Mulakan Bismillah sebelum membaca, Jadikan amalan sepanjang masa, Maaf dipohon tersilap bicara, Ini sekadar renungan bersama.. ^_^
"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-

Sunday 29 September 2013

Psstt..Psstt..





' Allah..Allah...sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik perancang. Ameen.. ' Tangis Aisyah dalam sendunya menghadap illahi. Telekungnya yang menjadi kain lapik tangan yang menadah lemah, memohon petunjuk illahi juga turut terasa basahnya. Allah, andai hati ini mudah disuburkan kembali dengan air mata ini..Bantulah hambaMu yang hina ini.

Hatinya remuk.

Hatinya hancur.

Hatinya luluh.

Semuanya hanya DIA yang tahu.

Dalam keriangan dia bersenda gurau, tersimpan hati yang sarat dengan kesedihan. Dalam dia tersenyum menyenangkan hati insan lain, tersimpan hati yang bajat dengan kelukaan.
Kelukaan? Kesedihan?
Pergilah jauh dari hati hamba yang masih mengharap redha Illahi.
Walau diri ini tahu,
Betapa banyaknya dosa yang tiada noktahnya..
Namun, Tuhan tu Maha Pengasih..
Dia Maha Penyayang..
Dia Maha PENGAMPUN.

" Aisyah..Aisyah..Sudahlah tu. Jangan disimpan seorang. Nanti hati Aisyah juga merana. Meh khabaq kat akak. Mana tahu akak boleh tolong. " Khadijah bertanya tatkala melihat sesesuk tubuh itu 'asyik' memandang bukit tinggi bertentangan 'compartmen'nya. Kerap kali juga dia melihat Aisyah sebegitu rupa. Asyik dalam dunianya. Kadang-kadang, tatkala membaca buku juga dia seperti hilang tumpuan. Rasa kasihan membenak. Dia juga seperti tidak senang duduk melihat perubahan 'roommate' nya itu.

Daripada Nu'man bin Basyir r.a. , Nabi s.a.w bersabda :

" Kemesraan, kasih sayang, dan saling berbelas kasihan antara orang mukmin diibaratkan seperti satu jasad; apabila satu anggota mengadu kesakitan seluruh jasad akan turut serta berjaga malam dan merasa panas dan gusar. " 
( Riwayat al- Bukhari dan Muslim )

Aisyah menoleh ke arah suara itu. Kak Khadijah. Seketika dia menghulurkan senyumannya seperti biasa. Dia mempelawa kerusinya lalu dia mengambil tempat di hujung katil.

" Ada apa-apa yang akak boleh tolong? " Tanya Khadijah untuk kesekian kalinya. Dia yakin, mesti ada sesuatu yang disembunyikan Aisyah. Aisyah tersenyum sahaja mendengar pertanyaan Khadijah sebelum dia melontarkan semula pandangannya ke luar.

Ada keluhan halus di situ.
Untuk apa keluhan itu? Dia sendiri tidak pasti. Adakah dia merasa beban dengan ujian ini. Allahu robbi..

Pergilah jauh kesedihan. Aku masih mengharap REDHA NYA. 
'Allah, jangan kau bolak-balikkan hatiku ini Ya Allah.'

" Akak, akak pernah tak rasa sedihnya bila berpisah dengan insan yang akak sayang? " Akhirnya dia bersuara.

" Maksud Aisyah insan yang akak sayang tu , siapa? terlalu umum. Cuba spesifik kan. Kalau nak kata insan yang akak sayang tu ramai. Mak, ayah akak..Abang akak. Hmm. " Khadijah membalas. Keningnya diangkat sedikit. Namun, jauh di sudut hatinya, dia seperti mengerti.

" Erm..ni yang saya susah sikit nak cakap ni. Malu lah kak. " Aisyah membalas. Dia seperti hilang idea ingin bertanya lebih lanjut. Malu. Biarlah dia sahaja yang tahu.Dan...........Allah.

Aisyah diam. Lama.

" Jangan kata yang Aisyah dah berpisah dengan si dia yang Aisyah selalu mesej tu. " Tiba-tiba Khadijah bersuara. Ada senyuman di situ. Aisyah menoleh. Terkejut dengan pernyataan Khadijah.


....yang Aisyah selalu mesej tu.
" Akak tahu? " Dia bertanya.

" Allah lebih tahu. " Khadijah membalas. Ringkas. Namun, boleh menyentapkan hati sesiapa sahaja yang mendengar. Termasuklah Aisyah.

Air mata Aisyah terus mengalir. Dia tersedar untuk kesekian kalinya

 " Itulah yang saya fikirkan, kak. Saya rasa berdosa sangat dengan DIA. Saya leka. Saya lalai. Sampaikan solat saya pun, saya asyik terfikirkan si dia. Saya rasa diri saya makin jauh dari DIA. Bukan makin dekat. JAUH. JAUH. " Tangis Aisyah. Khadijah diam, mendengar setiap yang terluah dari bibir itu. Lembut tangannya membelai belakang gadis itu.
' luahlah dik...andai itu membuatmu lega dan baik sangka dengan Allah..' monolog Khadijah sendirian.

" Si dia baik. Tapi, dia melalaikan saya. Saya masih punya tanggungjawab. Tanggungjawab sebagai anak. Tanggungjawab sebagai kakak dan juga adik."

" Kadang-kadang, saya sendiri tak perasan bahawa saya telah melukakan hati kedua orang tua saya. Melukakan hati orang-orang yang saya sayang. " Sendu Aisyah lagi. Dia mengambil tisu yang dihulurkan Khadijah. Dilap air mata yang masih mengalir laju membasahi pipinya.

" Tapi..." Senyap. Mungin sebak untuk meluahkan segalanya.

" Tapi, Allah baik. Allah sedarkan saya dengan melontarkan rasa 'bersalah' dalam diri saya. "

" Allah baik.. walaupun ketika saya menghadapNya pun, saya terfikir akan hambaNya.. DIA masih menerbitkan rasa 'malu' atas perbuatan saya..perbuatan yang hanya sia-sia. Yang tidak beroleh manfaat satu pun daripadanya melainkan lalai dan leka. " Aisyah menyambung. Khadijah yang sedari tadi mendengar, mengangguk. Mengiyakan kata-kata Aisyah.

" Aisyah.." Panggil Khadijah lembut. Aisyah mengangguk. Namun, mukanya menunduk. Malu untuk menatap mata 'kakak' yang terlalu baik padanya. Apakah persepsi Kak Khadijah pada dirinya selepas mendengar ini daripada mulutnya?

" Dik, perasaan cinta, suka itu adalah fitrah. Kalau akak tak ada perasaan tu, akak tak normal rasanya. " Mukaddimah Khadijah lalu tersenyum. Mengurangkan sedikit rasa yang menghimpit dada Aisyah. Aisyah mula mengangkat wajahnya, menatap raut wajah Khadijah.

" Cinta.. Cinta kepada Allah, cinta kepada rasulullah, cinta kepada ibu ayah, adik-beradik, atuk nenek, cinta kepada segalanya.. " Sambung Khadijah. Aisyah masih menatap wajah itu. Lembut. Menyenangkan hatinya. Tutur katanya juga mendamaikan.

" Tapi ada satu cinta ni, mostly membuatkan manusia terleka. Cinta kepada yang berlainan jenis, iaitu cinta antara lelaki dan perempuan.. Cinta itu tak salah sebab cinta tu fitrah. Tapi, cara manusia mengawalnya itu bagaimana? "

" Ingat tak kisah Nabi Adam dan Siti Hawa yang Allah ceritakan di dalam al-Quran? "

" Adam kesepian di syurga walau dikelilingi dengan nikmat yang terlalu banyak. Lalu, Allah cipta Hawa untuk Adam. "

“Hai Adam, diamlah engkau bersama isterimu di dalam syurga dan makanlah (serta nikmatilah) apa saja yang kamu berdua ingini, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini(Pohon Khuldi) karena (apabila mendekatinya) kamu berdua akan menjadi zalim”. (Al-A’raaf: 19).
" Lalu, apabila mereka dicampak ke bumi, mereka terpisah. Lebih kurang 300 tahun baru bertemu semula. Dan di Jabal Rahmahlah mereka bertemu." Sambung Khadijah lagi.

" Allah cipta Zulaikha untuk Nabi Yusuf. Ingat lagi kisah cinta Zulaika pada Yusuf? Allah..indahnya cinta mereka sehingga Allah rakamkan dalam surah Yusuf  ayat 21 sehinggalah Yusuf a.s di penjarakan pada ayat 36 surah yang sama, kerana fitnah kononnya Yusuf a.s mengoda Zulaikha , isteri al-Aziz. Bagaimanapun pada ayat 51 surah yang sama Allah berfirman, maksudnya :

Isteri Al Aziz pun berkata: Sekarang ternyatalah kebenaran, akulah yang memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan sesungguhnya adalah ia dari orang yang benar.  
( Yusuf :51 )

" Selepas ayat tersebut Al Quran tidak menceritakan kesudahan hubungan Zulaikha dengan Yusuf a.s.
Bagaimanapun Ibn Katsir didalam Tafsir Surah Yusuf memetik :

Muhammad bin Ishak berkata bahawa kedudukan yang diberikan kepada Yusuf a.s oleh raja Mesir adalah kedudukan yang dahulunya dimiliki oleh suami Zulaikha yang telah dipecat. Juga disebut-sebut bahwa Yusuf telah beristrikan Zu­laikha sesudah suaminya meninggal dunia, dan diceritakan bah­wa pada suatu ketika berkatalah Yusuf kepada Zulaikha setelah ia menjadi isterinya, 
“Tidakkah keadaan dan hubungan kita se­karang ini lebih baik dari apa yang pernah engkau inginkan?” 
Zulaikha menjawab,
“Janganlah engkau menyalahkan aku, hai kekasihku, aku sebagai wanita yang cantik, muda belia bersuamikan seorang pemuda yang berketerampilan dingin, menemui­mu sebagai pemuda yang tampan, gagah perkasa bertubuh indah, apakah salah bila aku jatuh cinta kepadamu dan lupa akan ke­dudukanku sebagai wanita yang bersuami?”

Dikisahkan bahwa Yusuf waktu kawin dengan Zulaikha, ia menemuinya masih gadis (perawan) dan dari perkawinan itu memperoleh dua orang putra: Ifraitsim bin Yusuf dan Misya bin Yusuf." **1

" Sweetkan..." Khadijah membuat muka terujanya. Aisyah mengangguk, mengiyakan. Tidak ada lagi air mata yang kelihatan di wajah itu.

" Tapi, cinta itu mestilah dikawal. Supaya kita tidak terlalu mengikut kata hati dan nafsu yang mencengkam." Sambung Khadijah lagi. Ringkas tapi mendalam. 

Ramai remaja sekarang yang tewas dengan cinta. 'Cinta itu Buta'. Ya. Cinta itu buta bilamana cinta itu berpaksi kepada nafsu dan keinginan semata. Ya. Cinta itu buta bilamana tiada ilmu dalam memahami mendalamnya maksud cinta.

Cinta itu suci.

Tapi, kesuciannya diragut lantas menjadikan semua mempunyai perspektif yang lari daripada fitrah cinta itu.

" Dan sungguh perempuan itu berkehendak kepadanya ( yusuf ). Dan Yusuf pun berkehendak kepadanya, sekiranya dia tidak melihat tanda (dari) Tuhannya. Demikianlah kami palingkan darinya keburukan dan kekejian. Sungguh, dia ( Yusuf ) termasuk hamba kami yang terpilih. " ( surah Yusuf : 24 )  
" Lihat bagaimana remaja sekarang mengurus cinta.." Khadijah menambah. Aisyah semakin tekun mendengar. Lupa seketika kesedihan yang melanda dirinya sebentar tadi.

" Disebabkan ketandusan ilmu dan hilang pertimbangan dalam akal yang waras, mereka sanggup melakukan apa sahaja demi cinta. tu yang kita selalu dengar perempuan terjun bangunan lah. Lelaki bunuh teman wanita kerana frust. Macam-macam lagi. Tu tak termasuk yang berzina lagi. Nauzubillahi min zalik."

" Allah.." Aisyah mengeluh perlahan. Benarlah. Itu realiti dunia sekarang. Dia jadi takut.

" Herm..berbalik pada Cerita Aisyah..Maaf ye dik, panjang lebar pula akak membebel.. bagi akak, dalam situasi adik ni, memang tak salah. Mungkin. Selagimana adik menjaga batasan dalam hubungan adik dengan si dia tu. Tapi, adik mesti ingat...kita ni pelajar. Bakal peneraju bangsa. Orang di luar sana ramai mengharapkan kita. Mahasiswa dan mahasisiwi. Untuk apa? untuk mengubah negara kita. Kita lah bakal pemimpin ummah. Dan kita jugalah yang bakal melahirkan generasi rabbani pada masa akan datang. " Panjang lebar Khadijah bercerita. Aisyah tersenyum seraya mengangguk. Dia memeluk Khadijah untuk seketika. Terharu.

" Terima kasih kak. Apa-apa pun you are the best! " Aisyah mengeratkan dakapannya. Terasa ada semangat baru.


Pssst... pssst.. 

" Ilmu itu adalah cahaya, dan cahaya Allah tidak akan memasuki kepada orang yang membuat maksiat."


**1. Dipetik daripada : Kisah Cinta Zulaikha Dan Nabi Yusuf / KHALIFAH http://khalifahalhidayah.blogspot.com/2013/04/kisah-cinta-zulaikha-dan-nabi-yusuf.html#ixzz2gF5SCRer 





Friday 20 September 2013

Tegur...:)




" Isk..isk..isk..Saya sedih sangat..sedih sangat.." Sofiah mendengar sahaja rintihan rakannya yang seorang. Sejak tadi dia masih menunggu ungkapan seterusnya. Mungkin di situ persoalan akan terjawab. Zakiah yang sedari tadi teresak-esak menangis dibiarkan seketika. Sofiah tidak mahu memaksa rakannya itu untuk bercerita. Tetapi, bagaimana mungkin dia menolong Zakiah kalau dia masih menangis dan tidak bercerita.

" Kenapa Zakiah? Takkan jauh berjalan, sakit dada menahan. Cuba cerita sikit. " Sofiah bertanya akhirnya. Tidak sampai hati pula dibiarkan rakannya yang seorang itu teresak-esak menahan tangis.

" Saya sedih.." Lama dia terdiam. Mungkin untuk bercerita tu membuatkan dadanya makin sebak.

" Baru seminggu tinggalkan kampung tu, bila pergi semula kampung tu, dia macam tak kenal saya. " Dia menyambung. Tersedu-sedan dia bercerita. Rasa kasihan pula bertamu di jiwa Sofiah.

Dia? Ahah..mesti gadis yang dia kenal masa pergi sana.



 " ada dua orang gadis tu, malu-malu dengan saya. " 
"Tapi, best tau.. Ye lah, kat sana tak semua Muslim. Ada yang baru je kembali ke agama fitrah ( islam ).  Ada yang tu pula, nak convert to Islam, by the way he or she said : " but we have to pray.." macam-macam. Ye lah, kita ni pun masih bertatih lagi dalam jalan dakwah. Nak ajak terus tu tak boleh lah. Lastly, I told her/ him that Islam is not that sort of religion. Islam is very kind. If you had decide to convert to Islam.. Go ahead. Tak ada paksaan dalam agama Islam. Kalau bab solat tu. Itu memang wajib dalam Islam. Macam others religion. Ada sembahyang nya yang tersendiri." Zakiah senyum.  

" Solat dalam Islam ada tujuan dan peranannya. ' worshiping of Allah '. Dan solat tu adalah salah satu cara kita menunjukkan rasa taat kita kepada Dia. " Zakiah menyambung. Rasa berdebar pula semakin rancak. Berdakwah tu bukan mudah, yang pasti duduk diam tu tak susah. 

                                                                                   ***
" Seorang pandai juga cakap bahasa melayu biasa macam kita ni. Tapi, yang lagi seorang tu, tak berapa.."

                                                                          ****************************


" Dia tak tegur pun saya.. Yang pandai cakap Melayu tu tegur juga saya. Dia langsung tak. Se... sedih saya.. Tadi pun nak balik, dia tak jumpa pun saya. Yang sorang tu je jumpa saya. " Sedu Zakiah. Diambil tisu yang dihulurkan Sofiah.

Allah..

" Awak ada tegur dia? ke awak pun tak tegur dia? " Tanya Sofiah.

" Saya malu lah nak tegur dia. Saya tetamu je. Nak pergi rumah dia pun malu. " Zakiah membalas. Sofiah tersenyum mendengar jawapan yang lahir dari mulut rakannya itu.

" Ha..maybe dia pun sama macam awak. Malu nak tegur. Dia fikir ' Zakiah tak ingat kat aku lagi kot'. dan awak pun sama fikir perkara yang sama kan. Lastly, awak macam ni kat sini. Dan dia kat sana pun macam ni. Dua-dua sedih. " Balas Sofiah cuba menyedarkan Zakiah.

Lama Zakiah terdiam. Sofiah menyandarkan tubuhnya di dinding 'compartmen' nya.

" Zakiah, saya pun bukannya baik sangat. Tak 'Alim. Ilmu ciput je kat dada. Rasa segan pula. Tapi, kalau difikirkan kita ni muslim, muslimah...kita cuba fikir dengan akal yang waras dan emosi yang seimbang. Jangan berfikir yang bukan-bukan. Tengok, awak juga yang sedih. Mungkin, dia ada sebab lain ke.."

" Nanti, bila awak pergi rumah 'amek' angkat awak..awak singgahlah rumah dia sekali. Tegur-tegur dia kalau nampak. Then, mungkin masa tu awak boleh tanya dia. Kalau awak nangis macam ni, masa tak boleh putar semula.. " Sambung Sofiah lagi.

" Erm..mungkin juga salah saya kan..terima kasih. " Zakiah membalas. Esakannya berkurang. Dia menghantar pandangannya ke luar jendela 'compartmen' Sofiah. Merenung seketika. Mungkin.


* merenung sendiri *




Mungkin Zakiah ada sebab tersendiri juga, ' mengapa dia terlalu sedih tak dapat bertegur dengan gadis tu '..

Dakwah itu bukan mudah..

Yang pasti,
Duduk diam itu tidak susah..



Saturday 14 September 2013

sebuah pemberian..





" Salina, wake up..wake up..Sedarlah Salina." Amirah memegang bahu rakannya itu lalu digoncang kuat. Kening Salina bertaut. Pelik. Itulah pandangan matanya pada Amirah hari ini. Amirah yang dia kenal sangat berbeza dengan Amirah yang sekarang ini. Hari ini, sahabatnya itu tidak seperti selalu. Hatinya pula terasa rindu untuk mendengar jenaka berunsur nasihat sahabatnya itu seperti selalu.

" Mira..Bila masa pula aku tidur ni? Kau ni yang mimpi siang hari ni. Nak gugur jantung aku,tahu.. " Balas Salina. Amirah tersentak. Mungkin baru tersedar dengan perilakunya yang bawah sedar. Dia menunduk. Tangannya diturunkan. Perlahan kakinya melangkah ke arah bangku yang disediakan di taman itu. Air mukanya tampak mendung. Tidak seperti selalu. Salina yang melihat, merengus perlahan lalu kakinya menuruti langkahan kaki Amirah.

" Kau ni kenapa Mira? Kau ada masalah ke? Dari tadi aku cakap, kau buat don't know je..tup tup kau pula suruh aku bangun..Then, diam membatu macam ni dengan muka macam tu. Kau buat aku rasa bersalah. Aku ada terlepas cakap ke tadi? " Tanya Salina lembut. Tangannya di letakkan di atas bahu sahabatnya itu. Matanya tidak lepas dari melihat wajah sugul Amirah. Hatinya pula merasa sedih melihat kesedihan yang terpamer di wajah itu. Sekejap-sekejap tangannya membetulkan rambutnya yang ditiup angin yang lalu lewat petang itu.

Amirah mengangkat wajahnya, memandang insan yang berada di hadapannya saat ini. Hatinya tiba-tiba menjadi sayu. Air mata ditahan. Tidak mahu Salina melihat deraian itu.

"Salina, kau ingat tak..dulu aku pernah cakap kat kau sesuatu. Kau ingat lagi tak?" Tanya Amirah. Matanya tepat memandang wajah Salina. Salina menyandarkan tubuhnya. Matanya kini di kalih ke hadapan. Sesekejap dipejam lama, cuba mengingati sesuatu.


" Kalau aku tergelincir dari tanah tinggi, Kau sambut tak tanganku waktu itu? " Amirah bertanya.

" Mestilah aku sambut. Takkan nak biarkan sahabat aku jatuh terus tanpa menghulurkan tangan aku. " Balas Salina.
" Andai kata, aku jatuh tanpa sempat menarik tangan yang kau hulurkan..Tapi, Allah beri peluang untuk aku menghirup udaraNya, namun dalam keadaan yang anggota tubuh aku yang teruk sangat dan mungkin tidak boleh kembali kepada yang asal...Kau masih nak bersahabat dengan aku? " Tanya Amirah lagi. Salina terpana.
" Apa yang kau merepek ni Mira? Jangan cakap benda yang bukan-bukanlah Mira. " Marah Salina.

" Bukan...aku saja je nak tanya. Ye lah..Kita tak tahu apa yang akan terjadi sekejap lagi.." Ada nada hampa di situ. Hampa kerana soalan tidak berjawab.

" Mira, sedangkan perkataan tu aku tak sanggup nak dengar, apatah lagi kalau ia benar-benar berlaku..Takkan aku nak biarkan kau seorang dalam menjalani hidup kau macam tu. Apa-apa yang berlaku, itu adalah ketetapan Allah. Kau tetap sahabat aku dunia dan akhirat. Aku takkan biarkan kau hidup dalam kesengsaraan, sedangkan aku bahagia seorang.."

" Salina.." Amirah memanggil lembut. Salina tersentak. Ingatan lampau mereka menghilang.

" Aku ingat.." Balas Salina perlahan. Tiba-tiba hatinya merasa sebak.

" Apa yang kau ingat? " Tanya Amirah meminta kepastian. Lambat-lambat.

" Aku ingat bicara kau petang tu. Kau tanya aku sama ada akanku hulurkan tangan aku menyambut kau yang tergelincir dari tanah tinggi atau sebaliknya. " Pantas Salina menjawab. Pandangannya masih dilontarkan ke hadapan. Amirah terdiam. Ya. Itulah yang dia mahu dengar.

" Kau ingat ya.." Amirah sedikit tersenyum. Badannya yang menghadap Salina sebentar tadi, dikalihkannya menghala ke hadapan juga. Sandar. Dia mendongak ke langit yang membiru. Suasana taman yang damai itu, amat memudahkan mereka mengenang nostalgia lampau mereka.

" Tapi, hari ni bukan kau hulurkan tangan kau.. " Amirah meneruskan bicaranya lambat-lambat. Sekali lagi kening Salina bertaut. Tidak mengerti. Di pandang wajah Amirah. Lama.

" Maksud kau? " Tanya Salina.

" Dulu kau pernah kata, 'aku sahabat dunia dan akhirat kau.' Ya. Aku sahabat kau. Di dunia. Di akhirat?" Pertanyaan di balas pertanyaan. Salina semakin tidak faham. Apa kaitannya?

" Salina, aku sangat gembira tatkala kau menjawab yang kau akan tetap berada di sisi aku. Aku terasa hutang budi yang amat walaupun ia hanyalah sekadar jawapan daripada mulut seorang sahabat. Tapi, hari ini bila aku melihat kau sedikit tergelincir macam yang aku tanya kau waktu itu, takkan aku nak biarkan kau? Itukah namanya sahabat dunia dan akhirat? " Amirah masih meneruskan kata-katanya. Salina yang mendengar, hanya membatu. Masih mendengar. Matanya tepat memandang anak mata Amirah. Sedikit kekeliruan terungkai.

" Aku bukannya ingin menjadi sahabat dunia yang sekadar bercerita tentang itu dan ini. Yang sekadar membiarkan sahabat sendiri jauh dari agama. Aku nak kita sama-sama masuk syurga. Aku tahu, syurga dan neraka itu kerja Allah. Tapi, aku nak sama-sama berusaha dengan kau pergi syurga. "


* if u go away, u will see me cry,don't u let me go,baby don't u let me down..
   nulhamke sodo dokabuchi onhun..ondon wi miedo...nanana nananana          * ( Panggilan masuk )


" Salina, aku minta maaf sangat-sangat.. Ada hal penting yang aku kena uruskan.." Amirah diri membetulkan kedudukan bajunya kurungnya sebelum mengeluarkan satu bungkusan daripada beg tangannya.

"Nah, ini untuk kau sahabatku! " Bungkusan itu beralih tangan sebelum Amirah melambaikan tangannya meninggalkan Salina yang masih tetap memandang bungkusan itu.


                 
"Khas untuk Salina yang cute lagi comel.. Pakai tau.. Kita ni perempuan. Wajib pakai. Allah dah sebut dalam kitabnya yang bermaksud :
"Katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya… "(al-Nuur : 31)

Ha..lagi satu..
W = wanita
A = akan
N = nampak
I = indah
T = tutup
A = aurat


sahabat dunia dan akhirat! ^_^ luv u!

-Mirah-

Salina memegang pemberian sahabatnya itu. Setitis mutiara jernih mengalir di tubir matanya. Dia memandang dirinya yang berpakaian baju kurung moden. Satu perkara yang sangat kurang dijaganya.. AURAT nya.. Allahu robbi..

"Terima kasih ya Allah kerana menghadirkan sahabat yang menyayangi aku..Kau hadirkan dia untuk peringatan buatku..."

Friday 13 September 2013

Nasihat untuk puteri kecilnya..



Usai pulang dari kelas petang itu, diriku bagai di tarik-tarik untuk membuka profile 'muka buku' ku yang agak lama tidak dijenguk. Mungkin sudah bersawang. Laju tangan menaip email dan juga kata kunci di ruang kosong. Sedetik kemudian, mataku memerhati segala luahan dan juga kata-kata yang memenuhi 'wall' ku..

Rasa malas dan letih membuatkan tanganku laju men'scroll' tetikus, mencari input yang mungkin lebih bermakna dan bermanfaat..

Saat itu, mataku pula terpandang akan satu post daripada seorang hamba Allah ni...

Ustadz Felix Siauw nasihat untuk putri kecilnya: 
1. masih abi ingat rajuk parasmu saat abi menolak memberi apa yang kau pinta | teringat jelas airmata yang kau tahan di tepi matamu
  2. engkau pinta kepada abi serakan mainan sebagaimana teman-temanmu miliki | sementara abi malah mengajakmu ke toko buku mencari bacaan
3. engkau pinta kepada abi tontonan selayaknya anak-anak seusiamu | namun abi malah hulurkan buku kosong untuk kau tulis dan gambar
 4. tahukah nak, seringkali abi berpikir mungkin saja abi adalah ayah yang tak berikan bahagia pada anaknya | tak berusaha pahami anaknya
5. namun kenyataan bahwa Ali bin Abu Thalib mengkaji Islam saat 8 tahun dan Imam Syafi'i yang hafidz saat 7 tahun menetapkan hati abi
 6. tak ada niat sedikitpun dari abi untuk tak menghargai masa kecilmu | abi terobsesi dengan masa depan yang akan kau ukir
7. masih abi ingat alasan yang engkau buat saat abi mengajakmu shalat bersama | betapa sulit bagimu rela tinggalkan tontonan
 8. engkau pinta kepada abi untuk izinkanmu menonton idola barat | abi malah meminta ummi untuk bacakan kisah para nabi bagimu
9. engkau pinta kepada abi untuk bermain bersama teman-temanmu | bahkan abi memintamu kembali menyelesaikan iqra' bersama ummi
 10. tahukah nak, seringkali abi berpikir mungkin ini tindakan dzalim | namun abi tak bisa pikirkan apalagi bekal bagimu selain ilmu
11. namun kenyataan bahwa dunia ini sudah sedemikian dekat dengan akhir dan kebangkitan Islam yang menjelang kuatkan hati abi
 12. masih abi ingat deras airmatamu saat abi bertanya tentang foto di sekolah | saat kau berdampingan dengan lelaki bukan mahram
13. engkau pinta pemakluman abi karena di foto itu engkau dipaksa | sementara abi segera hubungi gurumu bahwa itu bukan kebiasaan kami
 14. engkau pinta pada abi agar izinkan lelaki bermain denganmu | sementara abi usir lelaki itu, padahal usia kalian baru 4 tahun
15. tahukah nak, seringkali abi berpikir bahwa abi berlebihan | harus melawan arus disaat semua orangtua berkata itu hal biasa
 16. namun kenyataan bahwa zina telah berakar subur di negeri ini dan kebanyakan berawal dari kebiasaan buruk melegitimasi abi
17. nak, abi mohon maaf bila engkau memiliki abi yang terlalu sayang kepadamu, terlalu peduli kepadamu
 18. nak, abi hanya lelaki yang berbuat banyak kebodohan di masa muda | karena itu berharap banyak pada masa mudamu kelak
19. nak, abi tak tahu sampai kapan abi bisa menemani dan mendidikmu | namun abi selalu meminta pada Allah lebih banyak waktu bersamamu
 20. nak, seandainya satu saat kita tak bisa berkumpul kembali, izinkan tulisan-tulisan ini menjadi pengganti nasihat bagimu, perkenankan.

*****************

 Allahu robbi...Sedihnya.. Tak tipu.. Sedih sangat..
Sesaat kemudian, laju tanganku membawa cursos laptop ke...

* SIGN OUT *

Badanku, ku hempas ke tilam. Merenung siling 'compartmen' ku.
Lama. Serta merta wajah abah bermain di minda. Sedikit cecair panas mengalir di tubir mata.

'Abah' Hatiku sebak bila mengenangkan abah. Insan yang selalu menasihati aku tatkala aku terlalu mengikut perasaan dan kata hatiku. Kata-katanya menyedarkan aku...

*Tutup muka dengan bantal*

Sunday 8 September 2013

Gembirakan mereka...

Bismillahirrahmanirrahim...



Kaki melangkah berat keluar dari rumah. Beg-beg yang sudah ku kemas kelmarin, ku masukkan ke dalam bonet kereta abahku. Rasa sebak mula menikam kalbuku. Saat ini hatiku berperang dengan diriku.

" K, kau bukan nak pergi jauh sangat. Dekat je. Selangor. 4 jam dah sampai." Hati memujuk diri yang kesedihan. Walau di bibir senyuman ku ukir. Gelak tawa adik beradikku, ku sambut. Namun, hatiku hanya Tuhan yang tahu.

" Memanglah dekat. Aku sendiri tak tahu. Setiap kali nak pergi jauh-jauh sikit, mesti aku sedih." Diri meluah. Perasaan sebak pula menjalar. Air mataku tahan.

" Hmm..Semua anak pernah/ sedang/ akan merasa perasaan macam kau ni. Tapi, kau fikirlah sendiri. Kau pergi ke sana bukannya untuk berfoya-foya ( nauzubillah ). Malah kau pergi untuk menuntut ilmu. Ibu bapa kau pun merestuinya. Untuk masa depan kau juga." Hati masih memujuk.

Diriku bungkam seketika.

" Ya. Aku pergi sana untuk belajar. Menuntut ilmu. Haruskah aku merasa sedih begini?" Semangatku kembali sesaat.

 Namun, perasaan halus yang menusuk kalbu tidak dapat ku tipu walau aku cuba meyakinkan diriku.
Akhirnya, perasaan sedih mula menguasai kembali.

" Sebenarnya, aku sedih nak tinggalkan umi dan abah aku. Bukan sebab belajar jauh. Tapi sebab aku merasakan sepanjang cuti ni, macam aku  tak membahagiakan hati mereka. Ya lah. Zahir mereka, kelihatan tersenyum, tertawa..Namun, hati mereka?Bagaimana? Mungkin ada perkataan dan perbuatanku yang mengguris dan menghiris hati mereka..ALLAH... " Diri meluah akhirnya. Rasa bersalah yang dipendam sebentar tadi, di luah.


" MINTA AMPUN pada mereka..Agar diri kau tenang untuk menuntut ilmu. " Hati menyuruh. Diriku kembali terdiam. Lama.

" Malu? Atau kau nak terus-terusan rasa bersalah? " Hati menebak bagai tahu yang bermain di fikiran.

" Nak melihat mereka tersenyum dalam kebahagiaan atau tersenyum dalam kegurisan? " Hati menebak lagi.

Sekali lagi aku kembali memuhasabah diriku. Lama.

Ya. Sudah tentu aku pilih untuk melihat mereka meninggalkan aku dengan senyuman yang membahagiakan. Bukan melihat mereka tersenyum dalam kegurisan hati. Tidak sesekali.

" Ami, Abah...akak minta ampun...."



*********************************************************************

"SESUNGGUHNYA KEREDHAAN ALLAH TERLETAK PADA KEREDHAAN KE DUA IBU BAPA"




Tuesday 3 September 2013

cinta dia / cinta DIA ??



" A, sampai bila kau nak menagih cinta dia yang tidak pasti tu..Kau pun bukannya kenal dia." Bibirku mematikan senyuman yang sedari tadi terukir, tatkala pertanyaan itu yang dilemparkan oleh kata hatiku sendiri. 'Salahkah aku?Aku bukannya buat maksiat?Aku hanya admire pada seorang hamba Allah. Aku suka dengan sikapnya yang menghormati perempuan.' Diri pantas membidas.

" Memanglah kau kata, kau hanya admire pada dia..sebab sikap dia tu. Tapi, aku pasti mesti ada terselit sedikit rasa 'mengharap' pada dia yang tak pasti tu.Tipu la kalau kau kata tak ada..aku kan kata hati kau. dan aku adalah sebahagian daripada diri kau." Kata hati kian menghujani diri..'Allah..memang..memang ada sedikit rasa tu, tapi aku sendiri tak tahu macam mana perasaan tu boleh ada. Salahkah aku mengaharap insan sebaik dia?' Terasa sebak rasa dada bila mengenangkan ia hanyalah harapan kosong. Mengharapkan insan yang tidak pernah mengenali diri ini. Tersedar kembali.

" Tak..tak salah..rasa kasih, rasa sayang,rasa cinta itu adalah fitrah..dan kau mengharapkan dan kasih kepada insan yang baik akhlaknya.." Kata hati membalas. Terasa diri lega seketika.

" Tapi......" Diri membungkam membiarkan hati berkata-kata.

" Tapi, apakah yang kau dapat dengan hanya berbuat demikian?"

" Sampai bila kau nak menagih cinta si dia..sedangkan diri kau, kau biarkan jauh dari cinta-NYA? " Terasa diri dihempap oleh bah yang sangat dahsyat..Serta merta air mata deras mengalir..

Allahu robbi..Malu sungguh diri ini.
Mencari cinta yang tak pasti..Sedangkan cintaNya tak mampu aku miliki..
Aku leka dalam mengejar si dia, sedangkan Dia pula tak pernah meninggalkan aku..Allahu robbi...