Mulakan Bismillah sebelum membaca, Jadikan amalan sepanjang masa, Maaf dipohon tersilap bicara, Ini sekadar renungan bersama.. ^_^
"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-

Friday 25 October 2013

Selamatkan.. :)



( gambar sekadar hiasan..^_^ )



" Tu lah. Kan aku cakap, jangan lambat. Semalam lagi aku dah pesan kat kau. Dah, ni kita nak buat apa? Takkan nak stay kat sini lagi? Kalau kita ketuk pun, prof belum tentu nak buka. " Bebel Sarah pada roommate nya merangkap classmate nya. Terasa bahang pula pagi tu. Sememangnya, jika student datang lewat, prof mereka untuk subjek creative thinking ni memang tak bagi muka. Ada yang pernah dimarahi depan rakan kelas mereka. Yang kasihannya, mereka tidak dibenarkan ikuti kelas pada hari itu walaupun telah dimarahi. Memang pengajaran bagi mereka. PENGAJARAN !
Hanisah memandang Sarah dengan muka geram. Macamlah salah dirinya seorang. Walhal, minah yang berdiri di sebelahnya juga turut sempat berjalan lenggang-lenggok  walaupun dirinya sudah ulang banyak kali bahawa mereka sudah kesuntukan masa. Hah, ni lah makannya!

" Awak ni. Nak blame pada saya seorang saja. Apa kurangnya awak? huh." Kalau syaitan sudah merasuk, ni lah jadinya. Masing-masing cuba backup diri sendiri. Itulah, inilah. Tak kira lagi yang sanggup tidak bertegur sapa walaupun setiap hari bertembung. Manusia oh manusia ( termasuk diri ini ).

" Huh. Dah memang salah kau. Apa fasal pula nak blame on me? Dah terang lagi bersuluh. " Bidas Sarah pantas. Terasa panas pula hatinya mendengar. Rasa macam nak cekik sahaja rakannya yang seorang ini. Geram. Itu lah yang dia rasakan saat ini. 

" Haishh.. dahlah. Kalau masing-masing asyik nak menuduh saja, tak ke mana lah kita. Benda dah jadi. Nak putarkan masa memang tak dapat dan mustahil. " Hanisah cuba kendurkan suasana yang sedari mula tegang. Dia beristighfar sebanyak mungkin. 'Sukalah syaitan lihat mereka saling menuduh sebentar tadi.' Fikirnya kemudian. Sarah yang mendengar, hanya mendiamkan dirinya sesaat. Mungkin, dia juga sedang beristighfar, meredakan hati, menepis hasutan dan godaan syaitan yang ingin melihat anak Adam bertelagah sesama mereka.

Suasana diam seketika. Namun, kaki mereka terus melangkah keluar daripada bangunan pengajian mereka menuju cafe di bahagian center universiti mereka.

" Sorry. " Ucap Sarah sepatah tatkala mereka melabuhkan punggung mereka di kerusi cafe HS. Hanisah menoleh. Terasa janggal pula bila masing-masing mendiamkan diri sebentar tadi.

" Tak. Saya yang sepatutnya minta maaf pada awak. Sebab saya, awak tak masuk kelas hari ini. Sebab saya, awak tertinggal pelajaran hari ini. " Balas Hanisah perlahan. Namun, kata-katanya masih boleh didengari oleh Sarah.

" Saya pun salah. Terlalu mengikut emosi dan menyalahkan awak. Walhal, tu salah saya juga. Sorry. " Ucap Sarah untuk ke sekian kalinya. Rasa bersalah mula bertamu di hatinya. Dia terlalu mengikut emosinya dan sanggup menyalahkan rakannya yang seorang itu walaupun dia tahu, inilah yang pertama kalinya Hanisah lambat ke kelas. Selalunya, dialah orang yang terawal berada di kelas itu. Hanisah tersenyum lalu mengangguk mendengar permintaan maaf Sarah. Yang penting, ia salah mereka berdua. 

*******************

" Sarah, awak ingat tak hadith ni ? " Tanya Hanisah tatkala mereka sedang bersantai di bilik yang dikongsi oleh mereka. Sejurus itu, dia membaca satu hadith Rasulullah kepada Sarah.


: عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم قال 
" المسلم من سلم المسلم من لسانه ويده والمهاجر من هجر ما نهى الله عنه "
( HR Bukhori dan Muslim ) 


" Ha..hadith ni, saya pernah dengar. Tapi apa maksudnya ye? Lupa lah. " Sarah menepuk dahinya lalu tersenyum menampakkan barisan giginya. Dia akui, dirinya bukanlah hebat dalam ilmu agama. Apatah lagi, sekarang ini dia mengambil jurusan Human Science. Dan sebelum ini, dia hanyalah seorang pelajar sekolah menengah biasa yang tidak pernah bergaul dan bercampur dengan pelajar sekolah menengah agama. Hadith yang Hanisah bacakan padanya itu, pernah didengarinya daripada mulut Hanisah juga sebelum ini. Dia bersyukur kerana Tuhan menemukannya dengan Hanisah, rakan yang banyak membantunya dan menasihatinya setiap ketika selepas kedua ibu bapannya.

" Haish.. Macam mana boleh tak ingat ni? " Soal Hanisah. Bergurau. Dia sedia maklum, bahawa Sarah berasal daripada keluarga yang biasa. Berpendidikan daripada sekolah biasa, bukanlah daripada sekolah agama. Sarah masih tersenyum sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

" tak mengapalah. Maksud hadith ini ialah , " 

 Daripada Abdullah bin Amr r.a, Nabi s.a.w bersabda, :
" Seorang muslim adalah orang yang menyelamatkan Muslimin yang lain dengan lidah dan tangannya. Dan orang yang berhijrah adalah orang yang meninggalkan larangannya. "

" Ye..ye..baru saya ingat. Awak pernah beritahu saya, yang dinamakan Muslim tu, dia selamatkan muslim yang lain daripada lidah dan tangannya. Maksudnya, dia tak akan menyakiti muslim yang lain dengan kata-katanya dan juga perbuatannya. Betul kan? " Tanya Sarah untuk memastikan apa yang dia cakap adalah betul. Hanisah mendengar setiap butir bicara yang keluar daripada mulut rakannya itu dengan teliti lalu dia mengangguk beberapa kali.

" Yup, betul tu. 1 markah untuk awak. " Hanisah menepuk tangannya, meraikan markah yang tidak seberapa yang diberinya untuk Sarah.

" Aik. 1 markah saja? Kedekutnya. Kalau awak jadi lecturer, saya tak nak register di kelas awak. " Sarah membuat muka tidak puas hati.

" Yelah. Cukuplah tu. 1 markah daripada saya dan selebihnya daripada Allah. Kalau awak buat, awak dapatlah markah tu. " Balas Hanisah tersenyum, menyedarkan kembali diri Sarah. Dia tahu tentang hadith tu, tapi dia lupa mempraktikkannya dalam kehidupannya. Seketika dia teringat akan kata-katanya tempoh hari pada Hanisah tatkala mereka terlewat ke kelas. Tiba-tiba, hatinya berasa salah yang amat.

" Nisah.." Panggil Sarah perlahan tatkala Hanisah sudah mula membuka laptopnya. Hanisah menoleh ke arah Sarah. ' Tiba-tiba pula Sarah ni. Sedih semacam. Aku ada tersalah cakap ke? ' Desis hati kecil Hanisah tatkala mendengar panggilan Sarah yang perlahan itu.

" Maaf sebab sakitkan hati awak tempoh hari. " Sambung Sarah. Hanisah mengerutkan keningnya. Tidak mengerti.

" Hari tu, yang kita lewat ke kelas tu, kan saya ada blame awak. Mesti awak terasa hati masa tu kan? " Sambung Sarah lagi apabila melihat muka 'blur' rakannya itu. Sejurus mendengar itu, Hanisah tersenyum. Sedikit pun dia tidak terasa hati, malah terasa berdosa sebab mulutnya juga melepaskan kata yang mungkin menyakiti Sarah. Terasa berdosa sangat. Allah sahaja yang tahu betapa rasa bersalah sangat dirinya pada Sarah.

" Haish..Yang dah lepas tu, lepas lah. Tapi, jangan dilupakan. " Balas Hanisah mengurangkan rasa bersalah di hati Sarah.

" Jangan dilupakan? Maksud awak? " Sarah mengerutkan keningnya, tidak mengerti apa yang cuba Hanisah sampaikan. Mungkinkah itu adalah warning kepada dirinya supaya ingat perkara itu.

" Maksud saya, jangan dilupakan supaya kita tidak akan mengulanginya untuk kesekian kalinya. Dan supaya kita ingat selalu, bahawa muslim tu adalah orang menjaga muslim yang lain dengan tidak menyakitinya dengan lisan mahupun perbuatan. Ha..ni peringatan khasnya untuk saya dan juga awak. " Hanisah menyambung. Sarah mengangguk sambil memerhatikan Hanisah yang mula menaip sesuatu.


Note untuk diriku,

Lelaki yang kuat bukanlah dilihat daripada tubuhnya yang sasa,
tetapi, dilihat daripada bagaimana dia menahan marahnnya..

Walaupun diri ini bukanlah lelaki, namun ingat perkara ini.
Highlightkan dalam kepala ye Hanisah.. 
Jangan marah, nanti cepat tua..

Maniskan Iman, Maniskan senyumanmu  :)



Friday 4 October 2013

Shawl...:)

" Lah, akak ni.. kan adik pakai shawl ni. Bukannya tak pakai pun. Kira tutup auratlah ni. " Atirah melihat kakaknya dengan riak tidak puas hati.  Amirah pula memandang adiknya tanpa perasaan. Seperti memikirkan sesuatu.

" Ye lah dik. Akak nampak betapa comel nya adik akak yang seorang ni bila pakai shawl ni. Terserlah gitu keayuan mu, adikku. " Mukaddimah Amirah lalu tersenyum menampakkan barisan giginya yang memutih. Kedengaran ketawa kecil di situ. Atirah mengangguk. Bangga dengan pujian yang diberi Amirah.

" Tapi, " part ni yang Atirah malas mahu dengar. Ada saja yang tidak kena pada mata kakaknya itu.
 Amirah menyentuh shawl yang menutupi rambut cantik itu.

" Kenapa dengan shawl ni? Kan cantik. Akak juga cakap cantik tadi. " Tanya Atirah tidak puas hati bila Amirah menyentuh shawl yang dipakainya dengan kerutan di dahinya.

" Ye lah. Cantik. Tapi, ada satu kurang nya. " Balas Amirah lambat-lambat.

" Apa dia? " Tanya Atirah lagi. Mungkin betul kata kakaknya. Mesti ada yang terkurang. Kalau ada yang terkurang, maknanya kurang cantiklah dia nanti..huhu

" Apa kata, Atirah labuhkan sedikit shawl tu depan dan belakang. Laaaaaaaaaaaaaaagi cantik ! " Balas Amirah seraya tersenyum. Atirah mengerutkan dahinya. Haish..

" Akak ni. Pendek macam ni dah cantiklah. Nanti, labuh depan, labuh belakang dah macam apa dah.. " Bebel Atirah. Geram.' Kan dah cantik, buat apa nak di labuhkan lagi. Bergayalah sikit. ' Getus hatinya, panas dan geram.

" Herm.. dik. macam ni lah..akak bagi satu analogi. Adik suka makan keropok kan?hehehe.." Amirah bertanya. Atirah mengangguk.

" Bayangkan, adik tengah nak beli keropok yang adik minat tu..keropok apa ea? Ha..keropok 'super ring' tu kan.." Atirah buat muka. Malas pun ada juga nak layan kakaknya. Dia sudahlah mahu cepat. Kakaknya pula nak bagi 'ceramah' free..haih...kakak oh kakak..

" Kebetulan keropok tu tinggal 2 saja.."

" Mustahillah. Takkan lah Pak cik Ali tu tak ada duit nak beli stok keropok tu. Bukannya mahal sangat. " Pantas Atirah mencelah. Seakan tidak puas hati.

" Kan akak cakap kebetulan jer. Haish, budak ni.." Balas Amirah. ' Sabar Mira..Adik kau ni.' Desis hati kecil Amirah.

" Ye..ye..k. sambung."

" Kebetulan keropok tu tinggal 2 saja. Masa tu pula, 1 keropok still cantik bungkusannya. Manakala 1 lagi, seperti ada bekas orang buka. Tak besar pun. Kecil saja . Mana satu yang adik pilih? " Amirah memandang muka adiknya yang masih merenungnya.

" Dah tentulah adik pilih yang cantik dan baik bungkusannya. Takkan nak ambil yang 1 lagi tu kot. Mana tahu ada semut. Mungkin juga, isinya juga dah kurang.. Alah, akak ni..Soalan apa ni? Baik akak tanya soalan ni pada Ika, anak Abang tu. " Balas Atirah dengan memek muka yang agak membosankan.

" That's right! Ahah..1 markah untuk adik. " Amirah menepuk tangannya sekuat mungkin.

" Adik tahu tak..macam tu juga dengan aurat kita, wanita muslimah. Kita pakai tudung, shawl dan seangkatannya tapi still tak sempurna. Ada lubang sana, ada lubang sini. "

" Islam mengajar kita supaya menutup aurat dengan sempurna. Baru nampak kebaikan yang terselindung di sebalik kewajipan menutup aurat tu. "

" Lagi satu, adik tak suka kalau adik dapat keropok yang kurang isinya kerana sudah di makan sedikit oleh orang lain sedangkan adik sudah bayar harga yang sama macam harga keropok yang masih tidak dibuka dan dimakan orang. Betul kan? " Atirah mengangguk.

" Macam tu juga bakal suami adik. Kasihan dia sebab bersusah-payah mengumpul duit sebab nakkan ikatan yang sah, nakkan adik hanya untuknya..Sayangnya, sama saja dengan lelaki lain di luar sana. Dapat melihat bentuk tubuh adik. Yang bezanya, rambut adik, lelaki-lelaki di luar sana tak nampak. Dan suami adik tu boleh lihat rambut adik. Tu je.." Sambung Amirah. Bukannya adiknya jenis memakai pakaian yang ketat-ketat , namun perkara tu perlu di tekankan juga. Perempuan.. Nafsu untuk kelihatan cantik tu tetap ada. Khawatir terikut-ikut rakan.

" Oh...cakaplah daripada awal. Baru adik faham. Akak ni pun satu, lambat sangat. Adik dah lambat dah ni.. Sekejap ye. Adik tukar 'style' jap.. " Atirah meluru masuk ke bilik yang dikongsi mereka. Amirah tersenyum senang. Huh.. Lega rasanya bila sudah disampaikan.

" Hah..kan cantik tu.. Laaaaaaaaaaagi ayu dan caaaaaaaaaantik daripada tadi.." Amirah memuji adiknya tatkala kornea matanya menjamah adiknya yang sudah me' labuh' kan bahagian depan dan belakang shawl yang dipakainya. Siapa cakap, orang yang pakai shawl tak boleh LABUH kan shawl mereka?? Meh sini nak piat telinga..

Atirah tersenyum mendengar pujian daripada mulut kakaknya itu. Kedengaran lagi 'ikhlas' bunyinya.

" Ok..Adik pergi dulu..Dah lambat dah ni. Terima kasih kak. Assalamualaikum.. " Cepat-cepat Atirah beredar sebelum berpatah balik untuk menyalam tangan Amirah. Amiah hanya menghantar adiknya melalui pandangan matanya.

' Alhamdulilllah ya Allah.. '