Mulakan Bismillah sebelum membaca, Jadikan amalan sepanjang masa, Maaf dipohon tersilap bicara, Ini sekadar renungan bersama.. ^_^
"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-

Tuesday 20 August 2013

Kanak-kanak baru belajar

Bismillahirrahmanirrahim...
Allahumma solli 'ala saidina Muhammad..

**************************************************************

Semalam, saya mula mengajar semula anak buah..ye lah..hampir 2 minggu cuti raya. cuti sekolah bermakna cuti lah juga belajar dengan saya walaupun saya tak cakap pun (pandai je diorang kan)..

Tengah asyik mengajar si kakak ni, tiba-tiba telinga saya seakan terdengar sesuatu...

"kroh..kroh.." Halus saja bunyi nya..Saya menoleh ke arah si adik.. Senyuman saya ukir kepada si kakak yang turut sama menoleh ke arah si adik..Dia juga turut sama tersenyum..

"Tadi bukan main semangat suara Iris baca tadi..sekejap je dah terlelap." Saya menggeleng seraya tersenyum kembali. Balqis menyambung bacaannya semula.. Tak sampai hati pula nak kejutkan Iris.Lena pula dia tidur macam tu. Penat sangat agaknya.

Tapi, bila jam menunjukkan hampir ke pukul 9, dia terjaga.Mungkin sebab dia malu bila dia lihat kitorang tengok dia nak terjatuh daripada kerusi..Iris..Iris..awak comel lah!! ^_^


jam 9.15 pm..(time belajar dah habis)

Gambar yang dilukis Iris..:)


"Iris lukis gambar siapa ni?" Saya menegurnya bila mata saya menangkap lukisan yang dilukisnya. Dia tersenyum menampakkan giginya yang comel.

"Yang perempuan ni gambar akak Balqis." Petah dia menjawab sambil menunjukkan gambar perempuan yang dilukisnya.Saya mengangguk.

"Habis yang ni pula, gambar siapa?" Saya bertanya sambil tangan laju menunjuk kepada gambar di sebelahnya.

"Ni laki kak Balqis."Laju dia menjawab..Saya tersenyum mendengar jawapannya.

"Ouhh..Balqis lukis diorang tengah buat apa tu?" Saya bertanya lagi. Saja. Ingin melihat jawapan daripada anak kecil berusia 6 tahun tu. Dia masih leka melukis..

"ermm..diorang tengah bercinta..." Jawapan selamba yang lahir dari mulut Iris membuatkan saya tergelak kecil..Iris..Iris..huhu..kecil-kecil lagi sudah tahu guna perkataan tu..


**************************************************************


Kanak-kanak ni sangat mudah dan cepat belajar sesuatu daripada orang dewasa..Jadi, kita sebagai kakak, abang, ibu dan bapa perlulah menjadi contoh yang baik untuk mereka..

Apa tiba-tiba pula cakap fasal ni? Out of story betul lah...

Ops..jangan marah.. yang tu cerita saya saja. yang saya nak cakap...tentang kanak-kanak...
Bila saya lihat saja kanak-kanak, serta merta minda saya membayangkan.....

Wah, comelnya akhlak budak ni!
Bagusnya adik ni!
Comel je keletah dia!
Wah, pandai betul budak ni berceloteh!

dan yang paling saya suka (Of course semua orang suka) bila kanak-kanak tu...

diajar berakhlak dengan insan lain sejak kecil (bak kata pepatah..melentur buluh biarlah dari rebungnya..)

Sekian untuk perkongsian kali ini..
Andai ada tersilap, jangan pilih berdiam,
Tegurlah saya agar saya tidak terus dalam kesilapan..^_^




No comments:

Post a Comment