Mulakan Bismillah sebelum membaca, Jadikan amalan sepanjang masa, Maaf dipohon tersilap bicara, Ini sekadar renungan bersama.. ^_^
"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-

Wednesday 29 May 2013

Terima kasih kawan!!

Assalammualaikum w.b.t

Sahabat yang paling baik, apabila kamu melihat wajahnya..kamu teringat akan Allah



Terasa ringan bibir ini untuk mengucapkan terima kasih padamu, kawan-kawanku..Sesungguhnya kalian telah mengajar diri ini untuk terus bangkit. Bangkit di hamparan indah perjuangan menuntut ilmu. Bangkit dan terus bangkit. Semangat kalian kupinjam untuk terus teguh berdiri di taman ilmu dan budi ini..

Sahabat,
Terima kasih atas segalanya..

Dalam diam, diri ini kagum dengan kalian..
Yang petah berbicara,
Yang sentiasa tersenyum,
Yang sentiasa menjaga lisan,
Yang sentiasa menghormati antara satu sama lain..

Melihatkan segala yang menjamah di kornea mataku,
Terasa betapa kerdil diri ini,
Yang dikelilingi dengan mereka yang berperibadi mulia..
Setiap tindak tanduk kalian membuatkan diri ini sentiasa berfikir..
Membuatkan diri ini sentiasa bermuhasabah..
Terima kasih kawan...

Andai diri ini tersungkur di tengah lautan kelekaan,
hulurkanlah tanganmu padaku..
agar aku kembali berpaut pada jalan yang satu..
jalan yang diredhaiNya..

Terima Kasih...  ^_^



No comments:

Post a Comment