Mulakan Bismillah sebelum membaca, Jadikan amalan sepanjang masa, Maaf dipohon tersilap bicara, Ini sekadar renungan bersama.. ^_^
"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-

Monday 28 July 2014

salam aidilfitri



dalam hati tersimpan duka lara,

tidak tertahan rasa dihati,

salam dihulurkan pembuka bicara,

buat sahabat yang sentiasa diingati.

* maaf lah ye.saya tak berapa nak pandai dalam berpantun. :)


dah lama rasanya tak menjenguk blog ni.

alang-alang 'ter'ingat nak buka ni, akak just nak wish selamat hari raya aidilfitri buat keluarga, saudara mara dan juga sahabat semua.


ramadhan dah pun pergi meninggalkan kita. rasa sedih tu tetap ada.


bulan yang mulia ni jugalah, macam-macam dugaan yang datang.


jangan mengeluh dengan dugaan yang menimpa diri kita.


just remember, Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang. Allah tidak akan menduga kita melainkan mengikut kemampuan kita.


last but not least, to along yang berada di perantauan, selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin.

semoga dipermudahkan urusan menuntut ilmu di bumi barokah sana.

mungkin kemanisan beraya tahun ni, tak seberapa.tapi, percayalah kemanisan doa buat along kat sana tetap ada..


and tak lupa juga kepada semua.bersederhanalah dalam menyambut lebaran ini. jangan lupa yang tiada.



salam aidilfitri daripada akak dan keluarga. :)


**dalam kita sibuk beraya ni, jangan lupa pada mangsa mh370 dan juga mh17. alfatihah kepada muslimin dan muslimat yang terlibat. dan please pray for gaza.