Mulakan Bismillah sebelum membaca, Jadikan amalan sepanjang masa, Maaf dipohon tersilap bicara, Ini sekadar renungan bersama.. ^_^
"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-

Sunday 8 September 2013

Gembirakan mereka...

Bismillahirrahmanirrahim...



Kaki melangkah berat keluar dari rumah. Beg-beg yang sudah ku kemas kelmarin, ku masukkan ke dalam bonet kereta abahku. Rasa sebak mula menikam kalbuku. Saat ini hatiku berperang dengan diriku.

" K, kau bukan nak pergi jauh sangat. Dekat je. Selangor. 4 jam dah sampai." Hati memujuk diri yang kesedihan. Walau di bibir senyuman ku ukir. Gelak tawa adik beradikku, ku sambut. Namun, hatiku hanya Tuhan yang tahu.

" Memanglah dekat. Aku sendiri tak tahu. Setiap kali nak pergi jauh-jauh sikit, mesti aku sedih." Diri meluah. Perasaan sebak pula menjalar. Air mataku tahan.

" Hmm..Semua anak pernah/ sedang/ akan merasa perasaan macam kau ni. Tapi, kau fikirlah sendiri. Kau pergi ke sana bukannya untuk berfoya-foya ( nauzubillah ). Malah kau pergi untuk menuntut ilmu. Ibu bapa kau pun merestuinya. Untuk masa depan kau juga." Hati masih memujuk.

Diriku bungkam seketika.

" Ya. Aku pergi sana untuk belajar. Menuntut ilmu. Haruskah aku merasa sedih begini?" Semangatku kembali sesaat.

 Namun, perasaan halus yang menusuk kalbu tidak dapat ku tipu walau aku cuba meyakinkan diriku.
Akhirnya, perasaan sedih mula menguasai kembali.

" Sebenarnya, aku sedih nak tinggalkan umi dan abah aku. Bukan sebab belajar jauh. Tapi sebab aku merasakan sepanjang cuti ni, macam aku  tak membahagiakan hati mereka. Ya lah. Zahir mereka, kelihatan tersenyum, tertawa..Namun, hati mereka?Bagaimana? Mungkin ada perkataan dan perbuatanku yang mengguris dan menghiris hati mereka..ALLAH... " Diri meluah akhirnya. Rasa bersalah yang dipendam sebentar tadi, di luah.


" MINTA AMPUN pada mereka..Agar diri kau tenang untuk menuntut ilmu. " Hati menyuruh. Diriku kembali terdiam. Lama.

" Malu? Atau kau nak terus-terusan rasa bersalah? " Hati menebak bagai tahu yang bermain di fikiran.

" Nak melihat mereka tersenyum dalam kebahagiaan atau tersenyum dalam kegurisan? " Hati menebak lagi.

Sekali lagi aku kembali memuhasabah diriku. Lama.

Ya. Sudah tentu aku pilih untuk melihat mereka meninggalkan aku dengan senyuman yang membahagiakan. Bukan melihat mereka tersenyum dalam kegurisan hati. Tidak sesekali.

" Ami, Abah...akak minta ampun...."



*********************************************************************

"SESUNGGUHNYA KEREDHAAN ALLAH TERLETAK PADA KEREDHAAN KE DUA IBU BAPA"




No comments:

Post a Comment