Mulakan Bismillah sebelum membaca, Jadikan amalan sepanjang masa, Maaf dipohon tersilap bicara, Ini sekadar renungan bersama.. ^_^
"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-

Wednesday 23 January 2013

hmm..





Perlukah ada sedih di hati ini??
ya tuhan..perlukah ada sedih di hati ini yang bagiku tidak sepatutnya aku merasa sedih hanya kerana ini?? Ya Tuhan... berikanlah aku kesabaran..


Saturday 19 January 2013

Coretan untukmu sahabat..

Ya Allah..tiba-tiba minda saya teringat akan seorang sahabat saya semasa di alam persekolahan..Dia muda setahun dari saya.Memang,tidak nafikan.Dia seorang yang peramah dan murah dengan senyuman.Saya senang berdamping dengannya.Tetapi,sebagai seorang manusia dan hamba kepada Maha Pencipta,sudah tentu kita tidak akan pernah lari dari membuat kekhilafan.Tidak kira sama ada dalam sedar mahupun tidak..Dalam bentuk percakapan,perbuatan mahupun sebagainya.Di sini bukannya saya ingin menyatakan hal tersebut.Tetapi,saya ingin menyatakan indahnya persahabatan yang dicipta membuatkan kita begitu sedih apabila perpisahan menuntut janjinya..Sungguh.Dalam menyusuri ikatan persahabatan,tidak dinafikan ada pahit,manis,bahagia,sedih dikongsi bersama..Kadangkala, air mata kita turut jatuh ke pipi tatkala sahabat kita dilanda kesedihan dan kesusahan..Hiba melihat kemuraman di sebalik senyumannya. Kadangkala, kita juga dapat merasai kegembiraan dan kebahagiaannya.Hati kita juga senang melihat keriangan di wajahnya. Ya,saya tidak nafikan.Tatkala perpisahan semakin hampir,rasa sedih menguasai jiwa.Lebih-lebih lagi apabila dia menarikan penanya di atas helaian kertas.Menulis bait-bait yang menyentuh hati saya.
Harap persahabatan kita tetap utuh.Ukhwah fillah ukhti.InsyaAllah, akanku kenang dirimu dalam setiap baitku menghadap ilahi..Tetapkan hatimu menuntut ilmu kerana Allah. P/s :buat sahabat2ku sekalian,hargailah sahabat.Sayangilah mereka kerana Allah. Sungguh,dirimu akan merasai nikmat persahabatan yang terjalin kerana Allah.. ^_^

Thursday 17 January 2013

Titipan sahabatku..

Ya Allah,tiba-tiba teringat kata-kata arwah ustaz sulehan.. dulu time blaja 'arud, kalo kitorang lambat bertindak dia suka ckp mcm nie:

" alwaktu kassayap,iza lam tiada tngkp alwaktu tarabanga.."

Ayat asalnya yang dipetik dari kata-kata hukama' sebenarnya macam ni: 
"alwaktu kassaif,iza lam taqto'uhu qoto'aka.." 
yang memberi makna: "waktu itu umpama pedang,jika awak tidak mmotongnya dia akan mmotong awak"





Walaupun ayat arwah agak klakar,tapi itu la hakikatnya... Kita sering berkejar-kejar dengan masa walau dimana pun kita berada... Dan sampai kadang-kadang kita rasa ingin menarik masa itu kembali untuk mengisinya... Dan kdg2 kita tak sedar dalam kita sibuk mengisi masa kita,usia kita tlh smpai ke penghujungnya... Terfikirkah kita.. Adakah kita telah menggunakan masa muda kita dengan sebaiknya? Adakah kita telah menggunakn masa ini utk mendekatkan diri kepada-Nya? Adakah kita tlh mggunakn masa kita utk saling ingat-mengingati? Adakah kita tlh mggunakn masa hidup ini utk mnambh amln kita? Adakah kita tlh mggunakn masa ini utk mengisi bkln akhirat kita? Adakah terlintas di fikiran kita? Ssungguhnya Allah tlh bfirman dlm surah Al-'Asr y bmaksud:

"Demi masa.Sungguh,manusia berada dalam kerugian.Kecuali org2 y biman dan mjalankn kbajikn srta saling mnasihati utk kbnaran dan saling mnasihati utk ksabarn."

#JAGA MASA 
#JAGA DIRI 
#JAGA AKAL 
#JAGA HATI
 #JAGA IMAN

~:INSYAALLAH , ALLAH AKAN MENJAGA KITA:~ 
-muhasabah dan ingatan utk diri dan saudara seislamku- :::~*ingatallahdisetiaphembusannafasmu*~::: 
P/s : nukilan oleh sahabat saya,Nur Athirah Nadia...thanks for your advice..saya share di sini untuk tatapan dan renungan sahabat2 semua..sharing is caring..^_^

Selamilah






"Hidup ini susah kita nak duga.. Kadang-kadang kita rasa dekat sangat dengan seseorang.. Tapi,sebenarnya jauh.. Walaupun kita dapat capai tangan dia.. Tapi,belum tentu hati dia kita dapat selami.. Mungkin kadang-kadang kita dapat tengok dia ketawa.. Tapi,Kita tak tahu maknna di sebalik senyumannya.. Bila dia menangis..kita ingat kehadiran kita dapat memujuknya.. Walhal kehadiran kita langsung tidak disenangi.. Rencah dunia.. Kita tak akan tahu siapa kawan dan siapa lawan.. Sehinggalah sampai suatu masa kita jatuh.. Adakah tangan itu menghulurkan bantuan atau akan ditinggalkan tanpa perasaan..."

Sedarkan aku...




Air mata deras jatuh menuruni pipi..
Lantas derai di lantai bumi.. 
Kenang diri digelumangi dosa.. 
Terkedu seketika.
Bertanya diri.. 'Di terimakah aku di akhir hidup ini?"
Hidup di dunia yang penuh godaan dan hasutan.. 
Tanpa memikirkan azab dan seksaan.. 
Lantas aku setujui.. 
Oh,alangkah ruginya aku! 

Tatkala diri diberi kesempatan.. 
Lantas aku bangkit Membetulkan kesilapan..
Bayangan dosa terus menghantui Terasa diriku tidak diampuni.. 
Percayakan aku wahai teman..
Jauhkan dunia dari jiwa.. 
Kelak engkau akan bahagia.. 
Rasai kemanisan yang tidak terhingga..