Mulakan Bismillah sebelum membaca, Jadikan amalan sepanjang masa, Maaf dipohon tersilap bicara, Ini sekadar renungan bersama.. ^_^
"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-

Tuesday 23 July 2013

Berubahlah duhai hati..^_^

Bismillahirrahmanirrahim...
Allahumma solli 'ala saidina Muhamad...

Assalamualaikum w.b.t,
Hari ini, saya nak berkongsi tentang 'Perubahan Diri'..
Saya tak nafikan, semakin ramai daripada kita mula terdetik di hati untuk berubah..
Dan itu merupakan satu permulaan yang baik..

First of all, niat kita untuk berubah tu..mestilah berubah kerana Allah s.w.t.
Sabda Rasulullah s.a.w :
"Hanya segala 'amal dengan niat."
 InsyaAllah, Allah akan mempermudahkan jalan kita untuk berubah ke arah kebaikan..

Mungkin ada diantara kita yang berfikir tentang dosa-dosa silam..
Mungkinkah diampunkan dosa kita yang begitu banyak..
Kadang-kadang diri kita sendiri terasa susah untuk memaafkan diri kita..
Terasa betapa diri kita tidak pernah bersyukur dengan nikmat Tuhan..
Terasa betapa diri kita tidak pernah mengingatiNya saat suka dan bahagia menemani hari-hari kita...
Sedangkan 'Dia' lah yang tidak pernah menghampakan hamba-hambaNya..

Duhai sahabatku..
Ketahuilah, sesungguhnya Allah itu maha Pengampun..
Sebesar mana dan sebanyak mana pun dosa kita, mohonlah keampunanNya..
Kembalilah ke pangkal jalan..Sesungguhnya pintu taubat masih terbuka untuk hamba-hambaNya..
Jangan bersedih duhai sahabatku..
Bersujudlah padaNya (solat sunat taubat)..
Pintalah keampunan daripadaNya..
Biarkan titisan air mata menemanimu menghadap illahi..
Menjadi saksi taubat nasuhamu..

Firman Allah s.w.t : “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.” (QS. Al Baqarah: 222).

Firman Allah s.w.t : “Katakanlah: “Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Az-Zumar: 53)

Subhanallah.Lihatlah sahabatku...Allah membukakan pintu seluas-luasnya bagi seluruh hambaNya yang melakukan dosa dan kesalahan. Meskipun dosa mereka telah mencapai hujung langit sekalipun. Allahu robbi...Sebagaimana sabda Nabi s.a.w :
“Jika kalian melakukan kesalahan-kesalahan (dosa) hingga kesalahan kalian itu sampai ke langit, kemudian kalian bertaubat, niscaya Allah SWT akan memberikan taubat kepada kalian.” (Hadist diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abi Hurairah, dan ia menghukumkannya sebagai hadits hasan dalam kitab sahih Jami’ Shagir – 5235)


Diriwayatkan lagi dalam sebuah hadith bahawa: "Api neraka diharamkan ke atas dua jenis mata. Pertama, mata yang menangis kerana takut kepada Allah. Kedua, mata yang berjaga malam untuk memelihara Islam dan umat Islam daripada serangan orang2 kafir".

p/s : khas buat sahabat-sahabat yang cuba untuk berubah..dan juga buat sahabat-sahabat yang lain..tidak lupa juga peringatan dan renungan buat diri ini agar selalu mentajdidkan niat hanya kerana Allah..InsyaAllah..
Jangan goyah, kerana Allah selalu ada bersama kita...

Friday 19 July 2013

Ramadhan yang barokah..

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahumma solli 'ala saidina Muhammad..

Assalamualaikum..
Alhamdulillah,
pejam celik, pejam celik..tak sangka dah 10 ramadhan..
ini bermakna sudah 10 hari kita menjalani ibadah puasa kita..
Dan sudah 10 hari kita cuba menahan diri kita daripada melakukan yang sia-sia..
Allahu robbi..Terimalah amalan kami..

Dalam kita tidak sedar jua, sudah 10 hari, hari barokah meninggalkan kita.. Kini tinggal lebih kurang 20 hari sahaja lagi..
Terasa berat hati untuk meninggalkan bulan barokah ini.
Kita tidak tahu, sama ada masih ada lagikah peluang kita untuk bertemu 'ramadhan' akan datang..
Allah....

Sahabatku,
Rasulullah S.A.W pernah bersabda, :
Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkahan, AIlah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa dan mengabulkan doa. Allah melihat berlomba-lombanya kamu pada bulan ini dan membanggakanmu kepada para malaikat-Nya, maka tunjukkanlah kepada Allah hal-hal yang baik dari dirimu, kerana orang yang sengsara ialah yang tidak mendapatkan rahmat Allah di bulan ini.”  (HR At-Thabrani)


Sabda Rasulullah SAW : 
“Setiap amal yang dilakukan anak Adam adalah untuknya, dan satu kebaikan dibalas sepuluh kali lipatnya bahkan sampai tujuh ratus kali lipat. Allah Ta'ala berfirman: “Kecuali puasa, itu untuk-Ku dan Aku yang langsung membalasnya. la telah meninggalkan syahwat, makan dan minumnya kerana-Ku.” Orang yang berpuasa mendapatkan dua kesenangan,iaitu kesenangan ketika berbuka puasa dan kesenangan ketika berjumpa dengan Tuhannya. Sungguh, bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada aroma kasturi.”  (HR Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah SAW: 
“Barangsiapa mendirikan solat malam di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala, niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Muttafaqun 'Alaih).

Sabda Rasulullah SAW: 
"Puasa itu setengah kesabaran. Kesabaran itu setengah dari iman." (HR Tirmidzi, Abu Na'im, dan Abu Mas'ud)

Lihatlah wahai sahabatku..
Betapa bulan ramadhan ini bulan barakah!
Sanggupkah kita meninggalkannya sia-sia..
Sama-samalah kita merebut peluang yang ada..
Peluang untuk kita untuk terus memperbaiki diri kita..
Peluang untuk kita untuk menambah amalan-amalan kita..
Peluang untuk kita merebut ganjaranNya..


Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga“.

(Hadis Sahih – Riwayat Bukhari)

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya:
“Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan!  Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan!  Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan).”  (Riwayat Tirmizi dan Nasa’i)

Sahabatku,
Ayuhlah kita sama-sama mencari redha Illahi..
Lebih-lebih lagi di bulan yang penuh barokah ini..
Kita tidak tahu, mungkin ini adalah ramadhan terakhir kita..
Jodoh, ajal, maut..semuanya di tangan Tuhan..
Selagi masih ada sinar,
Teruskanlah kembaramu mencari redha Tuhan di bumiNya...

Semoga amalan kita diterima olehNya..Ameen..




Monday 8 July 2013

Renung-renungkan...^_^

1 ) KONGSI LOLIPOP...

Azhar dan Abu bersahabat, namun daripada latar belakang yang berbeza. Azhar anak seorang peniaga. Abu pula miskin dan yatim piatu. Dia tinggal bersama-sama neneknya yang sudah tua.
Mereka sedang berjalan beriringan.Azhar sedang mengulum sebatang lolipop.
Abu bertanya : "Apa di dalammulut kau Azhar?"
" Lolipop"
"Lolipop? macam mana rasa lolipop ya?"Abu bertanya lagi.
"Engkau tak pernah rasa lolipop?"
Abu menggelengkan kepala. Dek kemiskinan, Abu tidak pernah rasa lolipop apatah lagi membelinya.
"Nah, kau ambil ni dan rasa"
"Terima kasih"Abu pantas menyambut lolipop tersebut sambil senyum.
"Wah, manisnya!Rupa-rupanya macam ni rasanya lolipop!"
"Okey, sekarang kau dah tahu rasa lolipop kan? Sekarang boleh kau pulangkan lolipop aku tu?"
Dengan berat hati Abu menyerahkan kembali lolipop itu.Abu mendapat satu helah.
"Eh,aku dah lupa la macam mana rasa lolipop tadi"Katanya tiba-tiba.
"Kan kau dah rasa tadi."
"Kejap sangat.Tu yang aku dah lupa rasanya."
"Okey. Engkau rasa lolipop ni selama 10 saat.Kemudian aku pula 10 saat."Lolipop bertukar mulut.
"Satu, dua, tiga, empat,lima, enam, tujuh..."Azhar mengira.Kemudian dia bertanya : "Lepas tujuh apa ya?"
"Dua"jawab Abu.
"satu,dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan..."Azhar mengira lagi.Sekali lagi terbantut.
"Lepas lapan apa ya?"
"Dua!"
"satu,dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh..."Azhar mengira lagi.
"eh, kenapa aku kira tak habis-habis ni?"
Abu yang kasihankan Azhar,menghulurkan kembali lolipop kepada sahabatnya itu.Sebaik sahaja lolipop itu berpindah ke dalam mulut Azhar, Abu pantas mengira. Tepat dalam 10 saat Abu mengira sampai angka 10. Azhar akur. Diberikan lolipop kepada Abu.Azhar pula mengira. Kali ini tepat.
"Kamu tahu mengira sebenarnya?" Azhar sekadar tersengih. Tahulah Abu bahawa Azhar sengaja mengira dengan salah untuk memberikannya peluang makan lolipop lebih lama.

Pengajarannya : Demi sebuah persahabatan, seorang insan sanggup melebihkan sahabatnya berbanding diri sendiri. Persahabatan yang paling indah semestinya persahabatan yang diasaskan atas rasa cinta kepada Allah....


2 ) TUKARKAN KEPADA SESUATU YANG LEBIH BAIK...

Di dasar laut yang bening dan jernih, tinggal sepasang tiram sederhana besar bersama koloninya yang melekat kukuh pada sebiji batu yang besar.Makanan mudah didapati di situ dan habitatnya sangat sesuai untuk koloni tiram.
   Suatu hari, arus tiba-tiba mengalir sangat deras sehingga menerbangkan butir-butir pasir di dasar laut tersebut.Sepasang tiram tersebut tidak sempat menutup cangkerang mereka dan terpaksa menelan beberapa butir pasir yang termasuk ke dalam cangkerang mereka. Mereka cuba meludah pasir-pasir tersebut, tetapi tidak mampu.
   Mereka cuba menganga luas-luas agar pasir dapat dikeluarkan, namun mereka berdepan dengan risiko lebih banyak pasir termasuk ke dalam cangkerang.Setelah pelbagai ikhtiar dilakukan, tiram tersebut memberi satu cadangan kepada pasangannya, "Jika kita tidak boleh mengeluarkan pasir ini, apa kata kita cuba tukarkannya kepada sesuatu yang lebih baik?"
   Pasangannya setuju tanpa sebarang bantahan. Setelah bertahun-tahun butiran pasir itu berada dalam cangkerang sepasang tiram itu, akhirnya terhasillah sesuatu yang berharga. Warnanya putih bercahaya. Itulah dia sebutir mutiara yang asalnya hanya pasir.

Pengajarannya : Jika tiram mampu mengubah sebutir pasir menjadi mutiara, maka manusia yang dikurniakan Allah dengan akal, lima pancaindera, hati dan status sebagai khalifah, apa agaknya yang manusia mampu lakukan??

Sunday 7 July 2013

lelaki-lelaki sejati...

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahumma solli 'ala Saidina Muhammad..

************************************************



Aku bertanya pada ummiku, bagaimanakah lelaki sejati?

Lelaki-lelaki sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar,
tetapi dari kasih sayangnya pada orang di sekitarnya..

Lelaki-lelaki sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang,
tetapi dari kelembutannya yang menyatakan kebenaran..

Lelaki-lelaki sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya,
tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa..

Lelaki-lelaki sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan,
tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan..

Lelaki-lelaki sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang,
tetapi dari hati yang berada dibalik itu..

Lelaki-lelaki sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memujanya,
tetapi, komitmennya terhadap wanita yang dicintainya..

Lelaki-lelaki sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawabnya,
tetapi, dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan..

Lelaki-lelaki sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci,
tetapi, dari konsistennya dia mengamalkan apa yang dibacanya..

**************************************************
**sebelum tangan berhenti menaip, mohon maaf dipinta sebab ni bukan nukilan saya..saya hanya men 'copy paste' je..^_^
Tetapi, sebenarnya saya nak berkongsi apa yang saya baca ni pada semua..
Semoga perkongsian yang sedikit ini juga mampu membuka fikiran kita untuk terus memuhasabah diri kita..

Sekian sahaja perkongsian kita hari ini..
Maniskan iman, maniskan senyuman..^_^