Mulakan Bismillah sebelum membaca, Jadikan amalan sepanjang masa, Maaf dipohon tersilap bicara, Ini sekadar renungan bersama.. ^_^
"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-

Tuesday 13 August 2013

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahumma solli 'ala saidina Muhammad..

********************************************************



"S..be strong..biasalah..nak berubah tu bukan mudah..Yang penting diri kau tu. Kalau kau cakap susah, memang susahlah jawabnya.." Bila kata-kata ini menusuk kalbu, terasa kita kuat kembali..
saya tidak sebaik kalian..tapi, saya tetap ingin menjadi yang terbaik untuk semua.

"BERUBAH!! sampai bila nak terus macam ni S? Hidup kita ni S, kalau tak diubah, alamatnya sampai bila-bila tetap sama..Macam tak ada tujuan.. Hidup terasa kosong saja..Walaupun, kerja tetap ada, kereta ada, keluarga yang best ada..still rasa kekurangan.. ya.. ketenangan..Ketenangan..Allahu robbi..Kau ada rasa ketenangan tu?" Terasa diri dihempap bah yang dahsyat..Kata-katanya kembali membuat diri ini terkesima.

"Bukan aku tak nak berubah..tapi, terlalu sukar untuk aku terus berubah seratus peratus..Kau tahukan perangai aku macam mana?" Perasaan tidak yakin dan tidak mampu pula semakin kuat bersimpul di benak. Arghh..Dia tidak merasai apa yang aku rasai sekarang ni. Mudah untuk kita berkata,tapi untuk melakukan tidak semudah yang dilafazkan..

"S, aku tak suruh kau berubah secara drastik. Diri kau pun, aku rasa tak boleh terima. Berubah tu perlu secara perlahan dan peringkat." Kepala diangguk perlahan beberapa kali sebelum melepaskan keluhan halus.


sahabatku,
saya yakin ada diantara kita yang sedang/pernah merasa keadaan seperti ini. Kalau bukan anda, mungkin sahabat anda yang meminta pandangan anda..Dan mungkin juga dalam situasi yang berbeza.

Berubah..

Sesuatu yang bukan MUDAH..(saya tak suka cakap susah or payah coz macam mendoakan susah pula)
Tapi, bila kita nampak tujuan asal kita untuk berubah..(kerana Allah)
Sememangya, kita tidak akan pernah merasai kepayahan dalam kesungguhan kita untuk berubah..

Berubah bukan takat kita cuba sebentar untuk merasai hasil perubahan itu..
Tapi, ia lebih kepada diri kita untuk mengubah diri kita supaya berupaya untuk berubah..
Berubah daripada kebaikan kepada kejahatan itu bermakna kita berusaha untuk merosakkan diri kita..
Berubah daripada kejahatan kepada kebaikan itu pula satu titik permulaan untuk kita untuk terus memperbaiki diri kita..

p/s : Berubahlah ke arah kebaikan..jangan pernah lelah dan goyah kerana Allah bersama kita..Pedulikan mulut-mulut yang berbicara dan mata-mata yang melihat.. Tajdidkan niat berubah kerana Allah..Khas buat diri ini dan juga teman-teman..







DI KESEMPATAN INI, SAYA NAK MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM (walaupun dah raya ke-enam)
'IDUN SA'IDUN..KULLU 'AMIN WA ANTUM BI KHOIR..

No comments:

Post a Comment