Mulakan Bismillah sebelum membaca, Jadikan amalan sepanjang masa, Maaf dipohon tersilap bicara, Ini sekadar renungan bersama.. ^_^
"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-

Sunday 23 February 2014

Aku insan biasa 1


Azam baru..

Semangat baru..

Untuk semester baru..

Dan semestinya,

SOLEHAH yang baru..


Tinggalkan semuanya yang dahulu.

Tak usah dikenang..

Perangai 'baik sangat' yang dahulu juga buang jauh-jauh..

Ditekannya perkataan 'baik sangat' yang menunjukkan sebaliknya itu. Dia tersenyum sendirian. Langkah kakinya tetap diatur dan tangannya memeluk erat buku 'Islamic History' miliknya.


" Bedebukk.."  Allahu akbar. Serentak itu, bukunya dan juga insan yang dilanggarnya itu terjatuh di atas lantai bangunan 'Education' itu. Sakitnya kepala aku. Haih. Mana nak letak muka ni. Semua orang tengok. 'Tu lah kau, kakak. Tak memasal langgar anak orang. Lain kali, tengok depan. Baru tadi cakap nak buang perangai lama. Belum apa-apa lagi, perangai kau yang satu ni datang lagi. Haih la kakak..' Marah Solehah dirinya tatkala terlihat ada mata-mata yang giat memandang. Ada juga yang hanya buat tidak tahu. 

Perangai dia yang suka berangan ketika berjalan tu sukar dibuangnya. Erk. Bukan berangan tapi berfikir. Ye lah. Kita sebagai hamba Allah ni, perlu banyak berfikir. Berfikir dengan akal, hati, penglihatan kita atas segala ciptaan Allah di muka bumi ini. Bagaimana Allah menjadikan langit tanpa tiang. Bagaimana Allah menjadikan manusia. Semuanya termaktub dalam kitabNya. 'Tapi, bukan ke tadi kau tengah fikir azam baru kau tu'. Harap ianya bukanlah semata azam tanpa praktikkannya.

Solehah mengangkat mukanya lambat-lambat seraya memungut kembali buku-buku itu.  Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia lari meninggalkan gerangan insan yang telah dilanggarnya. Bukannya takut, tetapi malu. Dia memandang perempuan dihadapannya lalu menghulurkan kembali bukunya seraya tersenyum.

" Maaf sis. Saya tak sengaja tadi. Tak perasan sis ada di.."

" Mana kau nak perasan. Mata entah letak kat lutut agaknya. Ke orang macam kau ni, dua puluh empat jam, jalan tengok bawah saja? Tak tengok orang di depan kau." Belum sempat Solehah menghabiskan ayatnya, ada nada sinis menghentamnya. Lebih tepat lagi, ayatnya seperti memburukkan insan bertudung labuh sepertinya. Ye lah. Bila disebut sahaja perempuan bertudung labuh, mesti ada segelintir yang berfikir ' tunduk 24 jam'. Tak memandang langsung insan lain. Hahaha.. Kadang-kadang aku sendiri geram dengan pemikiran mereka yang sebegini terhadap perempuan bertudung labuh.

Sedangkan tudung labuh yang mereka gunakan itu adalah salah satu yang menunjukkan taatnya seorang hamba kepada Penciptanya. Allah berfirman di dalam kitabnya yang bermaksud :

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Surah Al-Ahzab, ayat 59)

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapak mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
(Surah An-Nur, ayat 31)


" Sis, saya minta maaf sekali lagi. Memang salah saya. Tapi, tak perlulah sis nak kaitkan dengan mereka yang bertudung labuh seperti saya. Tak ada kaitan 'tudung labuh' dengan saya 'terlanggar' sis tadi. Insiden tu boleh saja berlaku di mana-mana dan sesiapa sahaja. Tak ada seorang pun yang sengaja suka-suka melanggar insan lain. " Tekan Solehah tegas. Dia bukannya seorang yang suka bertekak dan bertegang urat mahu memenangkan diri sendiri. Dia akui. Memang salah dirinya.Tapi, sebolehnya juga dia tidak mahu 'sister' yang dihadapannya saat ini terus menuduh tanpa berfikir dahulu. Sedang Rasulullah bersabda yang bermaksud:

" Orang muslim itu adalah yang menyelamatkan saudara muslim yang lain daripada lisannya dan tangannya "

" Tahu pun salah kau. " Balas perempuan itu dengan jelingan tajam. 

'Haih lah.. Dia tak dengar ke aku cakap daripada tadi? ' Desis hati Solehah. 'Haih..Fikir baik kakak. Mungkin dia tak berapa dengar tadi. Kan suara kau tu slow. Macam cakap dalam kelambu.' Getus hatinya lagi. Sebolehnya dia tidak mahu hatinya mula prasangka buruk. Nanti buat gelap hati saja. Allah..

" By the way sis, you tak rimas ke pakai tudung labuh macam ni and tunduk je memanjang? I think lah kan, better you pakai telekung kot. " Sempat 'sister' itu 'memuji'nya sebelum berlalu meninggalkannya keseorangan. Nada sinis dan gelakannya di hujung percakapannya membuatkan Solehah menggelengkan kepalanya beberapa kali sebelum tersenyum sendiri.

" Saya tak rimas pun sis dengan tudung yang saya guna sekarang ni. Malah, saya rasa lebih selamat dan tenang. Dan, saya tak tunduk je. Kalau saya tunduk 24 jam, mahu tak lenguh kepala dan tengkuk saya. " Dia menjawab sendirian walaupun sister itu sudah jauh daripada pandangannya. Ada senyuman di bibir itu.

Dia sendiri tidak pasti, mengapa masih ada insan yang berfikiran seperti itu. Mungkin, ada sejarah ataupun pengalaman yang membuatkan mereka membenci insan sepertinya. Dia tidak mahu menyalahkan mereka, kerana dia tahu semua hamba Allah tidak sempurna. Pasti ada cacat dan celanya bagi kita sebagai manusia dan hambaNya.

Solehah meneruskan langkahannya. Dia menyelusuri jalan bawah yang menyambungkan bangunan Education dan juga tangga ke Mahallah Hafsa. Satu persatu tangga itu didakinya. Kepenatan bagai tidak dirasainya. Kepalanya masih memikirkan insiden tadi.





*****************

**Part yang sedikit. Sengaja menulis tatkala rasa bosan bertandang..