Mulakan Bismillah sebelum membaca, Jadikan amalan sepanjang masa, Maaf dipohon tersilap bicara, Ini sekadar renungan bersama.. ^_^
"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-

Friday 2 August 2013

ambang 10 malam terakhir..

Bismillahirrahmanirrahim...
Allahumma solli 'ala saidina Muhammad..

********************************************************

Assalamualaikum..

Sekarang ni, kita diambang 10 malam terakhir kan.
Saya nak beritahu berita gembira dan juga berita sedih..

ok, nak dengar yang mana satu yer?
sad news dulu boleh kan?

-Sad news-

Ramadhan hanya tinggal berapa hari sahaja lagi. Rasa terlalu cepat masa berlalu sehinggakan merasakan Ramadhan kali ini juga disia-siakan. Allahu robbi.. Tengok jiran-jiran, masing-masing sibuk dengan persiapan untuk menyambut 1 syawal. Tidak kurang juga ada yang masih memburu pahala dengan menambah amalan-amalan baik. Mereka semua baik. Kalau tidak, tak mungkin mereka akan bertukar-tukar makanan tatkala waktu iftar semakin hampir.

Yang ingin saya kongsikan di sini ialah :
1) Sudahkah kita memburu pahala-pahala yang berlipat kali ganda pada bulan yang barokah ini?

    Saya sendiri tidak pasti. Sudah cukup ke amalan saya untuk menambah yang kurang? Sedangkan, rasanya dosa saya bukannya semakin berkurang. Setiap kali terfikir, rasa kerdil sangat ! terasa sukarnya untuk men'cover' semua dosa yang dilakukan. Menyakitkan hati orang lain, berprasangka, macam-macam..Tu tak dikira lagi yang khofi (tersembunyi). Allahu robbi.. Bila mengenangkannya, hanya Tuhan yang tahu hati ini. Rasa sesal mula menghujani diri. Allah, aku nak masuk syurgaMu....

    Tetapi, bila difikirkan balik. Allah tu baik. Baik sangat. Dalam pada kita tak sedar, zikir-zikir yang kita  alunkan mengikut 'musik' yang kita dengar di handphone kita tu, Allah kira. Dapat dah tambahkan berat timbangan amal baik kita. Lepas tu, kita tolong mak kita kat dapur tu..dapat juga tambah yang terkurang. Then, baca quran walau satu ayat tu.Allah...Baiknya Allah!!

    Dari Ibnu Mas'ud telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda : 

 "Barangsiapa membaca 1  huruf daripada Kitabullah, maka baginya 1 kebajikan dan tiap-tiap kebajikan 10 kali gandanya. Aku tidak mengatakan ' Alif Lam Mim' satu huruf, tetapi 'Alif' satu huruf, 'Lam' satu huruf dan 'Mim' satu huruf."

Tengok! Banyaknya 'kebajikan' yang kita dapat kat situ. Lagi satu, ingat tak hadith nabi yang ni...

Sumber Abu Dzar al-Ghifari r.a memberitakan Rasulullah s.a.w bersabda :
" Susulilah kejahatan (dosa) dengan kebaikan. Semoga kebaikan itu dapat   menghapuskannya."

 
2) adakah rasa sedih mula terbit di hati kita pada hampirnya pergi bulan mulia ini?

    sedih? gembira? sayu? argh...celaru? tak tahu apa perasaan kita? hmm..pernah dengar nasyid  'harapan ramadhan' oleh Raihan ? sejujurnya, itulah yang saya rasakan..saya rasa antum pun turut merasakannya. Sayu je bila mengenangkan ramadhan semakin melangkah jauh meninggalkan kita pada tahun ini..Allahu Robbi...masih punya kesempatankah kami untuk bertemu ramadhan akan datang? Masih punya kesempatankah kami untuk mendapat ganjaran yang 'besar' di bulan yang penuh barokah ini lagi? Allah..Allah...

    Gembira? Mungkin perasaan tu hadir tatkala melihat keriangan saudara mara membuat persediaan aidilfitri, keterujaan sanak saudara bermain sakan.. sedangkan kita sedar dan tahu, bila aidilfitri tiba, maka hilanglah semula ramadhan untuk ke sekian kalinya..masa untuk kita nantikan semula ramadhan seterusnya...

    Salah ke bergembira di hari yang bahagia?? Takkan tak boleh nak sambut kot? Mungkin pernah terpacul persoalan ni dalam kotak fikiran kita semua. Huhu..Siapa kata tak boleh? saya? Ilmu saya tak tinggi mana nak jatuhkan hukum..


3) Mungkinkah ada Ramadhan akan datang untuk kita? (serius sedih, coz ajal, maut semua tu ditangan Tuhan)

    Part ni memang 'terasa' lah..macam yang saya tulis dalam kurungan tu. Ajal, maut semua tu kita tak tahu..
Mungkin esok..Mungkin lusa, mungkin tahun depan..dan mungkin juga sekejap lagi..Mana kita tahukan..
Dimana? Bila? Macam mana? semua tu kita tak tahu..

   Dah? semua tu kita tak tahu..so, sudah tentu kita pun tak tahu ramadhan akan datang kita sempat tidak.. Betul tak?

So, jom kita manfaatkan ramadhan yang tinggal ni ( walaupun hanya beberapa hari sahaja lagi)..
Lets do it !! Gambate!!



- Good News-


Ok..Saya tahu, semua orang dah tahu 'good news'nya..Mungkin post ni agak lewat sikit..coz ni pun dah 25 ramadhan (maaf agak lewat).. Tapi, tak apa.. Ni kan ilmu juga.. sampaikan sajalah..

Dengar ni semua...
Lailatul Qadar is coming! InsyaAllah..
Saya rasa saya tak perlu terangkan lagi apa itu malam 'lailatul qadar'..semua umat islam mesti dah tahu apa itu malam 'lailatul qadar'..
Firman Allah s.w.t, : "Malam al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan." ( Al-Qadr : 2 )

Secara ringkasnya :
Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain.  Disebutkan di dalam sebuah hadith :-
Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 )

Sebuah lagi hadis menyebut :- 
انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها
Ertinya : "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim) 

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره
Ertinya : " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Jadi, jom kita sama-sama hidupkan malam dengan qiamulail..Susah? Ngantuk? Malas? heh..

Susah ke? hmm..let me think first! ahah..apa kata, before sahur tu, bangun awal sikit untuk kita luangkan masa untuk beribadah kepada Allah..Takkan sekejap pun tak boleh, walhal kalau tengok fb,blog,tweeter,youtube and whatever la boleh je kan (khususnya saya..) Tak pun, after sahur.. Boleh kan..

Firman Allah s.w.t :
Ertinya : Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar ( Al-Qadr : 5 )

 Ngantuk? ha..yang ni kena ajarlah sikit mata kita.. Kata orang jangan diikutkan sangat.. Kalau macam tu, sampai bila kita nak terus biarkan malam kita sepi.. Betul tak? Alah..rilekslah..sunat je kot.. huhu.. Memanglah sunat.. ermm.. k la.. senang cerita macam ni lah.. Kita mesti laparkan kalau tak makan.. Badan kita terasa lemah je.. Memanglah masih boleh bertahan, tapi kalau dah lama tak makan, confirm lah kita terlantar tak bergerak lagi (meninggal)..erm, lagi satu contoh,  badan kita. mestilah nak mandi, nak kemas, bersih.. kalau tak dijaga dan dibersihkan, confirm la penyakit senang nak tuju..
So, begitu juga dengan rohani kita..dalaman kita.. kita nak juga kena jaga.. Macam mana nak jaga? Bersihkan guna air zam zam macam nabi? Allah..Baginda tu Nabi.. Kekasih Allah.. Baginda di belah dadanya ketika masih kecil.. Habis tu, macam mana? Hmmm.. Salah satunya 'qiamulail'.. daripada situlah timbulnya kekuatan.. Segala kekusutan yang melanda di jiwa, kita mengadu hanya kepada Dia.. Segala rasa sesal yang datang, hanya kepada Dia kita pohon ampun..


APA TUNGGU LAGI?? DARIPADA SEKARANGLAH KITA UBAH DIRI KITA..TUHAN TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB HAMBANYA MELAINKAN MEREKA MENGUBAHNYA SENDIRI..

Ok??  Tak kesah lah walaupun ramadhan semakin menjauh pergi.. but as long as we have chance , use it properly..

P/S : maaf  kalau tak berapa nak menarik..saja nak berkongsi apa yang bermain di minda.. apa-apa pun, selagi ramadhan belum sampai ke penghujungnya, saya nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa yang tinggal hanya beberapa hari lagi...  peace... ^_^

No comments:

Post a Comment