Mulakan Bismillah sebelum membaca, Jadikan amalan sepanjang masa, Maaf dipohon tersilap bicara, Ini sekadar renungan bersama.. ^_^
"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-

Wednesday 29 May 2013

Terima kasih kawan!!

Assalammualaikum w.b.t

Sahabat yang paling baik, apabila kamu melihat wajahnya..kamu teringat akan Allah



Terasa ringan bibir ini untuk mengucapkan terima kasih padamu, kawan-kawanku..Sesungguhnya kalian telah mengajar diri ini untuk terus bangkit. Bangkit di hamparan indah perjuangan menuntut ilmu. Bangkit dan terus bangkit. Semangat kalian kupinjam untuk terus teguh berdiri di taman ilmu dan budi ini..

Sahabat,
Terima kasih atas segalanya..

Dalam diam, diri ini kagum dengan kalian..
Yang petah berbicara,
Yang sentiasa tersenyum,
Yang sentiasa menjaga lisan,
Yang sentiasa menghormati antara satu sama lain..

Melihatkan segala yang menjamah di kornea mataku,
Terasa betapa kerdil diri ini,
Yang dikelilingi dengan mereka yang berperibadi mulia..
Setiap tindak tanduk kalian membuatkan diri ini sentiasa berfikir..
Membuatkan diri ini sentiasa bermuhasabah..
Terima kasih kawan...

Andai diri ini tersungkur di tengah lautan kelekaan,
hulurkanlah tanganmu padaku..
agar aku kembali berpaut pada jalan yang satu..
jalan yang diredhaiNya..

Terima Kasih...  ^_^



Monday 20 May 2013

Kasih ibu bapa.. :'(

Assalamualaikum..tiba-tiba, pagi ini terasa ingin menulis di blog ..
Keinginan untuk berkongsi rasa menarik diri ini untuk meninggalkan buku sebentar,
walaupun exam kurang seminggu daripada sekarang.

Entah mengapa, hatiku seperti dicarik-carik sedih melihat ibu bapa di sisih daripada kehidupan anak mereka (nauzubillah).
Air mata yang menuruni pipi tua itu sangat menghibakan sesiapa sahaja yang melihatnya..
Pernahkah kita pergi kepada mereka, memujuk hati yang tengah lara itu?

Sungguh berbeza ibu bapa dengan insan yang bergelar anak. Tatkala kita sedih, mereka akan mendapatkan kita, memujuk sebaik mungkin kita.
Sehingga sanggup membuat apa sahaja demi melihat wajah ceria dan keletah comel anak mereka.
Tatkala anak-anak lapar, merekalah orang yang paling risau.
Tatkala anak-anak sedih berada di asrama, mereka sanggup berulak- alik, menunjukkan wajah mereka dengan senyuman yang manis.

Namun, pernahkah kita terfikir,
Tidak jenuhkah ibu bapa melayan karenah anak-anak mereka?
Tidak penatkah mereka sering berulang-alik melihat kita di asrama, mengambil masa rehat mereka setelah berhempas pulas mencari rezeki?

Mana mungkin mereka letih...
Melihat wajah-wajah comel bagaikan menghilangkan kepenatan yang melanda..
senyuman dan keriangan anak-anak membuatkan hati mereka di panjat kebahagiaan..
Mana mungkin mereka penat...
Seharian tidak mendengar suara insan-insan yang dibelainya, terasa dunia mereka sunyi..
sunyi daripada suara-suara kecil yang dulunya acap kali memanggil 'ayah dan ibu'..
Seharian tidak melihat wajah mereka bagaikan hilang seri dalam rumah mereka..

Akan ada satu perasaan yang halus yang menjalar di hati mereka...
'RINDU'...
Rindu pada anak-anak mereka..
Rindu pada suasana dulu..
Suasana semasa mereka membesarkan anak-anak mereka..

Rindu..rindu pada mereka..
pada anak-anak mereka...
Walaupun kini mereka sudah bergelar doktor,
Walaupun kini mereka sudah bergelar pilot,
Walaupun kini mereka sudah mendirikan mahligai indah..

Tetapi, dalam kita tidak sedar, perbuatan kita telah menyebabkan ibu bapa kita berjauh hati dengan kita.
Kata-kata kita telah menghiris sukma mereka..
Insan yang sanggup menjual apa sahaja demi anak mereka, di hina..
Di malukan hadapan insan lain..
Jikalau dulu, mereka cuba menenangkan hati anak-anak mereka sekiranya anak-anak mereka dimalukan..
Tetapi, sekarang ganjarannya..mereka dimalukan di depan khalayak ramai..
Jika dulu mereka sanggup mengikat perut memastikan anak-anak tidak lapar,
Tetapi, sekarang ganjarannya, 'tahulah mak ngan ayah nak makan..mereka bukan budak kecil lagi!'

Sedarlah wahai sahabat-sahabatku sekalian...
Betapa ramai anak-anak yang mengahantar ibu bapa mereka ke rumah 'warga emas'
Rumah yang tidak pernah diidamkan oleh setiap insan yang bergelar ibu bapa di lewat usia mereka.
Saya juga pasti,antum juga tidak mahukan..
Sebagaimana mereka menjaga kita sehingga sekarang, jagalah mereka sehingga hujung nyawa mereka..
Sebagaimana mereka mencurahkan kasih tidak berbelah bahagi, curahkanlah kasihmu yang tiada sempadan..
Sebagaimana mereka sanggup bersusah payah untuk kita..tidak sanggupkah kita bersusah payah untuk mereka??

Tepuk dada tanya iman..Andai antum menginginkan ganjaran besar yang dijanjikan Allah taala,
Buatlah yang terbaik untuk mereka..mereka tidak mengharapkan wang ringgit daripada kita..
mereka hanya mahukan kasih sayang dan perhatian kita untuk mereka..

Semoga kita tergolong dalam anak-anak yang soleh dan solehah..Ameen..
Renungan dan nasihat untuk diri ini dan sahabat-sahabat..
Andai ada terkasar bahasa, sepuluh jari di susun memohon maaf..
Saya juga hanya insan biasa yang tidak pernah lari daripada melakukan kekhilafan..

video ni khas untuk semua..
menangis air mata ini mengenangkan khilaf diri ini pada ami dan abah..
*Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku dan juga dosa kedua ibu bapaku.Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku ketika aku kecil..*




p/s : Berbaktilah kepada mereka selagi mereka berada di atas muka bumi ini..
:'(

Sunday 19 May 2013

Lakaran Hidup..


Pantas jemari menaip, menulis setiap apa yang tebuku di hati..

Melepaskan segala yang bermain di minda..
Mengurangkan tekanan yang mencengkam..

 Tasik Maryam.Tempat yang tidak asing lagi bagi Amirah semenjak kakinya melangkah ke 'Taman Budi dan Ilmu' itu. Tempat yang banyak menyimpan rahsia hatinya.

'Arghhh...kenapa semua ni mesti berlaku pada aku..Aku benci..Aku juga manusia biasa..ada hati dan perasaan.'Tekan hati Amira panas. Mukanya keruh menandakan dia tertekan yang amat. Keningnya bertaut. Matanya dilempar ke arah tasik yang terbentang. Sengaja dia pergi ke tasik itu.Setiap kali hatinya sakit, dia akan memilih untuk ke tasik itu. Menenangkan fikiran dan perasaanya yang sedang tenat. Dia lebih memilih untuk berseorangan dan tidak berkongsi setiap masalahnya dengan sesiapa meski rakannya sendiri. Dia tidak yakin rakanya dapat membantu dirinya. Yang dia pasti, rakannya akan turut berfikir bahawa dirinya ini lemah. Lemah, penakut, dan apa sahaja yang negatif untuk dirinya. Dia meraup mukanya. Ada titisan jernih mengalir melalui celah-celah jemari runcing yang meraup muka itu.

"Kenapa diorang buat aku begini. Lemah sangatkah aku ini?Pendiam sangatkah aku ini?Bodoh sangatkah aku ini?Kenapa?Kenapa?Aku pun manusia biasa.Yang ingin berkawan.Yang ingin kan perhatian.Tetapi, semua menganggap aku seperti tidak wujud dalam kelompok mereka. Aku ini patungkah? Yang hanya bisa mendengar luahan hati dan kegembiraan mereka?Aku ini anginkah? Yang hanya memberi kepuasan kepada diri mereka. Arghhh! Aku benci! Aku benci! Korang bukan kawan aku.Korang hanya insan yang pandai berpura-pura. Betullah kata kakak aku. Mana ada orang yang benar-benar ingin berkawan dengan orang yang seperti aku ni." Luah Amira kesal. Lirih suaranya mengenangkan nasib dirinya. Air mata terus-terusan mengalir di pipi itu.

Pandangannya tajam memandang ke permukaan tasik. Lantas Amira bangun mencari batu yang sederhana besar di sekelilingnya. Gotcha! Dipegang batu itu lantas membalingnya ke permukaan tasik itu. Tidak cukup itu,  dia mencapai batu-batu kecil yang berhampiran lalu melontarnya ke tasik itu. Terasa satu kepuasan bila melepaskan satu bebanan yang lama terkumpul di benaknya. Dia terduduk lemah. Dipandang sekeliling. Khawatir juga jikalau ada mata yang melihat. Tiada angin, tiada ribut, dikatanya dirinya tidak siuman pula. 'Huh' . Lega  Amirah bila tiada yang melihatnya. Dia memang akan memilih tempat yang strategik untuk dilepaskan amarahnya. Tempat yang sukar dilihat oleh orang lain.

Air mata yang mengalir tadi mulai kering. Hatinya lega bila dapat melepaskan tekanan itu. Setiap kali sedih, dia pasti akan pergi ke tasik itu. Segala-galanya dilepaskan ke tasik itu.Mujur tasik itu tidak punya mulut. Jikalau punya, sudah tentu tasik itu melarang dia pergi ke situ lagi. Maklumlah, sudah berapa banyak batu-batu yang dicampaknya dengan kasar ke dalam tasik itu. Kecil, sederhana, besar, semua sudah dicampaknya dengan rakus. Dilihat jam ditangannya. Pukul 6.30 petang. Lantas dia berdiri meninggalkan tasik itu. Hampir satu jam setengah dia menenangkan fikirannya di tasik itu. Hari pun beransur maghrib. Yang penting, hatinya sudah lega. Diukir senyuman seperti biasa sambil menghayun langkah laju menyusuri mahallah-mahallah lain untuk ke mahallahnya.


                                 ****************************************************


Moral of this story??

pertama sekali yang ingin saya tekankan adalah, semua orang pernah/ sedang/ akan  menghadapi tekanan..Antaranya, tekanan seperti contoh di atas.Mengikut individu...Ada yang tidak kesah sekiranya mereka tiada rakan. Namun, ada juga yang sebaliknya. Rasa kesunyian membuatkan mereka merasa tertekan dan juga rasa di sisihkan.

Kadang-kadang tekanan itu membuatkan kita seperti hilang pertimbangan diri kita..
Most of us do like that.. whenever the pressure comes toward us, sometimes we cannot think properly..betul tak? macam-macam cara yang dilakukan mengikut individu..ada yang melepaskan tekanan dengan cara itu, ada yang menyimpan sahaja, dan ada juga yang langsung hilang pertimbangan hatta sanggup melakukan perkara yang tidak masuk dek akal..

Alhamdulillah lah jikalau ada yang melepaskan tekanan seperti contoh di atas tu..At least, tak buat perkara yang bukan-bukan..

Anyway,as a muslim, kita mengadulah pada Allah..Sungguh. Terasa tekanan itu berkurangan..Kerana apa? Kerana kita merasakan segala yang kita lakukan hanya kerana Allah. Hidup dan mati kita hanya untuk Allah..Dan ingatlah, sesungguhnya Allah maha mendengar rintihan dan doa hambaNya..
Last but not least, jangan lupa baca Al-Quran..tadabbur ayat-ayat yang kita baca..InsyaAllah..rasa tenang dan damai akan menyegarkan kita dari diulit keletihan tekanan sebentar tadi.. InsyaAllah..

p/s : for those who do the bad things whenever the pressure crash into yourself, try my tips as above.. at least, you can get reward and peace..insyaAllah.. ^_^

Sunday 12 May 2013

Terima kasih...^_^

Assalamualaikum..

Akak nak ucapkan 'SELAMAT HARI IBU' pada ami..
 akak ucap bukan untuk hari ni saja...
Tetapi,untuk setiap hari...^_^
 TERIMA KASIH AMI...
opss..tidak lupa pada abah..
'SELAMAT HARI BAPA'
TERIMA KASIH ABAH...

Andai bicara anakmu ini
ada mengguris hatimu..
Sepuluh jari anakmu susun..
memohon maaf atas segalanya..
Agar diri ini merasa tenang
dengan keredhaan insan yang melahirkan diri ini..
insan yang mendidik diri ini..
insan yang tidak pernah kenal erti jemu
dalam membesarkan diri ini...

Ami...Abah...
hanya doa yang akak hadiahkan..
Doa untuk ami...dan juga abah..
Doa untuk insan yang sabar melayan karenah anaknya ini..


Akhir tinta daripada akak..
Semoga ami dan abah sentiasa berada dalam rahmat Allah..




insan yang merindui,
        kakak....

Thursday 2 May 2013

Ketahuilah...

Ketahuilah sahabatku...

Aku diam bukan bererti aku patuh kepada arahanmu..
Aku diam bukan bererti aku tidak punya prinsip hidup yang dipegang..
Aku diam bukan bererti aku suka melihat apa yang sedang dilakukan olehmu
wahai sahabat..

Ketahuilah sahabatku..

Sudahku katakan padamu dahulu,
Aku tidak suka diarah oleh insan yang tidak pernah memahami...
Namun, aku hanya mahu menolong..
selagi mana ia tidak melanggar hukum Allah..
Aku tidak membencimu teman..
Malah,aku sayang kepadamu..
Bahkan aku bangga kerana punya sahabat sepertimu..
Aku bangga...
Kerana aku bisa menolongmu sahabatku...
Aku tidak mengharapkan apa-apa balasan darimu..
Cukuplah kebaikan yang dicatat oleh malaikat Tuhanku..
Agar kebaikan yang kecil itu bisa menolongku di 'sana'..


Sudahku katakan padamu dahulu..
Aku punya prinsip hidup sepertimana dirimu jua..
Namun, perlukah aku memberitahu prinsipku..
Perlukah aku memberitahu segalanya padamu..
Tidak!!!
Cukuplah aku dan Tuhanku yang tahu..

Sudahku katakan padamu dahulu..
Aku tidak betah berbicara denganmu..
Aku hanya insan biasa yang sering melakukan kesilapan..
Tidak semua yang berlaku di depanku,
aku mampu untuk mengendalikannya..
Aku ulangi...
Aku hanya insan biasa..

TETAPI,

Hanya satu yang ku pinta darimu..
Bantulah aku dalam meraih cinta Illahi..
Bantulah aku dalam menjaga hatiku daripada sifat yang dimurkai..
Bantulah aku membersihkan fikiranku daripada memikirkan
tajamnya kata insan bagai memebelah nuraniku..

Bantulah aku duhai teman..
Aku tidak mahu hatiku kotor menghadap Illahi..
Aku tidak mahu fikiranku celaru menimba ilmu..
Aku tidak mahu dadaku sempit bernafas di bumi Tuhan..
Aku tidak mahu...




*sahabat yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya...kamu teringat akan Allah...*


Peace no war..
Ini hanyalah coretan yang tiada kena mengena dengan diri ini mahupun sesiapa..
Hanyalah coretan ingatan buat diri ini dan juga buat semua..
Maniskan iman, maniskan senyuman...^_^