Mulakan Bismillah sebelum membaca, Jadikan amalan sepanjang masa, Maaf dipohon tersilap bicara, Ini sekadar renungan bersama.. ^_^
"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-

Saturday 14 September 2013

sebuah pemberian..





" Salina, wake up..wake up..Sedarlah Salina." Amirah memegang bahu rakannya itu lalu digoncang kuat. Kening Salina bertaut. Pelik. Itulah pandangan matanya pada Amirah hari ini. Amirah yang dia kenal sangat berbeza dengan Amirah yang sekarang ini. Hari ini, sahabatnya itu tidak seperti selalu. Hatinya pula terasa rindu untuk mendengar jenaka berunsur nasihat sahabatnya itu seperti selalu.

" Mira..Bila masa pula aku tidur ni? Kau ni yang mimpi siang hari ni. Nak gugur jantung aku,tahu.. " Balas Salina. Amirah tersentak. Mungkin baru tersedar dengan perilakunya yang bawah sedar. Dia menunduk. Tangannya diturunkan. Perlahan kakinya melangkah ke arah bangku yang disediakan di taman itu. Air mukanya tampak mendung. Tidak seperti selalu. Salina yang melihat, merengus perlahan lalu kakinya menuruti langkahan kaki Amirah.

" Kau ni kenapa Mira? Kau ada masalah ke? Dari tadi aku cakap, kau buat don't know je..tup tup kau pula suruh aku bangun..Then, diam membatu macam ni dengan muka macam tu. Kau buat aku rasa bersalah. Aku ada terlepas cakap ke tadi? " Tanya Salina lembut. Tangannya di letakkan di atas bahu sahabatnya itu. Matanya tidak lepas dari melihat wajah sugul Amirah. Hatinya pula merasa sedih melihat kesedihan yang terpamer di wajah itu. Sekejap-sekejap tangannya membetulkan rambutnya yang ditiup angin yang lalu lewat petang itu.

Amirah mengangkat wajahnya, memandang insan yang berada di hadapannya saat ini. Hatinya tiba-tiba menjadi sayu. Air mata ditahan. Tidak mahu Salina melihat deraian itu.

"Salina, kau ingat tak..dulu aku pernah cakap kat kau sesuatu. Kau ingat lagi tak?" Tanya Amirah. Matanya tepat memandang wajah Salina. Salina menyandarkan tubuhnya. Matanya kini di kalih ke hadapan. Sesekejap dipejam lama, cuba mengingati sesuatu.


" Kalau aku tergelincir dari tanah tinggi, Kau sambut tak tanganku waktu itu? " Amirah bertanya.

" Mestilah aku sambut. Takkan nak biarkan sahabat aku jatuh terus tanpa menghulurkan tangan aku. " Balas Salina.
" Andai kata, aku jatuh tanpa sempat menarik tangan yang kau hulurkan..Tapi, Allah beri peluang untuk aku menghirup udaraNya, namun dalam keadaan yang anggota tubuh aku yang teruk sangat dan mungkin tidak boleh kembali kepada yang asal...Kau masih nak bersahabat dengan aku? " Tanya Amirah lagi. Salina terpana.
" Apa yang kau merepek ni Mira? Jangan cakap benda yang bukan-bukanlah Mira. " Marah Salina.

" Bukan...aku saja je nak tanya. Ye lah..Kita tak tahu apa yang akan terjadi sekejap lagi.." Ada nada hampa di situ. Hampa kerana soalan tidak berjawab.

" Mira, sedangkan perkataan tu aku tak sanggup nak dengar, apatah lagi kalau ia benar-benar berlaku..Takkan aku nak biarkan kau seorang dalam menjalani hidup kau macam tu. Apa-apa yang berlaku, itu adalah ketetapan Allah. Kau tetap sahabat aku dunia dan akhirat. Aku takkan biarkan kau hidup dalam kesengsaraan, sedangkan aku bahagia seorang.."

" Salina.." Amirah memanggil lembut. Salina tersentak. Ingatan lampau mereka menghilang.

" Aku ingat.." Balas Salina perlahan. Tiba-tiba hatinya merasa sebak.

" Apa yang kau ingat? " Tanya Amirah meminta kepastian. Lambat-lambat.

" Aku ingat bicara kau petang tu. Kau tanya aku sama ada akanku hulurkan tangan aku menyambut kau yang tergelincir dari tanah tinggi atau sebaliknya. " Pantas Salina menjawab. Pandangannya masih dilontarkan ke hadapan. Amirah terdiam. Ya. Itulah yang dia mahu dengar.

" Kau ingat ya.." Amirah sedikit tersenyum. Badannya yang menghadap Salina sebentar tadi, dikalihkannya menghala ke hadapan juga. Sandar. Dia mendongak ke langit yang membiru. Suasana taman yang damai itu, amat memudahkan mereka mengenang nostalgia lampau mereka.

" Tapi, hari ni bukan kau hulurkan tangan kau.. " Amirah meneruskan bicaranya lambat-lambat. Sekali lagi kening Salina bertaut. Tidak mengerti. Di pandang wajah Amirah. Lama.

" Maksud kau? " Tanya Salina.

" Dulu kau pernah kata, 'aku sahabat dunia dan akhirat kau.' Ya. Aku sahabat kau. Di dunia. Di akhirat?" Pertanyaan di balas pertanyaan. Salina semakin tidak faham. Apa kaitannya?

" Salina, aku sangat gembira tatkala kau menjawab yang kau akan tetap berada di sisi aku. Aku terasa hutang budi yang amat walaupun ia hanyalah sekadar jawapan daripada mulut seorang sahabat. Tapi, hari ini bila aku melihat kau sedikit tergelincir macam yang aku tanya kau waktu itu, takkan aku nak biarkan kau? Itukah namanya sahabat dunia dan akhirat? " Amirah masih meneruskan kata-katanya. Salina yang mendengar, hanya membatu. Masih mendengar. Matanya tepat memandang anak mata Amirah. Sedikit kekeliruan terungkai.

" Aku bukannya ingin menjadi sahabat dunia yang sekadar bercerita tentang itu dan ini. Yang sekadar membiarkan sahabat sendiri jauh dari agama. Aku nak kita sama-sama masuk syurga. Aku tahu, syurga dan neraka itu kerja Allah. Tapi, aku nak sama-sama berusaha dengan kau pergi syurga. "


* if u go away, u will see me cry,don't u let me go,baby don't u let me down..
   nulhamke sodo dokabuchi onhun..ondon wi miedo...nanana nananana          * ( Panggilan masuk )


" Salina, aku minta maaf sangat-sangat.. Ada hal penting yang aku kena uruskan.." Amirah diri membetulkan kedudukan bajunya kurungnya sebelum mengeluarkan satu bungkusan daripada beg tangannya.

"Nah, ini untuk kau sahabatku! " Bungkusan itu beralih tangan sebelum Amirah melambaikan tangannya meninggalkan Salina yang masih tetap memandang bungkusan itu.


                 
"Khas untuk Salina yang cute lagi comel.. Pakai tau.. Kita ni perempuan. Wajib pakai. Allah dah sebut dalam kitabnya yang bermaksud :
"Katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya… "(al-Nuur : 31)

Ha..lagi satu..
W = wanita
A = akan
N = nampak
I = indah
T = tutup
A = aurat


sahabat dunia dan akhirat! ^_^ luv u!

-Mirah-

Salina memegang pemberian sahabatnya itu. Setitis mutiara jernih mengalir di tubir matanya. Dia memandang dirinya yang berpakaian baju kurung moden. Satu perkara yang sangat kurang dijaganya.. AURAT nya.. Allahu robbi..

"Terima kasih ya Allah kerana menghadirkan sahabat yang menyayangi aku..Kau hadirkan dia untuk peringatan buatku..."

No comments:

Post a Comment