Mulakan Bismillah sebelum membaca, Jadikan amalan sepanjang masa, Maaf dipohon tersilap bicara, Ini sekadar renungan bersama.. ^_^
"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-

Monday 11 March 2013

wanita oh wanita..



Ketika hayatnya sebagai anak, dia membuka pintu syurga untuk ayahnya. Ketika hayatnya sebagai seorang isteri, dia menyempurnakan agama suaminya. Ketika hayatnya sebagai seorang ibu, syurga di bawah telapak kakinya. Jika setiap orang tahu status sebagai seorang wanita dalam Islam, mesti lelaki juga mahu menjadi wanita. - Sheikh Akram NadawiKadangkala ada rasa cemburu yang sedikit . Cemburu dengan mereka. Cemburu kepada kaum hawa. Mereka ada sinar yang tiada pada lelaki. Mereka istimewa. Mereka berbeza dengan kaum adam dalam pelbagai segi. Ya , diulang mereka sangat bertuah lagi beruntung dijadikan di muka bumi ini.Kaum hawa , mereka ramai. Ramai menghadiri ke kelas untuk menangkap lambakan ilmu. Tiga per empat kerusi di dewan kuliah milik mereka, dan majoriti antara mereka punya sepasang mata yang tertacap penuh fokus di layar skrin putih. Dibantu oleh tangan yang menangkap sebanyak ilmu dengan pena di muka kertas. Sebaliknya, lelaki satu per tiga ada yang tewas dibenam adrenalin yang perlahan. Kesat-kesat mata mengantuk .Mahu ke kuliah agama,  lelaki perlu berfikir sejenak. Mahu ke kelas tambahan biologi, lelaki perlu berfikir sejenak. Mahu ke senamrobik untuk mendapatkan markah ko-kurikulum, lelaki perlu berfikir sejenak ."Ada, ramai perempuan laa . malu plak nak pergi"
Untuk mendapatkan kerja part time bukan mudah bagi seorang lelaki, perlu keras sahaja kerjanya. Merayu-rayu untuk mendapatkan kerja di kedai-kedai. Perempuan sahaja yang berbeza, mudahnya diberi peluang. Tarikan kedai.Pelaris jualan. Bikin komersial.

saudara dan saudari sekalian,Ketahuilah, zaman kini media massa gemar mempromosikan wanita di skrin elektronik mahupun paparan akhbar. Para artisan memuja kaum wanita dalam baris lirik yang bermelodikan cinta. Iklan atau komersial yang jika dihitungkan ramai wanita yang menghiasi produk-produk. Rancangan televisyen tidak kurang juga menampilkan barisan wanita; Wanita hari ini, soal wanita , safiyyah , bella , solehah dan etcera etcera .Mereka selalu disayangi sehingga sentiasa dipuji dan dipuja. Mereka dipuji kerna tarikan yang ada pada mereka. Dipuja kerana lambang cinta manusia sejagat .Mereka dilayan penuh dengan rasa lembut. Tika seorang lelaki berminyak mahu duduk di hadapan bersebelahan dengan tempat pemandu, pak cik teksi itu mengeluarkan jari jemari kasarnya ke muka lelaki berminyak, membentuk tiga jari ." ladies first ! " tegas pakcik teksi. Nada tinggi bersama oktaf yang buat lelaki berminyak terperanjat. Diulang tiga kali seiring dengan dijatuhkan tiga jari jemari kasar milik pak cik teksi bermisai lalu terus membuka pintu hadapan teksi kepada seorang perempuan yang bertudung merah jambu comel.Perkara yang sama juga berlaku, apabila pak cik drebar bas lebih mengutamakan perempuan dihantar pulang dahulu selepas habis jamuan malam. Jika difikir kembali rasanya perempuan waktu itu amatlah besar bilangan jemaah mereka. Tiga kali ganda daripada bilangan lelaki. Lebih bagus rasanya jika lelaki yang dihantar pulang dahulu.' oh , oh pak cik yang penyayang , kenapa pak cik tidak beri kami (lelaki) pulang dahulu ? '' perempuan penyambung generasi ! 'Perempuan sangat istimewa. Hampir beratus penulisan artikel berkenaan dengan perempuan. Dan yang larisnya selalu bertopikkan perempuan. Artikel-artikel tidak kiralah bergenrekan ilmiah atau tidak ilmiah. Mampu sahaja menambat hati si pembaca. Termasuklah artikel yang dituliskan oleh tuan hamba sekarang. Tuntasnya , perempuan itu eliksir yang punya abiliti untuk merawat luka lara kebosanan manusia.


Saudara dan saudari  sekalian,Apabila waktu engkau merungut tidak suka melabuhkan pakaian kerna panas hidup di garis khatulistiwa. Aku hairan. Apabila waktu engkau tidak suka pakai stokin kerna takut basah terkena air. Aku hairan. Apabila ditegur bahawa bahayanya penangan manis mulut seorang lelaki dan engkau endahkan. Aku hairan .Adakah anda tahu yang diri anda sungguh istimewa? Ketahuilah aku sangat cemburu. Hiperbola .

  • 1.  Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari ayah dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
  • 2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
  • 3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.
  • 4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.
  • 5. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  • 6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS
  •  7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah". Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa."; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.
  •  8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.
  •  9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.
  •  10. Dari 'Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka."
  •  11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
  •  12. Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
  •  13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
  • 14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)
  •  15. 'Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah SAW. "Ibunya".
  •  16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.
  •  17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun).
  • 18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
  •  19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  •  20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
  •  21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
  •  22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT
  •  23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
  •  24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  •  25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
  •  26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  •  27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  •  28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  •  29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.


*****


Perempuan secara fitrahnya dijadikan untuk suka akan ilmu. Tidak kiralah matematik, bahasa melayu, english dan biologi juga kuliah agama. Sebelum hendak pergi kelas tambahan biologi kena fikir banyak kali, tidak asing jika merekalah yang memenuhi kerusi majoriti . malah kuliah agama pun mahu diminta buat kelas tambahan juga untuk mereka. Luar biasa !Maka tidak hairanlah, universiti itu bagai sekolah perempuan. Di mana dewan kuliah penuh dengan wangi-wangian semerbak waktu pagi , oh oh . Bunyi pen dihentak-hentak ke meja tanda kurang faham. Botol air warna comel serba besar untuk hilangkan rasa mengantuk . satu balang gula-gula untuk meningkatkan tekanan darah yang kian rendah di atmosfera dingin .Dan mereka juga tidak perlu gusar jika mahu berpelukan dan berpegangan tangan sesama mereka sendiri di hadapan khalayak ramai. Andai lelaki berbuat begini, masyarakat memasang visual yang aneh pula.
Saudara dan saudari sekalian,Ketahuilah aku sangat cemburu kepada kaum hawa. Satu hal yang sangat istimewa ada dalam diri seorang hawa itu adalah aktifnya kilang air mata. Tika mana datang satu babak dalam kehidupannya itu menyentuh hatinya yang dalam. Tangisan itu tidak putus-putus dirembes.Merembes percuma tanpa ditahan walaupun cuma hilangnya sebatang pen. Menangis kerna menonton cerita kartun yang kasihan. Menangis kerna memperoleh keputusan peperiksaan yang membahagiakan ibu bapanya.Sedih pun menangis. Gembira pun menangis.Air mata itu buat lelaki kecut. Tangisan itu buat anak sayu. Cecair hangat di bening itu meruntun jiwa yang memandangnya. Mudahnya, mereka menangis. Senangnya perempuan menangis. Beruntung kerna tangis itu bisa buat taubat di hamparan sejadah itu lebih terisi. meratap dosa silam dan mengenang kesalahan kelam. Hati mereka lembut lalu tumpah ke telekung. Istimewanya perempuan. Punya kelebihan begini.Dan mereka juga punya kuasa yang bersifat relatif. Mampu mengubah seseorang lelaki ke arah dua sisi yang berbeza. Kanan atau kiri. Kacak di mata tuhan atau celaka di belati tuhan. Hati seorang perempuan itu bisa mewarnai hati seorang lelaki. Mereka penggerak faktor manusia untuk berubah .Daripada seorang lelaki yang ingin berubah menjadi baik kerna mencintai seorang perempuan yang baik, ke arah mencari cinta yang betul hakiki . cinta yang betul-betul membawa mereka ke jannahNya. kuasa perempuan sangat istimewa. Ada kelebihan yang boleh diterap dalam dakwah.


Firman Allah yang bermaksud;


"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya"
  (Surah an-Nisa' ayat 34)


Khadijah itu memberi semangat kepada baginda, nabi Muhammad usai menerima wahyu pertama. Lihat, di belakang utuhnya seorang lelaki itu membentang empayar yang luas terdapat seorang wanita yang disayanginya. Di kala baginda ragu, Khadijah itulah yang menyelimutkan rasa tenang.Jiwanya berpegang teguh yang baginda itu manusia terpilih. Manusia yang mencintai umatnya hingga ke alam yang kekal abadi. bersama baginda, seorang wanita yang taat dan setia mendampingi baginda di kala senang dan susah.Perempuan itu punya kuasa relati. Bisa menguatkan tangan seorang lelaki bagi mengetuai bala tentera dan juga bisa meranapkan kerajaan dihakis korupsi nafsu . berhati-hatilah dalam bermain kuasa, supaya bisa menghasilkan generasi al Fateh yang seterusnya .


Saudara dan saudari sekalian,

"Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara' (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita. "- (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

Walaupun wanita itu ramai tempatnya di neraka, namun manusia yang terakhir keluar daripada neraka dan manusia yang terakhir masuk ke syurga ialah jantina yang bernama lelaki.Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:

Rasulullah s.a.w bersabda:Sesungguhnya aku benar-benar tahu ahli Neraka yang terakhir keluar dari sana dan ahli Syurga yang terakhir masuk ke Syurga iaitu seseorang yang keluar dari Neraka secara merangkak lalu Allah Taala berfirman kepadanya: Pergilah, masuklah ke dalam Syurga, maka dia pun mendatangi Syurga, tetapi terlintas di fikirannya bahawa Syurga itu telah pun dipenuhi. Oleh itu dia kembali dan berkata:Wahai Tuhanku, aku telah temui Syurga itu namun ianya telah penuh. Allah Taala berfirman: Pergilah, masuklah ke dalam Syurga, maka dia pun mendatangi Syurga, tetapi terlintas di fikirannya bahawa Syurga itu telah dipenuhi lalu kembali semula dan berkata: Wahai Tuhanku, aku telah temui Syurga itu tetapi ianya telah penuh.Allah berfirman: Pergilah, masuklah ke dalam Syurga kerana sesungguhnya ianya untukmu seumpama dunia dan sepuluh kali gandanya atau sesungguhnya ianya bagimu sepuluh kali ganda dunia. Lelaki itu berkata: Adakah Engkau mengejekku atau mempermain-mainkan aku, kerana Engkau adalah Maharaja?Maka Abdullah bin Mas'ud berkata: Aku benar-benar melihat Rasulullah s.a.w tertawa sehingga ternampak gigi geraham baginda dan dikatakan: Itulah Ahli Syurga yang paling rendah kedudukannya. (Hadith Sahih Riwayat Imam Muslim)
sumber : manusia yang terakhir masuk ke syurga


Ketahuilah, ingin ku ulang kembali yang aku terlalu cemburu dengan perempuan. Dapat pergi kelas tambahan biologi tanpa fikir banyak kali. Dapat tempat duduk di dalam bas dan komuter. Mudah menangis jika mahu meluahkan perasaan yang terpendam.Nikmat dan balasan kalian terlalu eksotik dan menyelerakan. Janji tuhan pasti benar. Dia tidak pernah mungkir. Percayalah, yang panas di sini untuk sementara. Menanti sejuk di alam sana. Percayalah, yang perasaan lemah itu bukan binasa di sini, tetapi kekuatan yang utuh untuk naik ke darjat seterusnya .Percayalah, kerana wanita yang paling percaya ialah wanita yang paling baik. Dan yang paling baik itu akan sentiasa dipayungi dengan rahmatNya daripada teriakan nafsu yang menggila .Ketahuilah saudara, saudari sekalian. lelaki ini selalu cemburu . Apapun aku bersyukur yang diri ini seorang lelaki.

P/S: 
Bersyukurlah wahai insan yang bernama wanita..Bagi lelaki, antum tetap mempunyai kelebihan antum yang tidak ada pada wanita..Setiap yang Allah  cipta, mempunyai kelebihan masing-masing. Jangan pernah menyesal atas kehendak Allah.. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala-galanya..

artikel ni saya copy paste dari I Luv Islam..bagi sahabat yang tidak pernah kunjung ke laman tu, cuba antum tekan je di sini..http://www.iluvislam.com/
best tau..banyak artikel yang menarik. yang baik tu jadikan teladan, dan yang buruk tu jadikan sempadan.. InsyaAllah, semuanya baik-baik belaka. Bersama-sama kita tingkatkan ilmu kita disamping memuhasabah diri kita.. Luv u all fillah..InsyaAllah..

Sunday 3 March 2013

Muhasabah diri kita


salam sahabat-sahabatku yang kurindui dan kucintai kerana Allah..Kali ini,saya hanya ingin titipkan satu video yang saya lihat di youtube..Video yang saya share untuk antum dan juga untuk diri saya yang serba kekurangan.. Moga terbit satu perasaan di sanubari kita..Perasaan ingin berubah..Berubah dari kurang baik menjadi baik(untuk diri saya juga),dan dari baik menjadi lebih baik..Walaupun,perubahan itu nampak kecil di mata orang,namun di mata Allah..perubahan yang kita buat itu besar ganjarannya..







Semoga kita terus mencari cinta illahi yang tidak akan pernah padam untuk kita..
Cinta yang membawa kita kepada kehidupan yang lebih tenang..
Dan untuk mencapai cinta itu,ikutlah jalan Rasulullah
 sahabatku..
Andai diri ini tenggelam dalam lautan dunia yang dalam,bantulah diri ini kembali ke daratan mengingati akhirat ..
Semoga setiap perbuatan kita mengingati Dia yang Maha Esa..