Mulakan Bismillah sebelum membaca, Jadikan amalan sepanjang masa, Maaf dipohon tersilap bicara, Ini sekadar renungan bersama.. ^_^
"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-

Sunday 26 October 2014

Positif + mudahkan



" Geram sangat. Macam orang lain tak ada kerja saja. " Amirah menahan marah.

" Yup. Ingat dia seorang sahaja yang punya kerja. At least, luangkan sedikit masa tu tak boleh ke? " Syahidah pula membentak. Tidak puas hati.

Masing-masing dengan rasa hati yang begitu 'panas'. Mata menikam garang, memandang sekeliling mencari kelibat rakan yang ditunggu. Aisyah yang melihat hanya mendengar. Sememangnya mereka berempat perlu menyiapkan tugasan itu secepat mungkin. Tidak mahu untuk bertangguh. Apatah lagi, masing-masing juga punya komitmen lain.

" Hish dia ni. Kan dah cakap, be punctual!! " Amirah meraup mukanya. Terasa darah naik ke kepala. Marah.

" Astaghfirullahal adzim.. Mira, Syidah. Sabarlah sikit. Maybe, ada something happen saat-saat akhir. Bagilah Nad masa. Jangan marah-marah macam ni.Tak bagus. Lagipun dia tu kan kawan kita juga. " Aisyah bersuara lembut.

Namun, kepanasan rasa hati siapa yang tahu. Hati yang sedang marah, jikalau dicakap juga. Pasti melenting. Seakan tidak mahu menerima. Dia saja yang betul.

Amirah menjeling.

Syahidah merengus kasar.

" Janji tetap janji. Cakap pukul berapa? ni dah dekat dua puluh minit kita tunggu. Batang hidung dia pun tak nampak. " Amirah memeluk tubuh. Pandangannya tepat ke arah Aisyah.

" Ye, saya tahu. Tapi kita kena faham situasi dia juga Mira. " Balas Aisyah. Masih dengan nada yang sama.

" Tak pun, kita mulakan saja dulu discussion kita. " Usul Aisyah dengan senyuman.

" Assalammualaikum. Sorry girls. I'm late. " Masing-masing memandang ke arah suara yang mendekati mereka.

" Ingatkan tadi tak datang. " Syida membalas.

" Sorry. Masa saya nak datang tadi, my roommate call me and need my help. Her mom in hospital right now. So, dia minta saya hantarkan. "

" Sorry sangat-sangat. Kaget sangat tadi bila tengok dia nangis minta tolong. So, terus lupa nak beritahu u all. " Nadhirah meminta maaf untuk kesekian kalinya. Mungkin melihat wajah rakan-rakan yang tegang membuatkan hatinya rasa bersalah.

" Haiip. Don't worry la. Kitorang faham. Awak menolong orang kan. Tu kan satu kebaikan. Kalau kitorang kat tempat awak pun, kitorang buat benda yang sama. " Aisyah mengelus lembut belakang Nadhirah. Tidah mahu rakannya itu membebankan hatinya dengan perasaan yang tidak wajar.

Syahidah memandang Amirah.

Ada komunikasi di situ.

Sesaat riak mereka bertukar.

Mungkin kembali berfikir kata-kata yang diungkapkan tatkala amarah menguasai sebentar tadi.



**********************


#be positive

#hepi-hepi. Jangan tertekan dengan kerja yang tidak pernah selesai. Nama pun kehidupan. Tapi, perlu tahu, antara adat dan ibadat. So, buat sesuatu tu, tanamkan niat hanya keranaNya. Then, kita akan rasa mudah dan tidak rasa terbeban.

#Latly, mudahkan kerja orang, InsyaAllah kerja kita juga dipermudahkan Allah. (Ni untuk watak  Nad coz buat orang tertunggu-tunggu. :) )