengar.

Bila Abdullah bin Ubai bin Salul dapat tahu, Rasulullah mendapat tahu apa yang telah dia bicarakan, terus dia pergi bertemu Rasulullah dan mendustakan khabar yang diberitahu oleh Zaid bin Arqam tadi. Ada riwayat yang mengatakan, masa itu Zaid seorang remaja. Lalu, dia mendustakan Zaid kerana kemungkinan Zaid tersalah dengar. Sehinggalah ayat lapan surah al- Munafiqun diturunkan, membenarkan Zaid.


Tengok tahap dusta Abdullah bin ubai bin Salul ( Ketua Munafiqun ). Depan nabi pun, dia masih mendustakan.


2) Menolak untuk berhukun dengan syariat Allah.

 Orang Munafiq luaran mereka nampak beriman. Namun, bila berhukum dengan syariat Allah, mereka menolaknya.


3) Mereka menyeru kepada kemungkaran, dan mencegah kebaikan.

Bilamana orang beriman berusaha melakukan amar ma'ruf dan nahi munkar, mereka lebih suka melakukan amar munkar, nahi ma'ruf..Hmm..Na'uzubillah.

4) Mereka memusuhi orang beriman.

Orang Munafiq gerun untuk bersama dengan orang beriman kerana risau kegiatan jahat mereka akan dihalang orang yang beriman, jadi mereka memusuhi mereka.

Yang ni mungkin kita tak sedar kot.
Contohnya, kita mula menjauhi orang-orang ataupun sahabat-sahabat yang suka menasihati kita,menegur kita. Mungkin. Ada perasaan benci mula terdetik di hati kita. Nau'zubillah.


Dan banyak lagi..Dalam hadith diatas yang saya sebutkan tadi juga sifat orang munafiq.


Maaf, kalau nak listkan banyak-banyak tak larat rasanya. Saya boleh share ini sahaja untuk hari ini. Lepas ni, ada kelas. So, mungkin sedikit sebanyak input ini mampu untuk membuatkan diri kita kembali bermuhasabah. Muhasabah tu penting..

 Salam dari penutut ilmu... :D

Thursday 21 November 2013

Jom positifkan diri..




Akak boleh!! Fighting!!



Hidup tidak selalunya indah..
Langit tak selalu cerah..
.
.
.
Yup.
Itulah aturan Tuhan..
.
.
.
Hidup ni tak sah kalau tak ada dugaan dan cabaran yang perlu kita hadapi.
so, untuk hadapi semua tu, perlulah dengan iman.
Bukan dengan emosi ye.



Kadang-kadang, hal kecil tu pun sebenarnya adalah dugaan untuk kita.
Cuma kita je yang tak perasan.


Let say,
Kalau kawan kita tiba-tiba tertumpahkan air atas kertas assignment kita..
Dah tu, assignment tu pula mesti submit esok.

Secara jujurnya,
apa yang kita rasa saat tu?
Marah?
Yup.. tipulah kan kalau tak marah..hee

Tapi, ada tak kita terfikir masa tu..


Mungkin Tuhan saja nak duga aku.
Yelah.. mana tahu dalam tak sengaja aku ada langgar perintahNya.
Dan mungkin juga Tuhan nak tengok tahap kesabaran aku..


Rasanya ada tak terfikir macam tu??


Haa..
Kalau tak ada, let's begin.

Cuba positifkan setiap yang berlaku..
InsyaAllah, result pun positif..

Tak percaya?
Cuba lah...

Dan istiqomah..kita kan mukmin.. So, terapkan nilai-nilai positif dalam diri kita..
InsyaAllah..


one more thing, jangan lupa baca Kahfi ye..Esok kan jumaat. Penghulu segala hari.
Hmm..mungkin ada yang kata :

Panjang sangatlah surah Kahfi. Tak sempat nak baca.

Ok. Untuk memudahkan dan mampu istiqomah membacanya setiap jumaat,
Cuba tip yang ni ;

Baca sedikit pada maghrib hari khamis.
Then, sambung sedikit lepas isya'

Esoknya, hari jumaat lepas subuh sambung sedikit lagi.
Kalau tak habis juga, sambung lepas zohor.


Kita sama-sama cuba ye..

- Maniskan iman, maniskan senyuman - 

Tuesday 19 November 2013

Memberi


(tambahan : rawat hati kita sebelum ianya semakin parah)
-sekadar peringatan yang tiada kaitan dengan entry-



Allah...
Allah...
Allahu robbi...

Hidup ini sekejap cuma.
Kita tak tahu pengakhiran hidup kita ni bagaimana..

Selagi kita dipinjamkan jiwa,
Manfaatkanlah kehidupan di dunia ni.

Biasakan diri menjadi insan yang memberi,
Memberi ilmu, memberi pertolongan, memberi senyuman,
memberi semangat dan memberi segalanya yang membuatkan diri kita dekat pada Allah..

Daripada perkara sebesar zarah..
Hinggalah sebesar perkara..




p/s : Nasihat untuk saya khususnya. Jangan hanya menasihati, tapi kita sendiri tak melakukannya.

Sunday 17 November 2013

Berharaplah pada Dia yang satu..


  




sedih bila cinta tidak berbalas oleh si dia?
huh..janganlah macam tuh..
Allah dah tetapkan yang terbaik untuk hambaNya.

Nak yang baik..Jadilah yang terbaik..
Nak yang menghormati, jadilah diri yang mengohormati insan lain dahulu.
Nak yang SOLEH..jadilah SOLEHAH terlebih dahulu..

Ni bukan hanya kata-kata kosong..
Apa yang kita mahu, semuanya bermula dengan diri kita..

- Jangan terlalu berharap pada hambaNya... Tetapi, berharaplah pada Pencipta kepada hambaNya-

Andai dia tak membalas cinta kita, Allah kan sentiasa ada..
Allah sentiasa balas cinta hambaNya..

Don't worry..

:P

Friday 8 November 2013

MUSLIMAH MUKMINAH





Tatkala diri mendengar 'MUSLIMAH MUKMINAH',
Sungguh, terbayang ketenangan dari raut wajah mereka..

Kerana mereka adalah WANITA ISLAM yang penuh dengan kesopanan dan kelembutan jiwa..
Kehalusan budi pekerti yang memikat hati..
Ketulusan budi bicara yang mententeramkan insan lain yang mendengarnya..

Mereka juga wanita yang punya prinsip diri,
Yang sentiasa memikirkan ALLAH bersama mereka,
Tiap saat, tiap ketika dan dimana jua...

Tatkala mereka terjatuh,
Allah lah yang mereka pilih untuk meluahkan segala rasa hati yang akhirnya memaksa mereka menitiskan air mata kesedihan,
Tatkala mereka gembira,
Kepada Allah lah mereka memanjatkan kesyukuran atas segala nikmat yang diberikan..
Tanpa ada rasa syak..

Mereka sedar, mereka hanyalah hamba Allah yang lemah jika mahu dibandingkan kaum Adam..
Namun, mereka mengatasinya dengan 'TAHAJUD' untuk menguatkan jiwa mereka.
Mereka melazimkan 'DHUHA' untuk menenangkan jiwa keperempuanan mereka yang sangat mudah dijentik oleh kata-kata insan.
Ya, mereka sedar..perasaan mereka sangat halus. Sangat halus sehinggakan andai ada kata insan yang membuatkan mereka tidak enak, mereka cepat tersinggung.. mereka cepat melatah..
Namun, mereka segera beristighfar. Tidak mahu terus-menerus menurut kata Syaitan yang ingin terus menyesatkan meraka..


MUSLIMAH MUKMINAH..


Kita di kategori mana? Layakkah kita dipanggil MUSLMAH  MUKMINAH, yang meletakkan Allah dalam segala hal..

Rakan gurau sedikit, cepat melenting. Bila result down sikit, terus lemah. Bila ditegur, terus melatah. Tahajud? Dhuha? Dah dilazimkan? Kalau nampak orang buat kebaikan sikit, kita fikir apa? 

Allahu robbi..Check hati kita wahai Muslimah. Kita bakal melahirkan generasi masa hadapan. Kita yang akan mencorakkan generasi itu dengan tangan kita. Terpulang! sama ada mahu mencorak mereka menjadi generasi rabbani atau sebaliknya. Tapi, sudah pasti kita mahu melihat mereka menggegar dunia dengan membawa Islam iaitu agama kita. Ingat, untuk mencapainya, semuanya bermula dengan diri kita wahai muslimah. Check diri kita, hati kita. Sudahkah kita meletakkan Allah dan Rasulnya di tangga teratas?

Allahu Robbi..

Muhasabah diri sendiri..






Sunday 3 November 2013

Perbaiki nawaitu..






" Wah..assignment banyak..exam lagi, presentationnya lagi. Allah.. peningnya kepala saya " Adu Solehah.


" Biasalah tu.. Jangan difikir sangat. Awak selesaikan satu-satu. Baru nampak teratur. Kalau fikir assignment ni tak siap, assignment tu prof nak, exam buku tak baca lagi, presentation lagi..Memang serabut. Calm down. Selesaikan satu-satu.." Sofiah memegang bahu Solehah. Nampak ke'serabut'an yang Solehah rasai.


" Hmm. Tu lah. Rasa macam tak dapat dah nak concentrate yang mana satu. " Balas Solehah sambil menyandarkan badannya di kerusi yang diduduknya. Matanya dipejam rapat. Sofiah merenung kembarnya yang kelihatan agak tertekan.


Sofiah bangun tiba-tiba. Tidak sampai dua minit dia kembali ke compartmen kembarnya yang hanya sebelah compartmennya.

" Nah. " Tangannya menghulur. Solehah membuka matanya.

" Baca ni. InsyaAllah, tenang sikit nanti. Then, baru awak sambung assignment awak tu." 

Solehah menyambut al-Quran yang dihulurkan Sofiah lalu tersenyum.


***********


" Alhamdulillah..siap pun akhirnya.. " Solehah meraup mukanya. Lepas ni dah kurang sikit kerja.

" Hmm. Bagus lah. Nanti, jangan lupa. Whatever you do, keep Allah in your heart. Baru, tak tension coz kita buat semua tu kerana Allah.. Bukan sebab terpaksa or sebab nak markah. Tapi, sebab itu adalah tanggungjawab kita. Ingat.." Pesan Sofiah tatkala melihat kembarnya mula mengemas meja yang sebentar tadi dipenuhi dengan buku.

Solehah hanya tersenyum sumbing lalu mengangguk.

Macam tahu-tahu jer. Tapi, memang betul pun. Perbetulkan nawaitu kita dalam menuntut ilmu. Kalau tak, tengoklah situasi tadi, tension. Sebab apa? faham-faham saja lah.

Semua orang nak berjaya. Saya pun sama.. From now, niatkan dalam hati menuntut ilmu kerana Allah.. Tok seh fikir benda-benda lain ni. Buang masa. 

Dan jangan lupa, manage masa dengan baik. Masa tu penting. Kita tak akan dapat kembalikan masa ataupun melambatkan masa kita..

Firman Allah taala :

 " Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian. "

 Surah al-asr


Saturday 2 November 2013

Don't give up..







Kakak, jangan pernah berputus asa.. 

Biasalah tu.. adat dalam kehidupan dunia yang sementara ni.

Sekejap di atas, dan sekejap di bawah.

Mana ada pensyarah yang terus jadi pensyarah tanpa melalui hari-hari sebagai seorang pelajar..

Mana ada doktor yang akhirnya mampu merawat pesakit dengan izin Allah, tanpa melalui hari-harinya sebagai seorang pelajar..

Mana ada guru yang akhirnya mampu mendidik pelajarnya, tanpa dia melalui hari-hari sebagai seorang pelajar juga..

Ya.. semua kita adalah pelajar.
Pelajar yang belajar di universiti kehidupan..

Jatuh, bangun.. Itu adalah adat!

Dan itulah yang sepatutnya membuatkan kita lebih bersemangat untuk terus belajar dalam universiti kehidupan yang ditetapkan oleh Allah..

Ingat kakak,
Jangan pernah lelah...
kerana Allah sentiasa bersama dengan kita..

                        " Aku bersama apa yang yang hambaku fikirkan.."

 - Hadith kudsi.


Psst : Nasihat buat diri ini yang sedang lemah..




           Ya Allah.
          Aku hanyalah hambaMu yang lemah.
          Yang tidak akan pernah lari daripada membuat kesilapan..
          Ampunilah dosaku juga ibu bapaku..
          Tenangkanlah hatiku dalam menjalani kehidupan yang telah Engkau tetapkan..
          Ameen ya Robb..

Friday 25 October 2013

Selamatkan.. :)



( gambar sekadar hiasan..^_^ )



" Tu lah. Kan aku cakap, jangan lambat. Semalam lagi aku dah pesan kat kau. Dah, ni kita nak buat apa? Takkan nak stay kat sini lagi? Kalau kita ketuk pun, prof belum tentu nak buka. " Bebel Sarah pada roommate nya merangkap classmate nya. Terasa bahang pula pagi tu. Sememangnya, jika student datang lewat, prof mereka untuk subjek creative thinking ni memang tak bagi muka. Ada yang pernah dimarahi depan rakan kelas mereka. Yang kasihannya, mereka tidak dibenarkan ikuti kelas pada hari itu walaupun telah dimarahi. Memang pengajaran bagi mereka. PENGAJARAN !
Hanisah memandang Sarah dengan muka geram. Macamlah salah dirinya seorang. Walhal, minah yang berdiri di sebelahnya juga turut sempat berjalan lenggang-lenggok  walaupun dirinya sudah ulang banyak kali bahawa mereka sudah kesuntukan masa. Hah, ni lah makannya!

" Awak ni. Nak blame pada saya seorang saja. Apa kurangnya awak? huh." Kalau syaitan sudah merasuk, ni lah jadinya. Masing-masing cuba backup diri sendiri. Itulah, inilah. Tak kira lagi yang sanggup tidak bertegur sapa walaupun setiap hari bertembung. Manusia oh manusia ( termasuk diri ini ).

" Huh. Dah memang salah kau. Apa fasal pula nak blame on me? Dah terang lagi bersuluh. " Bidas Sarah pantas. Terasa panas pula hatinya mendengar. Rasa macam nak cekik sahaja rakannya yang seorang ini. Geram. Itu lah yang dia rasakan saat ini. 

" Haishh.. dahlah. Kalau masing-masing asyik nak menuduh saja, tak ke mana lah kita. Benda dah jadi. Nak putarkan masa memang tak dapat dan mustahil. " Hanisah cuba kendurkan suasana yang sedari mula tegang. Dia beristighfar sebanyak mungkin. 'Sukalah syaitan lihat mereka saling menuduh sebentar tadi.' Fikirnya kemudian. Sarah yang mendengar, hanya mendiamkan dirinya sesaat. Mungkin, dia juga sedang beristighfar, meredakan hati, menepis hasutan dan godaan syaitan yang ingin melihat anak Adam bertelagah sesama mereka.

Suasana diam seketika. Namun, kaki mereka terus melangkah keluar daripada bangunan pengajian mereka menuju cafe di bahagian center universiti mereka.

" Sorry. " Ucap Sarah sepatah tatkala mereka melabuhkan punggung mereka di kerusi cafe HS. Hanisah menoleh. Terasa janggal pula bila masing-masing mendiamkan diri sebentar tadi.

" Tak. Saya yang sepatutnya minta maaf pada awak. Sebab saya, awak tak masuk kelas hari ini. Sebab saya, awak tertinggal pelajaran hari ini. " Balas Hanisah perlahan. Namun, kata-katanya masih boleh didengari oleh Sarah.

" Saya pun salah. Terlalu mengikut emosi dan menyalahkan awak. Walhal, tu salah saya juga. Sorry. " Ucap Sarah untuk ke sekian kalinya. Rasa bersalah mula bertamu di hatinya. Dia terlalu mengikut emosinya dan sanggup menyalahkan rakannya yang seorang itu walaupun dia tahu, inilah yang pertama kalinya Hanisah lambat ke kelas. Selalunya, dialah orang yang terawal berada di kelas itu. Hanisah tersenyum lalu mengangguk mendengar permintaan maaf Sarah. Yang penting, ia salah mereka berdua. 

*******************

" Sarah, awak ingat tak hadith ni ? " Tanya Hanisah tatkala mereka sedang bersantai di bilik yang dikongsi oleh mereka. Sejurus itu, dia membaca satu hadith Rasulullah kepada Sarah.


: عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم قال 
" المسلم من سلم المسلم من لسانه ويده والمهاجر من هجر ما نهى الله عنه "
( HR Bukhori dan Muslim ) 


" Ha..hadith ni, saya pernah dengar. Tapi apa maksudnya ye? Lupa lah. " Sarah menepuk dahinya lalu tersenyum menampakkan barisan giginya. Dia akui, dirinya bukanlah hebat dalam ilmu agama. Apatah lagi, sekarang ini dia mengambil jurusan Human Science. Dan sebelum ini, dia hanyalah seorang pelajar sekolah menengah biasa yang tidak pernah bergaul dan bercampur dengan pelajar sekolah menengah agama. Hadith yang Hanisah bacakan padanya itu, pernah didengarinya daripada mulut Hanisah juga sebelum ini. Dia bersyukur kerana Tuhan menemukannya dengan Hanisah, rakan yang banyak membantunya dan menasihatinya setiap ketika selepas kedua ibu bapannya.

" Haish.. Macam mana boleh tak ingat ni? " Soal Hanisah. Bergurau. Dia sedia maklum, bahawa Sarah berasal daripada keluarga yang biasa. Berpendidikan daripada sekolah biasa, bukanlah daripada sekolah agama. Sarah masih tersenyum sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

" tak mengapalah. Maksud hadith ini ialah , " 

 Daripada Abdullah bin Amr r.a, Nabi s.a.w bersabda, :
" Seorang muslim adalah orang yang menyelamatkan Muslimin yang lain dengan lidah dan tangannya. Dan orang yang berhijrah adalah orang yang meninggalkan larangannya. "

" Ye..ye..baru saya ingat. Awak pernah beritahu saya, yang dinamakan Muslim tu, dia selamatkan muslim yang lain daripada lidah dan tangannya. Maksudnya, dia tak akan menyakiti muslim yang lain dengan kata-katanya dan juga perbuatannya. Betul kan? " Tanya Sarah untuk memastikan apa yang dia cakap adalah betul. Hanisah mendengar setiap butir bicara yang keluar daripada mulut rakannya itu dengan teliti lalu dia mengangguk beberapa kali.

" Yup, betul tu. 1 markah untuk awak. " Hanisah menepuk tangannya, meraikan markah yang tidak seberapa yang diberinya untuk Sarah.

" Aik. 1 markah saja? Kedekutnya. Kalau awak jadi lecturer, saya tak nak register di kelas awak. " Sarah membuat muka tidak puas hati.

" Yelah. Cukuplah tu. 1 markah daripada saya dan selebihnya daripada Allah. Kalau awak buat, awak dapatlah markah tu. " Balas Hanisah tersenyum, menyedarkan kembali diri Sarah. Dia tahu tentang hadith tu, tapi dia lupa mempraktikkannya dalam kehidupannya. Seketika dia teringat akan kata-katanya tempoh hari pada Hanisah tatkala mereka terlewat ke kelas. Tiba-tiba, hatinya berasa salah yang amat.

" Nisah.." Panggil Sarah perlahan tatkala Hanisah sudah mula membuka laptopnya. Hanisah menoleh ke arah Sarah. ' Tiba-tiba pula Sarah ni. Sedih semacam. Aku ada tersalah cakap ke? ' Desis hati kecil Hanisah tatkala mendengar panggilan Sarah yang perlahan itu.

" Maaf sebab sakitkan hati awak tempoh hari. " Sambung Sarah. Hanisah mengerutkan keningnya. Tidak mengerti.

" Hari tu, yang kita lewat ke kelas tu, kan saya ada blame awak. Mesti awak terasa hati masa tu kan? " Sambung Sarah lagi apabila melihat muka 'blur' rakannya itu. Sejurus mendengar itu, Hanisah tersenyum. Sedikit pun dia tidak terasa hati, malah terasa berdosa sebab mulutnya juga melepaskan kata yang mungkin menyakiti Sarah. Terasa berdosa sangat. Allah sahaja yang tahu betapa rasa bersalah sangat dirinya pada Sarah.

" Haish..Yang dah lepas tu, lepas lah. Tapi, jangan dilupakan. " Balas Hanisah mengurangkan rasa bersalah di hati Sarah.

" Jangan dilupakan? Maksud awak? " Sarah mengerutkan keningnya, tidak mengerti apa yang cuba Hanisah sampaikan. Mungkinkah itu adalah warning kepada dirinya supaya ingat perkara itu.

" Maksud saya, jangan dilupakan supaya kita tidak akan mengulanginya untuk kesekian kalinya. Dan supaya kita ingat selalu, bahawa muslim tu adalah orang menjaga muslim yang lain dengan tidak menyakitinya dengan lisan mahupun perbuatan. Ha..ni peringatan khasnya untuk saya dan juga awak. " Hanisah menyambung. Sarah mengangguk sambil memerhatikan Hanisah yang mula menaip sesuatu.


Note untuk diriku,

Lelaki yang kuat bukanlah dilihat daripada tubuhnya yang sasa,
tetapi, dilihat daripada bagaimana dia menahan marahnnya..

Walaupun diri ini bukanlah lelaki, namun ingat perkara ini.
Highlightkan dalam kepala ye Hanisah.. 
Jangan marah, nanti cepat tua..

Maniskan Iman, Maniskan senyumanmu  :)



Friday 4 October 2013

Shawl...:)

" Lah, akak ni.. kan adik pakai shawl ni. Bukannya tak pakai pun. Kira tutup auratlah ni. " Atirah melihat kakaknya dengan riak tidak puas hati.  Amirah pula memandang adiknya tanpa perasaan. Seperti memikirkan sesuatu.

" Ye lah dik. Akak nampak betapa comel nya adik akak yang seorang ni bila pakai shawl ni. Terserlah gitu keayuan mu, adikku. " Mukaddimah Amirah lalu tersenyum menampakkan barisan giginya yang memutih. Kedengaran ketawa kecil di situ. Atirah mengangguk. Bangga dengan pujian yang diberi Amirah.

" Tapi, " part ni yang Atirah malas mahu dengar. Ada saja yang tidak kena pada mata kakaknya itu.
 Amirah menyentuh shawl yang menutupi rambut cantik itu.

" Kenapa dengan shawl ni? Kan cantik. Akak juga cakap cantik tadi. " Tanya Atirah tidak puas hati bila Amirah menyentuh shawl yang dipakainya dengan kerutan di dahinya.

" Ye lah. Cantik. Tapi, ada satu kurang nya. " Balas Amirah lambat-lambat.

" Apa dia? " Tanya Atirah lagi. Mungkin betul kata kakaknya. Mesti ada yang terkurang. Kalau ada yang terkurang, maknanya kurang cantiklah dia nanti..huhu

" Apa kata, Atirah labuhkan sedikit shawl tu depan dan belakang. Laaaaaaaaaaaaaaagi cantik ! " Balas Amirah seraya tersenyum. Atirah mengerutkan dahinya. Haish..

" Akak ni. Pendek macam ni dah cantiklah. Nanti, labuh depan, labuh belakang dah macam apa dah.. " Bebel Atirah. Geram.' Kan dah cantik, buat apa nak di labuhkan lagi. Bergayalah sikit. ' Getus hatinya, panas dan geram.

" Herm.. dik. macam ni lah..akak bagi satu analogi. Adik suka makan keropok kan?hehehe.." Amirah bertanya. Atirah mengangguk.

" Bayangkan, adik tengah nak beli keropok yang adik minat tu..keropok apa ea? Ha..keropok 'super ring' tu kan.." Atirah buat muka. Malas pun ada juga nak layan kakaknya. Dia sudahlah mahu cepat. Kakaknya pula nak bagi 'ceramah' free..haih...kakak oh kakak..

" Kebetulan keropok tu tinggal 2 saja.."

" Mustahillah. Takkan lah Pak cik Ali tu tak ada duit nak beli stok keropok tu. Bukannya mahal sangat. " Pantas Atirah mencelah. Seakan tidak puas hati.

" Kan akak cakap kebetulan jer. Haish, budak ni.." Balas Amirah. ' Sabar Mira..Adik kau ni.' Desis hati kecil Amirah.

" Ye..ye..k. sambung."

" Kebetulan keropok tu tinggal 2 saja. Masa tu pula, 1 keropok still cantik bungkusannya. Manakala 1 lagi, seperti ada bekas orang buka. Tak besar pun. Kecil saja . Mana satu yang adik pilih? " Amirah memandang muka adiknya yang masih merenungnya.

" Dah tentulah adik pilih yang cantik dan baik bungkusannya. Takkan nak ambil yang 1 lagi tu kot. Mana tahu ada semut. Mungkin juga, isinya juga dah kurang.. Alah, akak ni..Soalan apa ni? Baik akak tanya soalan ni pada Ika, anak Abang tu. " Balas Atirah dengan memek muka yang agak membosankan.

" That's right! Ahah..1 markah untuk adik. " Amirah menepuk tangannya sekuat mungkin.

" Adik tahu tak..macam tu juga dengan aurat kita, wanita muslimah. Kita pakai tudung, shawl dan seangkatannya tapi still tak sempurna. Ada lubang sana, ada lubang sini. "

" Islam mengajar kita supaya menutup aurat dengan sempurna. Baru nampak kebaikan yang terselindung di sebalik kewajipan menutup aurat tu. "

" Lagi satu, adik tak suka kalau adik dapat keropok yang kurang isinya kerana sudah di makan sedikit oleh orang lain sedangkan adik sudah bayar harga yang sama macam harga keropok yang masih tidak dibuka dan dimakan orang. Betul kan? " Atirah mengangguk.

" Macam tu juga bakal suami adik. Kasihan dia sebab bersusah-payah mengumpul duit sebab nakkan ikatan yang sah, nakkan adik hanya untuknya..Sayangnya, sama saja dengan lelaki lain di luar sana. Dapat melihat bentuk tubuh adik. Yang bezanya, rambut adik, lelaki-lelaki di luar sana tak nampak. Dan suami adik tu boleh lihat rambut adik. Tu je.." Sambung Amirah. Bukannya adiknya jenis memakai pakaian yang ketat-ketat , namun perkara tu perlu di tekankan juga. Perempuan.. Nafsu untuk kelihatan cantik tu tetap ada. Khawatir terikut-ikut rakan.

" Oh...cakaplah daripada awal. Baru adik faham. Akak ni pun satu, lambat sangat. Adik dah lambat dah ni.. Sekejap ye. Adik tukar 'style' jap.. " Atirah meluru masuk ke bilik yang dikongsi mereka. Amirah tersenyum senang. Huh.. Lega rasanya bila sudah disampaikan.

" Hah..kan cantik tu.. Laaaaaaaaaaagi ayu dan caaaaaaaaaantik daripada tadi.." Amirah memuji adiknya tatkala kornea matanya menjamah adiknya yang sudah me' labuh' kan bahagian depan dan belakang shawl yang dipakainya. Siapa cakap, orang yang pakai shawl tak boleh LABUH kan shawl mereka?? Meh sini nak piat telinga..

Atirah tersenyum mendengar pujian daripada mulut kakaknya itu. Kedengaran lagi 'ikhlas' bunyinya.

" Ok..Adik pergi dulu..Dah lambat dah ni. Terima kasih kak. Assalamualaikum.. " Cepat-cepat Atirah beredar sebelum berpatah balik untuk menyalam tangan Amirah. Amiah hanya menghantar adiknya melalui pandangan matanya.

' Alhamdulilllah ya Allah.. '





Sunday 29 September 2013

Psstt..Psstt..





' Allah..Allah...sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik perancang. Ameen.. ' Tangis Aisyah dalam sendunya menghadap illahi. Telekungnya yang menjadi kain lapik tangan yang menadah lemah, memohon petunjuk illahi juga turut terasa basahnya. Allah, andai hati ini mudah disuburkan kembali dengan air mata ini..Bantulah hambaMu yang hina ini.

Hatinya remuk.

Hatinya hancur.

Hatinya luluh.

Semuanya hanya DIA yang tahu.

Dalam keriangan dia bersenda gurau, tersimpan hati yang sarat dengan kesedihan. Dalam dia tersenyum menyenangkan hati insan lain, tersimpan hati yang bajat dengan kelukaan.
Kelukaan? Kesedihan?
Pergilah jauh dari hati hamba yang masih mengharap redha Illahi.
Walau diri ini tahu,
Betapa banyaknya dosa yang tiada noktahnya..
Namun, Tuhan tu Maha Pengasih..
Dia Maha Penyayang..
Dia Maha PENGAMPUN.

" Aisyah..Aisyah..Sudahlah tu. Jangan disimpan seorang. Nanti hati Aisyah juga merana. Meh khabaq kat akak. Mana tahu akak boleh tolong. " Khadijah bertanya tatkala melihat sesesuk tubuh itu 'asyik' memandang bukit tinggi bertentangan 'compartmen'nya. Kerap kali juga dia melihat Aisyah sebegitu rupa. Asyik dalam dunianya. Kadang-kadang, tatkala membaca buku juga dia seperti hilang tumpuan. Rasa kasihan membenak. Dia juga seperti tidak senang duduk melihat perubahan 'roommate' nya itu.

Daripada Nu'man bin Basyir r.a. , Nabi s.a.w bersabda :

" Kemesraan, kasih sayang, dan saling berbelas kasihan antara orang mukmin diibaratkan seperti satu jasad; apabila satu anggota mengadu kesakitan seluruh jasad akan turut serta berjaga malam dan merasa panas dan gusar. " 
( Riwayat al- Bukhari dan Muslim )

Aisyah menoleh ke arah suara itu. Kak Khadijah. Seketika dia menghulurkan senyumannya seperti biasa. Dia mempelawa kerusinya lalu dia mengambil tempat di hujung katil.

" Ada apa-apa yang akak boleh tolong? " Tanya Khadijah untuk kesekian kalinya. Dia yakin, mesti ada sesuatu yang disembunyikan Aisyah. Aisyah tersenyum sahaja mendengar pertanyaan Khadijah sebelum dia melontarkan semula pandangannya ke luar.

Ada keluhan halus di situ.
Untuk apa keluhan itu? Dia sendiri tidak pasti. Adakah dia merasa beban dengan ujian ini. Allahu robbi..

Pergilah jauh kesedihan. Aku masih mengharap REDHA NYA. 
'Allah, jangan kau bolak-balikkan hatiku ini Ya Allah.'

" Akak, akak pernah tak rasa sedihnya bila berpisah dengan insan yang akak sayang? " Akhirnya dia bersuara.

" Maksud Aisyah insan yang akak sayang tu , siapa? terlalu umum. Cuba spesifik kan. Kalau nak kata insan yang akak sayang tu ramai. Mak, ayah akak..Abang akak. Hmm. " Khadijah membalas. Keningnya diangkat sedikit. Namun, jauh di sudut hatinya, dia seperti mengerti.

" Erm..ni yang saya susah sikit nak cakap ni. Malu lah kak. " Aisyah membalas. Dia seperti hilang idea ingin bertanya lebih lanjut. Malu. Biarlah dia sahaja yang tahu.Dan...........Allah.

Aisyah diam. Lama.

" Jangan kata yang Aisyah dah berpisah dengan si dia yang Aisyah selalu mesej tu. " Tiba-tiba Khadijah bersuara. Ada senyuman di situ. Aisyah menoleh. Terkejut dengan pernyataan Khadijah.


....yang Aisyah selalu mesej tu.
" Akak tahu? " Dia bertanya.

" Allah lebih tahu. " Khadijah membalas. Ringkas. Namun, boleh menyentapkan hati sesiapa sahaja yang mendengar. Termasuklah Aisyah.

Air mata Aisyah terus mengalir. Dia tersedar untuk kesekian kalinya

 " Itulah yang saya fikirkan, kak. Saya rasa berdosa sangat dengan DIA. Saya leka. Saya lalai. Sampaikan solat saya pun, saya asyik terfikirkan si dia. Saya rasa diri saya makin jauh dari DIA. Bukan makin dekat. JAUH. JAUH. " Tangis Aisyah. Khadijah diam, mendengar setiap yang terluah dari bibir itu. Lembut tangannya membelai belakang gadis itu.
' luahlah dik...andai itu membuatmu lega dan baik sangka dengan Allah..' monolog Khadijah sendirian.

" Si dia baik. Tapi, dia melalaikan saya. Saya masih punya tanggungjawab. Tanggungjawab sebagai anak. Tanggungjawab sebagai kakak dan juga adik."

" Kadang-kadang, saya sendiri tak perasan bahawa saya telah melukakan hati kedua orang tua saya. Melukakan hati orang-orang yang saya sayang. " Sendu Aisyah lagi. Dia mengambil tisu yang dihulurkan Khadijah. Dilap air mata yang masih mengalir laju membasahi pipinya.

" Tapi..." Senyap. Mungin sebak untuk meluahkan segalanya.

" Tapi, Allah baik. Allah sedarkan saya dengan melontarkan rasa 'bersalah' dalam diri saya. "

" Allah baik.. walaupun ketika saya menghadapNya pun, saya terfikir akan hambaNya.. DIA masih menerbitkan rasa 'malu' atas perbuatan saya..perbuatan yang hanya sia-sia. Yang tidak beroleh manfaat satu pun daripadanya melainkan lalai dan leka. " Aisyah menyambung. Khadijah yang sedari tadi mendengar, mengangguk. Mengiyakan kata-kata Aisyah.

" Aisyah.." Panggil Khadijah lembut. Aisyah mengangguk. Namun, mukanya menunduk. Malu untuk menatap mata 'kakak' yang terlalu baik padanya. Apakah persepsi Kak Khadijah pada dirinya selepas mendengar ini daripada mulutnya?

" Dik, perasaan cinta, suka itu adalah fitrah. Kalau akak tak ada perasaan tu, akak tak normal rasanya. " Mukaddimah Khadijah lalu tersenyum. Mengurangkan sedikit rasa yang menghimpit dada Aisyah. Aisyah mula mengangkat wajahnya, menatap raut wajah Khadijah.

" Cinta.. Cinta kepada Allah, cinta kepada rasulullah, cinta kepada ibu ayah, adik-beradik, atuk nenek, cinta kepada segalanya.. " Sambung Khadijah. Aisyah masih menatap wajah itu. Lembut. Menyenangkan hatinya. Tutur katanya juga mendamaikan.

" Tapi ada satu cinta ni, mostly membuatkan manusia terleka. Cinta kepada yang berlainan jenis, iaitu cinta antara lelaki dan perempuan.. Cinta itu tak salah sebab cinta tu fitrah. Tapi, cara manusia mengawalnya itu bagaimana? "

" Ingat tak kisah Nabi Adam dan Siti Hawa yang Allah ceritakan di dalam al-Quran? "

" Adam kesepian di syurga walau dikelilingi dengan nikmat yang terlalu banyak. Lalu, Allah cipta Hawa untuk Adam. "

“Hai Adam, diamlah engkau bersama isterimu di dalam syurga dan makanlah (serta nikmatilah) apa saja yang kamu berdua ingini, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini(Pohon Khuldi) karena (apabila mendekatinya) kamu berdua akan menjadi zalim”. (Al-A’raaf: 19).
" Lalu, apabila mereka dicampak ke bumi, mereka terpisah. Lebih kurang 300 tahun baru bertemu semula. Dan di Jabal Rahmahlah mereka bertemu." Sambung Khadijah lagi.

" Allah cipta Zulaikha untuk Nabi Yusuf. Ingat lagi kisah cinta Zulaika pada Yusuf? Allah..indahnya cinta mereka sehingga Allah rakamkan dalam surah Yusuf  ayat 21 sehinggalah Yusuf a.s di penjarakan pada ayat 36 surah yang sama, kerana fitnah kononnya Yusuf a.s mengoda Zulaikha , isteri al-Aziz. Bagaimanapun pada ayat 51 surah yang sama Allah berfirman, maksudnya :

Isteri Al Aziz pun berkata: Sekarang ternyatalah kebenaran, akulah yang memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan sesungguhnya adalah ia dari orang yang benar.  
( Yusuf :51 )

" Selepas ayat tersebut Al Quran tidak menceritakan kesudahan hubungan Zulaikha dengan Yusuf a.s.
Bagaimanapun Ibn Katsir didalam Tafsir Surah Yusuf memetik :

Muhammad bin Ishak berkata bahawa kedudukan yang diberikan kepada Yusuf a.s oleh raja Mesir adalah kedudukan yang dahulunya dimiliki oleh suami Zulaikha yang telah dipecat. Juga disebut-sebut bahwa Yusuf telah beristrikan Zu­laikha sesudah suaminya meninggal dunia, dan diceritakan bah­wa pada suatu ketika berkatalah Yusuf kepada Zulaikha setelah ia menjadi isterinya, 
“Tidakkah keadaan dan hubungan kita se­karang ini lebih baik dari apa yang pernah engkau inginkan?” 
Zulaikha menjawab,
“Janganlah engkau menyalahkan aku, hai kekasihku, aku sebagai wanita yang cantik, muda belia bersuamikan seorang pemuda yang berketerampilan dingin, menemui­mu sebagai pemuda yang tampan, gagah perkasa bertubuh indah, apakah salah bila aku jatuh cinta kepadamu dan lupa akan ke­dudukanku sebagai wanita yang bersuami?”

Dikisahkan bahwa Yusuf waktu kawin dengan Zulaikha, ia menemuinya masih gadis (perawan) dan dari perkawinan itu memperoleh dua orang putra: Ifraitsim bin Yusuf dan Misya bin Yusuf." **1

" Sweetkan..." Khadijah membuat muka terujanya. Aisyah mengangguk, mengiyakan. Tidak ada lagi air mata yang kelihatan di wajah itu.

" Tapi, cinta itu mestilah dikawal. Supaya kita tidak terlalu mengikut kata hati dan nafsu yang mencengkam." Sambung Khadijah lagi. Ringkas tapi mendalam. 

Ramai remaja sekarang yang tewas dengan cinta. 'Cinta itu Buta'. Ya. Cinta itu buta bilamana cinta itu berpaksi kepada nafsu dan keinginan semata. Ya. Cinta itu buta bilamana tiada ilmu dalam memahami mendalamnya maksud cinta.

Cinta itu suci.

Tapi, kesuciannya diragut lantas menjadikan semua mempunyai perspektif yang lari daripada fitrah cinta itu.

" Dan sungguh perempuan itu berkehendak kepadanya ( yusuf ). Dan Yusuf pun berkehendak kepadanya, sekiranya dia tidak melihat tanda (dari) Tuhannya. Demikianlah kami palingkan darinya keburukan dan kekejian. Sungguh, dia ( Yusuf ) termasuk hamba kami yang terpilih. " ( surah Yusuf : 24 )  
" Lihat bagaimana remaja sekarang mengurus cinta.." Khadijah menambah. Aisyah semakin tekun mendengar. Lupa seketika kesedihan yang melanda dirinya sebentar tadi.

" Disebabkan ketandusan ilmu dan hilang pertimbangan dalam akal yang waras, mereka sanggup melakukan apa sahaja demi cinta. tu yang kita selalu dengar perempuan terjun bangunan lah. Lelaki bunuh teman wanita kerana frust. Macam-macam lagi. Tu tak termasuk yang berzina lagi. Nauzubillahi min zalik."

" Allah.." Aisyah mengeluh perlahan. Benarlah. Itu realiti dunia sekarang. Dia jadi takut.

" Herm..berbalik pada Cerita Aisyah..Maaf ye dik, panjang lebar pula akak membebel.. bagi akak, dalam situasi adik ni, memang tak salah. Mungkin. Selagimana adik menjaga batasan dalam hubungan adik dengan si dia tu. Tapi, adik mesti ingat...kita ni pelajar. Bakal peneraju bangsa. Orang di luar sana ramai mengharapkan kita. Mahasiswa dan mahasisiwi. Untuk apa? untuk mengubah negara kita. Kita lah bakal pemimpin ummah. Dan kita jugalah yang bakal melahirkan generasi rabbani pada masa akan datang. " Panjang lebar Khadijah bercerita. Aisyah tersenyum seraya mengangguk. Dia memeluk Khadijah untuk seketika. Terharu.

" Terima kasih kak. Apa-apa pun you are the best! " Aisyah mengeratkan dakapannya. Terasa ada semangat baru.


Pssst... pssst.. 

" Ilmu itu adalah cahaya, dan cahaya Allah tidak akan memasuki kepada orang yang membuat maksiat."


**1. Dipetik daripada : Kisah Cinta Zulaikha Dan Nabi Yusuf / KHALIFAH http://khalifahalhidayah.blogspot.com/2013/04/kisah-cinta-zulaikha-dan-nabi-yusuf.html#ixzz2gF5SCRer 





Friday 20 September 2013

Tegur...:)




" Isk..isk..isk..Saya sedih sangat..sedih sangat.." Sofiah mendengar sahaja rintihan rakannya yang seorang. Sejak tadi dia masih menunggu ungkapan seterusnya. Mungkin di situ persoalan akan terjawab. Zakiah yang sedari tadi teresak-esak menangis dibiarkan seketika. Sofiah tidak mahu memaksa rakannya itu untuk bercerita. Tetapi, bagaimana mungkin dia menolong Zakiah kalau dia masih menangis dan tidak bercerita.

" Kenapa Zakiah? Takkan jauh berjalan, sakit dada menahan. Cuba cerita sikit. " Sofiah bertanya akhirnya. Tidak sampai hati pula dibiarkan rakannya yang seorang itu teresak-esak menahan tangis.

" Saya sedih.." Lama dia terdiam. Mungkin untuk bercerita tu membuatkan dadanya makin sebak.

" Baru seminggu tinggalkan kampung tu, bila pergi semula kampung tu, dia macam tak kenal saya. " Dia menyambung. Tersedu-sedan dia bercerita. Rasa kasihan pula bertamu di jiwa Sofiah.

Dia? Ahah..mesti gadis yang dia kenal masa pergi sana.



 " ada dua orang gadis tu, malu-malu dengan saya. " 
"Tapi, best tau.. Ye lah, kat sana tak semua Muslim. Ada yang baru je kembali ke agama fitrah ( islam ).  Ada yang tu pula, nak convert to Islam, by the way he or she said : " but we have to pray.." macam-macam. Ye lah, kita ni pun masih bertatih lagi dalam jalan dakwah. Nak ajak terus tu tak boleh lah. Lastly, I told her/ him that Islam is not that sort of religion. Islam is very kind. If you had decide to convert to Islam.. Go ahead. Tak ada paksaan dalam agama Islam. Kalau bab solat tu. Itu memang wajib dalam Islam. Macam others religion. Ada sembahyang nya yang tersendiri." Zakiah senyum.  

" Solat dalam Islam ada tujuan dan peranannya. ' worshiping of Allah '. Dan solat tu adalah salah satu cara kita menunjukkan rasa taat kita kepada Dia. " Zakiah menyambung. Rasa berdebar pula semakin rancak. Berdakwah tu bukan mudah, yang pasti duduk diam tu tak susah. 

                                                                                   ***
" Seorang pandai juga cakap bahasa melayu biasa macam kita ni. Tapi, yang lagi seorang tu, tak berapa.."

                                                                          ****************************


" Dia tak tegur pun saya.. Yang pandai cakap Melayu tu tegur juga saya. Dia langsung tak. Se... sedih saya.. Tadi pun nak balik, dia tak jumpa pun saya. Yang sorang tu je jumpa saya. " Sedu Zakiah. Diambil tisu yang dihulurkan Sofiah.

Allah..

" Awak ada tegur dia? ke awak pun tak tegur dia? " Tanya Sofiah.

" Saya malu lah nak tegur dia. Saya tetamu je. Nak pergi rumah dia pun malu. " Zakiah membalas. Sofiah tersenyum mendengar jawapan yang lahir dari mulut rakannya itu.

" Ha..maybe dia pun sama macam awak. Malu nak tegur. Dia fikir ' Zakiah tak ingat kat aku lagi kot'. dan awak pun sama fikir perkara yang sama kan. Lastly, awak macam ni kat sini. Dan dia kat sana pun macam ni. Dua-dua sedih. " Balas Sofiah cuba menyedarkan Zakiah.

Lama Zakiah terdiam. Sofiah menyandarkan tubuhnya di dinding 'compartmen' nya.

" Zakiah, saya pun bukannya baik sangat. Tak 'Alim. Ilmu ciput je kat dada. Rasa segan pula. Tapi, kalau difikirkan kita ni muslim, muslimah...kita cuba fikir dengan akal yang waras dan emosi yang seimbang. Jangan berfikir yang bukan-bukan. Tengok, awak juga yang sedih. Mungkin, dia ada sebab lain ke.."

" Nanti, bila awak pergi rumah 'amek' angkat awak..awak singgahlah rumah dia sekali. Tegur-tegur dia kalau nampak. Then, mungkin masa tu awak boleh tanya dia. Kalau awak nangis macam ni, masa tak boleh putar semula.. " Sambung Sofiah lagi.

" Erm..mungkin juga salah saya kan..terima kasih. " Zakiah membalas. Esakannya berkurang. Dia menghantar pandangannya ke luar jendela 'compartmen' Sofiah. Merenung seketika. Mungkin.


* merenung sendiri *




Mungkin Zakiah ada sebab tersendiri juga, ' mengapa dia terlalu sedih tak dapat bertegur dengan gadis tu '..

Dakwah itu bukan mudah..

Yang pasti,
Duduk diam itu tidak susah..



Saturday 14 September 2013

sebuah pemberian..





" Salina, wake up..wake up..Sedarlah Salina." Amirah memegang bahu rakannya itu lalu digoncang kuat. Kening Salina bertaut. Pelik. Itulah pandangan matanya pada Amirah hari ini. Amirah yang dia kenal sangat berbeza dengan Amirah yang sekarang ini. Hari ini, sahabatnya itu tidak seperti selalu. Hatinya pula terasa rindu untuk mendengar jenaka berunsur nasihat sahabatnya itu seperti selalu.

" Mira..Bila masa pula aku tidur ni? Kau ni yang mimpi siang hari ni. Nak gugur jantung aku,tahu.. " Balas Salina. Amirah tersentak. Mungkin baru tersedar dengan perilakunya yang bawah sedar. Dia menunduk. Tangannya diturunkan. Perlahan kakinya melangkah ke arah bangku yang disediakan di taman itu. Air mukanya tampak mendung. Tidak seperti selalu. Salina yang melihat, merengus perlahan lalu kakinya menuruti langkahan kaki Amirah.

" Kau ni kenapa Mira? Kau ada masalah ke? Dari tadi aku cakap, kau buat don't know je..tup tup kau pula suruh aku bangun..Then, diam membatu macam ni dengan muka macam tu. Kau buat aku rasa bersalah. Aku ada terlepas cakap ke tadi? " Tanya Salina lembut. Tangannya di letakkan di atas bahu sahabatnya itu. Matanya tidak lepas dari melihat wajah sugul Amirah. Hatinya pula merasa sedih melihat kesedihan yang terpamer di wajah itu. Sekejap-sekejap tangannya membetulkan rambutnya yang ditiup angin yang lalu lewat petang itu.

Amirah mengangkat wajahnya, memandang insan yang berada di hadapannya saat ini. Hatinya tiba-tiba menjadi sayu. Air mata ditahan. Tidak mahu Salina melihat deraian itu.

"Salina, kau ingat tak..dulu aku pernah cakap kat kau sesuatu. Kau ingat lagi tak?" Tanya Amirah. Matanya tepat memandang wajah Salina. Salina menyandarkan tubuhnya. Matanya kini di kalih ke hadapan. Sesekejap dipejam lama, cuba mengingati sesuatu.


" Kalau aku tergelincir dari tanah tinggi, Kau sambut tak tanganku waktu itu? " Amirah bertanya.

" Mestilah aku sambut. Takkan nak biarkan sahabat aku jatuh terus tanpa menghulurkan tangan aku. " Balas Salina.
" Andai kata, aku jatuh tanpa sempat menarik tangan yang kau hulurkan..Tapi, Allah beri peluang untuk aku menghirup udaraNya, namun dalam keadaan yang anggota tubuh aku yang teruk sangat dan mungkin tidak boleh kembali kepada yang asal...Kau masih nak bersahabat dengan aku? " Tanya Amirah lagi. Salina terpana.
" Apa yang kau merepek ni Mira? Jangan cakap benda yang bukan-bukanlah Mira. " Marah Salina.

" Bukan...aku saja je nak tanya. Ye lah..Kita tak tahu apa yang akan terjadi sekejap lagi.." Ada nada hampa di situ. Hampa kerana soalan tidak berjawab.

" Mira, sedangkan perkataan tu aku tak sanggup nak dengar, apatah lagi kalau ia benar-benar berlaku..Takkan aku nak biarkan kau seorang dalam menjalani hidup kau macam tu. Apa-apa yang berlaku, itu adalah ketetapan Allah. Kau tetap sahabat aku dunia dan akhirat. Aku takkan biarkan kau hidup dalam kesengsaraan, sedangkan aku bahagia seorang.."

" Salina.." Amirah memanggil lembut. Salina tersentak. Ingatan lampau mereka menghilang.

" Aku ingat.." Balas Salina perlahan. Tiba-tiba hatinya merasa sebak.

" Apa yang kau ingat? " Tanya Amirah meminta kepastian. Lambat-lambat.

" Aku ingat bicara kau petang tu. Kau tanya aku sama ada akanku hulurkan tangan aku menyambut kau yang tergelincir dari tanah tinggi atau sebaliknya. " Pantas Salina menjawab. Pandangannya masih dilontarkan ke hadapan. Amirah terdiam. Ya. Itulah yang dia mahu dengar.

" Kau ingat ya.." Amirah sedikit tersenyum. Badannya yang menghadap Salina sebentar tadi, dikalihkannya menghala ke hadapan juga. Sandar. Dia mendongak ke langit yang membiru. Suasana taman yang damai itu, amat memudahkan mereka mengenang nostalgia lampau mereka.

" Tapi, hari ni bukan kau hulurkan tangan kau.. " Amirah meneruskan bicaranya lambat-lambat. Sekali lagi kening Salina bertaut. Tidak mengerti. Di pandang wajah Amirah. Lama.

" Maksud kau? " Tanya Salina.

" Dulu kau pernah kata, 'aku sahabat dunia dan akhirat kau.' Ya. Aku sahabat kau. Di dunia. Di akhirat?" Pertanyaan di balas pertanyaan. Salina semakin tidak faham. Apa kaitannya?

" Salina, aku sangat gembira tatkala kau menjawab yang kau akan tetap berada di sisi aku. Aku terasa hutang budi yang amat walaupun ia hanyalah sekadar jawapan daripada mulut seorang sahabat. Tapi, hari ini bila aku melihat kau sedikit tergelincir macam yang aku tanya kau waktu itu, takkan aku nak biarkan kau? Itukah namanya sahabat dunia dan akhirat? " Amirah masih meneruskan kata-katanya. Salina yang mendengar, hanya membatu. Masih mendengar. Matanya tepat memandang anak mata Amirah. Sedikit kekeliruan terungkai.

" Aku bukannya ingin menjadi sahabat dunia yang sekadar bercerita tentang itu dan ini. Yang sekadar membiarkan sahabat sendiri jauh dari agama. Aku nak kita sama-sama masuk syurga. Aku tahu, syurga dan neraka itu kerja Allah. Tapi, aku nak sama-sama berusaha dengan kau pergi syurga. "


* if u go away, u will see me cry,don't u let me go,baby don't u let me down..
   nulhamke sodo dokabuchi onhun..ondon wi miedo...nanana nananana          * ( Panggilan masuk )


" Salina, aku minta maaf sangat-sangat.. Ada hal penting yang aku kena uruskan.." Amirah diri membetulkan kedudukan bajunya kurungnya sebelum mengeluarkan satu bungkusan daripada beg tangannya.

"Nah, ini untuk kau sahabatku! " Bungkusan itu beralih tangan sebelum Amirah melambaikan tangannya meninggalkan Salina yang masih tetap memandang bungkusan itu.


                 
"Khas untuk Salina yang cute lagi comel.. Pakai tau.. Kita ni perempuan. Wajib pakai. Allah dah sebut dalam kitabnya yang bermaksud :
"Katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya… "(al-Nuur : 31)

Ha..lagi satu..
W = wanita
A = akan
N = nampak
I = indah
T = tutup
A = aurat


sahabat dunia dan akhirat! ^_^ luv u!

-Mirah-

Salina memegang pemberian sahabatnya itu. Setitis mutiara jernih mengalir di tubir matanya. Dia memandang dirinya yang berpakaian baju kurung moden. Satu perkara yang sangat kurang dijaganya.. AURAT nya.. Allahu robbi..

"Terima kasih ya Allah kerana menghadirkan sahabat yang menyayangi aku..Kau hadirkan dia untuk peringatan buatku..."