Mulakan Bismillah sebelum membaca, Jadikan amalan sepanjang masa, Maaf dipohon tersilap bicara, Ini sekadar renungan bersama.. ^_^
"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-

Friday 4 April 2014

Jangan takut untuk berkawan..:)



 " Aku bukan tak nak bersosial. " Luah Mie perlahan.

" Dahtu?" Soal Ali pantas.

" Tapi, aku takut kalau dengan itu membuatkan aku jauh daripada Tuhan. " Jelasnya. Masih nada yang sama. Antara dengar dan tidak.


Erk.. Agaknya boleh pakai tak alasan tu.

Seriuslah. Islam itu agama yang mudah. Islam itu agama muammalat.

Bukannya maksud bersosial ni bebas. Bebas bergaul tanpa perlu memikirkan halal dan haram sesuatu tu.
Rasional sikit, dear. Erti kata lain, muamalat dengan insan lain.

Kalau kita tak bermuammalah dengan mereka, so macam mana kita nak tarik mereka??
Simple.

Tak mahulah masuk syurga seorang sahaja. Yang lain, ditinggal terkapai-kapai mencari jalan sendiri tanpa seorang menolong. Alasannya, macam kat atas tu.

Bukannya tak bagus.

Orang kata, pandai pilih kawan.

kalau kita berkawan dengan penjual minyak wangi, kita akan dapat tempias bau minyak wanginya.


Ye..

cari kawan yang boleh bantu kita dekat pada Tuhan..

Dan sesekali jangan lupa,

Kalau kita tak suka pada seseorang yang melakukan kemungkaran,

cegahlah.. Ingatkan hadith Rasulullah.


ok. Seriously.

Nak cegah tu pun bukan mudah kan.

Rasulullah dah bersabda, kalau tak mampu dengan perbuatan, maka dengan lisan. Kalau tak mampu juga, cegah dengan hati. Dan cegah dengan hati tu adalah selemah-lemah iman.



Sabda Rasulullah s.a.w :


"Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran hendaklah ia mencegah kemungkaran itu dengan tangannya. jika tidak mampu, hendaklah mencegahnya dengan lisan, jika tidak mampu juga, hendaklah ia mencegahnya dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman."

(HR Muslim, no.70, lidwa, jalur Abu Sa`iid al-Khudri ra )



p/s : peringatan untuk semua, khususnya untuk diriku sendiri. 

- Kadang kala, kita rasa lemah dengan insan di persekitaran kita. Apa yang kita buat seakan dipertikaikan.  Don't worry, dear.. Allah kan ada!! ^_^

wahai cik hati, bersangka baiklah. Tak rugikan bersangka baik. ( tengok pada situasi dan keadaan juga ye ) ^_^


No comments:

Post a Comment