Mulakan Bismillah sebelum membaca, Jadikan amalan sepanjang masa, Maaf dipohon tersilap bicara, Ini sekadar renungan bersama.. ^_^
"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-

Sunday 29 September 2013

Psstt..Psstt..





' Allah..Allah...sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik perancang. Ameen.. ' Tangis Aisyah dalam sendunya menghadap illahi. Telekungnya yang menjadi kain lapik tangan yang menadah lemah, memohon petunjuk illahi juga turut terasa basahnya. Allah, andai hati ini mudah disuburkan kembali dengan air mata ini..Bantulah hambaMu yang hina ini.

Hatinya remuk.

Hatinya hancur.

Hatinya luluh.

Semuanya hanya DIA yang tahu.

Dalam keriangan dia bersenda gurau, tersimpan hati yang sarat dengan kesedihan. Dalam dia tersenyum menyenangkan hati insan lain, tersimpan hati yang bajat dengan kelukaan.
Kelukaan? Kesedihan?
Pergilah jauh dari hati hamba yang masih mengharap redha Illahi.
Walau diri ini tahu,
Betapa banyaknya dosa yang tiada noktahnya..
Namun, Tuhan tu Maha Pengasih..
Dia Maha Penyayang..
Dia Maha PENGAMPUN.

" Aisyah..Aisyah..Sudahlah tu. Jangan disimpan seorang. Nanti hati Aisyah juga merana. Meh khabaq kat akak. Mana tahu akak boleh tolong. " Khadijah bertanya tatkala melihat sesesuk tubuh itu 'asyik' memandang bukit tinggi bertentangan 'compartmen'nya. Kerap kali juga dia melihat Aisyah sebegitu rupa. Asyik dalam dunianya. Kadang-kadang, tatkala membaca buku juga dia seperti hilang tumpuan. Rasa kasihan membenak. Dia juga seperti tidak senang duduk melihat perubahan 'roommate' nya itu.

Daripada Nu'man bin Basyir r.a. , Nabi s.a.w bersabda :

" Kemesraan, kasih sayang, dan saling berbelas kasihan antara orang mukmin diibaratkan seperti satu jasad; apabila satu anggota mengadu kesakitan seluruh jasad akan turut serta berjaga malam dan merasa panas dan gusar. " 
( Riwayat al- Bukhari dan Muslim )

Aisyah menoleh ke arah suara itu. Kak Khadijah. Seketika dia menghulurkan senyumannya seperti biasa. Dia mempelawa kerusinya lalu dia mengambil tempat di hujung katil.

" Ada apa-apa yang akak boleh tolong? " Tanya Khadijah untuk kesekian kalinya. Dia yakin, mesti ada sesuatu yang disembunyikan Aisyah. Aisyah tersenyum sahaja mendengar pertanyaan Khadijah sebelum dia melontarkan semula pandangannya ke luar.

Ada keluhan halus di situ.
Untuk apa keluhan itu? Dia sendiri tidak pasti. Adakah dia merasa beban dengan ujian ini. Allahu robbi..

Pergilah jauh kesedihan. Aku masih mengharap REDHA NYA. 
'Allah, jangan kau bolak-balikkan hatiku ini Ya Allah.'

" Akak, akak pernah tak rasa sedihnya bila berpisah dengan insan yang akak sayang? " Akhirnya dia bersuara.

" Maksud Aisyah insan yang akak sayang tu , siapa? terlalu umum. Cuba spesifik kan. Kalau nak kata insan yang akak sayang tu ramai. Mak, ayah akak..Abang akak. Hmm. " Khadijah membalas. Keningnya diangkat sedikit. Namun, jauh di sudut hatinya, dia seperti mengerti.

" Erm..ni yang saya susah sikit nak cakap ni. Malu lah kak. " Aisyah membalas. Dia seperti hilang idea ingin bertanya lebih lanjut. Malu. Biarlah dia sahaja yang tahu.Dan...........Allah.

Aisyah diam. Lama.

" Jangan kata yang Aisyah dah berpisah dengan si dia yang Aisyah selalu mesej tu. " Tiba-tiba Khadijah bersuara. Ada senyuman di situ. Aisyah menoleh. Terkejut dengan pernyataan Khadijah.


....yang Aisyah selalu mesej tu.
" Akak tahu? " Dia bertanya.

" Allah lebih tahu. " Khadijah membalas. Ringkas. Namun, boleh menyentapkan hati sesiapa sahaja yang mendengar. Termasuklah Aisyah.

Air mata Aisyah terus mengalir. Dia tersedar untuk kesekian kalinya

 " Itulah yang saya fikirkan, kak. Saya rasa berdosa sangat dengan DIA. Saya leka. Saya lalai. Sampaikan solat saya pun, saya asyik terfikirkan si dia. Saya rasa diri saya makin jauh dari DIA. Bukan makin dekat. JAUH. JAUH. " Tangis Aisyah. Khadijah diam, mendengar setiap yang terluah dari bibir itu. Lembut tangannya membelai belakang gadis itu.
' luahlah dik...andai itu membuatmu lega dan baik sangka dengan Allah..' monolog Khadijah sendirian.

" Si dia baik. Tapi, dia melalaikan saya. Saya masih punya tanggungjawab. Tanggungjawab sebagai anak. Tanggungjawab sebagai kakak dan juga adik."

" Kadang-kadang, saya sendiri tak perasan bahawa saya telah melukakan hati kedua orang tua saya. Melukakan hati orang-orang yang saya sayang. " Sendu Aisyah lagi. Dia mengambil tisu yang dihulurkan Khadijah. Dilap air mata yang masih mengalir laju membasahi pipinya.

" Tapi..." Senyap. Mungin sebak untuk meluahkan segalanya.

" Tapi, Allah baik. Allah sedarkan saya dengan melontarkan rasa 'bersalah' dalam diri saya. "

" Allah baik.. walaupun ketika saya menghadapNya pun, saya terfikir akan hambaNya.. DIA masih menerbitkan rasa 'malu' atas perbuatan saya..perbuatan yang hanya sia-sia. Yang tidak beroleh manfaat satu pun daripadanya melainkan lalai dan leka. " Aisyah menyambung. Khadijah yang sedari tadi mendengar, mengangguk. Mengiyakan kata-kata Aisyah.

" Aisyah.." Panggil Khadijah lembut. Aisyah mengangguk. Namun, mukanya menunduk. Malu untuk menatap mata 'kakak' yang terlalu baik padanya. Apakah persepsi Kak Khadijah pada dirinya selepas mendengar ini daripada mulutnya?

" Dik, perasaan cinta, suka itu adalah fitrah. Kalau akak tak ada perasaan tu, akak tak normal rasanya. " Mukaddimah Khadijah lalu tersenyum. Mengurangkan sedikit rasa yang menghimpit dada Aisyah. Aisyah mula mengangkat wajahnya, menatap raut wajah Khadijah.

" Cinta.. Cinta kepada Allah, cinta kepada rasulullah, cinta kepada ibu ayah, adik-beradik, atuk nenek, cinta kepada segalanya.. " Sambung Khadijah. Aisyah masih menatap wajah itu. Lembut. Menyenangkan hatinya. Tutur katanya juga mendamaikan.

" Tapi ada satu cinta ni, mostly membuatkan manusia terleka. Cinta kepada yang berlainan jenis, iaitu cinta antara lelaki dan perempuan.. Cinta itu tak salah sebab cinta tu fitrah. Tapi, cara manusia mengawalnya itu bagaimana? "

" Ingat tak kisah Nabi Adam dan Siti Hawa yang Allah ceritakan di dalam al-Quran? "

" Adam kesepian di syurga walau dikelilingi dengan nikmat yang terlalu banyak. Lalu, Allah cipta Hawa untuk Adam. "

“Hai Adam, diamlah engkau bersama isterimu di dalam syurga dan makanlah (serta nikmatilah) apa saja yang kamu berdua ingini, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini(Pohon Khuldi) karena (apabila mendekatinya) kamu berdua akan menjadi zalim”. (Al-A’raaf: 19).
" Lalu, apabila mereka dicampak ke bumi, mereka terpisah. Lebih kurang 300 tahun baru bertemu semula. Dan di Jabal Rahmahlah mereka bertemu." Sambung Khadijah lagi.

" Allah cipta Zulaikha untuk Nabi Yusuf. Ingat lagi kisah cinta Zulaika pada Yusuf? Allah..indahnya cinta mereka sehingga Allah rakamkan dalam surah Yusuf  ayat 21 sehinggalah Yusuf a.s di penjarakan pada ayat 36 surah yang sama, kerana fitnah kononnya Yusuf a.s mengoda Zulaikha , isteri al-Aziz. Bagaimanapun pada ayat 51 surah yang sama Allah berfirman, maksudnya :

Isteri Al Aziz pun berkata: Sekarang ternyatalah kebenaran, akulah yang memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan sesungguhnya adalah ia dari orang yang benar.  
( Yusuf :51 )

" Selepas ayat tersebut Al Quran tidak menceritakan kesudahan hubungan Zulaikha dengan Yusuf a.s.
Bagaimanapun Ibn Katsir didalam Tafsir Surah Yusuf memetik :

Muhammad bin Ishak berkata bahawa kedudukan yang diberikan kepada Yusuf a.s oleh raja Mesir adalah kedudukan yang dahulunya dimiliki oleh suami Zulaikha yang telah dipecat. Juga disebut-sebut bahwa Yusuf telah beristrikan Zu­laikha sesudah suaminya meninggal dunia, dan diceritakan bah­wa pada suatu ketika berkatalah Yusuf kepada Zulaikha setelah ia menjadi isterinya, 
“Tidakkah keadaan dan hubungan kita se­karang ini lebih baik dari apa yang pernah engkau inginkan?” 
Zulaikha menjawab,
“Janganlah engkau menyalahkan aku, hai kekasihku, aku sebagai wanita yang cantik, muda belia bersuamikan seorang pemuda yang berketerampilan dingin, menemui­mu sebagai pemuda yang tampan, gagah perkasa bertubuh indah, apakah salah bila aku jatuh cinta kepadamu dan lupa akan ke­dudukanku sebagai wanita yang bersuami?”

Dikisahkan bahwa Yusuf waktu kawin dengan Zulaikha, ia menemuinya masih gadis (perawan) dan dari perkawinan itu memperoleh dua orang putra: Ifraitsim bin Yusuf dan Misya bin Yusuf." **1

" Sweetkan..." Khadijah membuat muka terujanya. Aisyah mengangguk, mengiyakan. Tidak ada lagi air mata yang kelihatan di wajah itu.

" Tapi, cinta itu mestilah dikawal. Supaya kita tidak terlalu mengikut kata hati dan nafsu yang mencengkam." Sambung Khadijah lagi. Ringkas tapi mendalam. 

Ramai remaja sekarang yang tewas dengan cinta. 'Cinta itu Buta'. Ya. Cinta itu buta bilamana cinta itu berpaksi kepada nafsu dan keinginan semata. Ya. Cinta itu buta bilamana tiada ilmu dalam memahami mendalamnya maksud cinta.

Cinta itu suci.

Tapi, kesuciannya diragut lantas menjadikan semua mempunyai perspektif yang lari daripada fitrah cinta itu.

" Dan sungguh perempuan itu berkehendak kepadanya ( yusuf ). Dan Yusuf pun berkehendak kepadanya, sekiranya dia tidak melihat tanda (dari) Tuhannya. Demikianlah kami palingkan darinya keburukan dan kekejian. Sungguh, dia ( Yusuf ) termasuk hamba kami yang terpilih. " ( surah Yusuf : 24 )  
" Lihat bagaimana remaja sekarang mengurus cinta.." Khadijah menambah. Aisyah semakin tekun mendengar. Lupa seketika kesedihan yang melanda dirinya sebentar tadi.

" Disebabkan ketandusan ilmu dan hilang pertimbangan dalam akal yang waras, mereka sanggup melakukan apa sahaja demi cinta. tu yang kita selalu dengar perempuan terjun bangunan lah. Lelaki bunuh teman wanita kerana frust. Macam-macam lagi. Tu tak termasuk yang berzina lagi. Nauzubillahi min zalik."

" Allah.." Aisyah mengeluh perlahan. Benarlah. Itu realiti dunia sekarang. Dia jadi takut.

" Herm..berbalik pada Cerita Aisyah..Maaf ye dik, panjang lebar pula akak membebel.. bagi akak, dalam situasi adik ni, memang tak salah. Mungkin. Selagimana adik menjaga batasan dalam hubungan adik dengan si dia tu. Tapi, adik mesti ingat...kita ni pelajar. Bakal peneraju bangsa. Orang di luar sana ramai mengharapkan kita. Mahasiswa dan mahasisiwi. Untuk apa? untuk mengubah negara kita. Kita lah bakal pemimpin ummah. Dan kita jugalah yang bakal melahirkan generasi rabbani pada masa akan datang. " Panjang lebar Khadijah bercerita. Aisyah tersenyum seraya mengangguk. Dia memeluk Khadijah untuk seketika. Terharu.

" Terima kasih kak. Apa-apa pun you are the best! " Aisyah mengeratkan dakapannya. Terasa ada semangat baru.


Pssst... pssst.. 

" Ilmu itu adalah cahaya, dan cahaya Allah tidak akan memasuki kepada orang yang membuat maksiat."


**1. Dipetik daripada : Kisah Cinta Zulaikha Dan Nabi Yusuf / KHALIFAH http://khalifahalhidayah.blogspot.com/2013/04/kisah-cinta-zulaikha-dan-nabi-yusuf.html#ixzz2gF5SCRer 





No comments:

Post a Comment