Mulakan Bismillah sebelum membaca, Jadikan amalan sepanjang masa, Maaf dipohon tersilap bicara, Ini sekadar renungan bersama.. ^_^
"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-

Friday, 16 May 2014

Cinta....:)






Bismillahirrahmanirrahim...

Lately, busy sikit dengan kuliah, assignment, kuiz, and many more. But, i never forget  my blog  Allah, who guide me every time, every second, every minute ( InsyaAllah ).


***************************************


' I love you dear. ' Ayat yang acapkali meluncur laju dari bibir kita. tapi, dalam masa yang sama kita suka buat endah tak endah sahaja. Apa yang dia suka, kita tak cuba untuk turuti. Dia di depan mata macam 'nothing'.

Hmm. Sampailah satu saat, dia bosan, kita ditinggalkan.
( Think positive ye dear. Ni hanya contoh. Mungkin, he and she got married. Tapi, tak lama. )


Sampailah satu saat kita sedar, kita benar-benar tak boleh hidup tanpa dia. Tapi, masa tu dia mungkin tak akan menerima kita kembali. Yelah. Hati manusia kan. Orang kata, bila-bila masa saja boleh berubah.

Dulu cinta, mungkin future benci..
Dulu benci,  mungkin juga future sayang..
Who knows?
Exactly, Allah knows everything!!


" Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia baik bagimu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia tidak baik bagimu. Allah mengetaui. Sedang kamu tidak mengetahui. " ( Al-baqorah : 216 )



Of course masa tu kita rasa menyesal sangat kan tak cuba guna peluang yang ada dulu. Mungkin juga masa tu, kalau menangis air mata darah sekalipun, belum tentu agaknya dia menerima kita kembali ( agak overla kan ). Hati manusia.


Tetapi, dalam pada kita cuba mengejar cinta dunia..

Pernah tak terfikir mengejar cintaNYA..


Manusia. Cinta dunia mengaburi segalanya...

Sedangkan kita tahu, cinta Allah tu adalah cinta yang tak akan pernah mengecewakan hambanya.

Semakin kita cuba dekat padaNYA, DIA lebih dekat dengan hambanya..




Tapi, personally, saya kecewa dengan sikap remaja zaman sekarang.( Tak semualah. Ada yang mengkagumkan. Ada yang membuatkan saya sendiri terinspirasi juga like arwah Ahmad Ammar-alfatihah untuk arwah- )

Kalau tengok, couple mouple ni dah jadi trend yang membarah. Sangat-sangat. Sampai, hilang terus perasaan malu. Sampai sanggup bercumbuan depan orang ramai. Dan trend sekarang, sampai upload video dan tak kurang juga yang membuat status yang boleh menjatuhkan maruah sendiri. Nauzubillah. Sedih rasa.


Buat adik-adik dan juga pasangan yang super kiut-miut kat luar sana..

Ingat, Allah sentiasa mengawasi hambaNya.

Sikit pun kita tak dapat sembunyi dan berselindung daripada pengawasanNya..hatta dalam hati..

Ingat juga, masa tengah 'buat usrah' dengan pasangan tu, ada yang mencatat di kanan dan kiri kita..

Catatan tu nanti akan diberikan kita di 'sana' nanti. Dan pada masa tu nanti, segala-galanya akan ditanyangkan..



Sahabat yang saya cintai kerana Allah..

Cinta tu memang fitrah manusia, tetapi bagaimana kita mengurus cinta tu? Mengikut hawa nafsu? Atau mengikut syariat?

Cinta tu suci, jangan kotorkannya dengan perangai 'agak baik' kita.


Last, but not least..
Kalau kita sayangkan seseorang, kita boleh buat apa sahaja untuknya.

Why not Allah??
Sedangkan rahmat dan kasih sayang Allah untuk hambaNya lebih luas.

Letakkan Allah di tingkat yang paling atas di hati kita,
Then, fikirlah..sama ada maksiat cinta dunia tu akan berlaku ke tidak?



*******************************************


Mungkin agak kelaut entry saya, tapi entry ni tetap ada nasihat untuk diri saya sendiri dan juga u all.

Saya tak pandai bermadah pujangga..

Even entry ni tak banyak input, hopefully kita masih dapat mencernanya dengan baik. Dan minta maaf kalau ada kekurangan atau apa sahaja dalam menulis entri ni.



* buat usrah = dating
* agak baik  = buruk

Ni bagi sahabat yang tak berapa nak faham bahasa saya. Saya prefer guna perkataan baik macam tu. Semoga diri kita sendiri terdorong ke arah yang baik.  :)


p/s: banyakkan muhasabah diri sendiri.. :'(

Doakan kakak ye final exam ni.. Mengharapkan doa kalian juga.. :)


1 comment:

  1. semoga Allah terus melindungi kembaramu ya sohabat.. barakallahu fikum..aamiin..allahumma aamiin..

    ReplyDelete