Mulakan Bismillah sebelum membaca, Jadikan amalan sepanjang masa, Maaf dipohon tersilap bicara, Ini sekadar renungan bersama.. ^_^
"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-

Monday 20 May 2013

Kasih ibu bapa.. :'(

Assalamualaikum..tiba-tiba, pagi ini terasa ingin menulis di blog ..
Keinginan untuk berkongsi rasa menarik diri ini untuk meninggalkan buku sebentar,
walaupun exam kurang seminggu daripada sekarang.

Entah mengapa, hatiku seperti dicarik-carik sedih melihat ibu bapa di sisih daripada kehidupan anak mereka (nauzubillah).
Air mata yang menuruni pipi tua itu sangat menghibakan sesiapa sahaja yang melihatnya..
Pernahkah kita pergi kepada mereka, memujuk hati yang tengah lara itu?

Sungguh berbeza ibu bapa dengan insan yang bergelar anak. Tatkala kita sedih, mereka akan mendapatkan kita, memujuk sebaik mungkin kita.
Sehingga sanggup membuat apa sahaja demi melihat wajah ceria dan keletah comel anak mereka.
Tatkala anak-anak lapar, merekalah orang yang paling risau.
Tatkala anak-anak sedih berada di asrama, mereka sanggup berulak- alik, menunjukkan wajah mereka dengan senyuman yang manis.

Namun, pernahkah kita terfikir,
Tidak jenuhkah ibu bapa melayan karenah anak-anak mereka?
Tidak penatkah mereka sering berulang-alik melihat kita di asrama, mengambil masa rehat mereka setelah berhempas pulas mencari rezeki?

Mana mungkin mereka letih...
Melihat wajah-wajah comel bagaikan menghilangkan kepenatan yang melanda..
senyuman dan keriangan anak-anak membuatkan hati mereka di panjat kebahagiaan..
Mana mungkin mereka penat...
Seharian tidak mendengar suara insan-insan yang dibelainya, terasa dunia mereka sunyi..
sunyi daripada suara-suara kecil yang dulunya acap kali memanggil 'ayah dan ibu'..
Seharian tidak melihat wajah mereka bagaikan hilang seri dalam rumah mereka..

Akan ada satu perasaan yang halus yang menjalar di hati mereka...
'RINDU'...
Rindu pada anak-anak mereka..
Rindu pada suasana dulu..
Suasana semasa mereka membesarkan anak-anak mereka..

Rindu..rindu pada mereka..
pada anak-anak mereka...
Walaupun kini mereka sudah bergelar doktor,
Walaupun kini mereka sudah bergelar pilot,
Walaupun kini mereka sudah mendirikan mahligai indah..

Tetapi, dalam kita tidak sedar, perbuatan kita telah menyebabkan ibu bapa kita berjauh hati dengan kita.
Kata-kata kita telah menghiris sukma mereka..
Insan yang sanggup menjual apa sahaja demi anak mereka, di hina..
Di malukan hadapan insan lain..
Jikalau dulu, mereka cuba menenangkan hati anak-anak mereka sekiranya anak-anak mereka dimalukan..
Tetapi, sekarang ganjarannya..mereka dimalukan di depan khalayak ramai..
Jika dulu mereka sanggup mengikat perut memastikan anak-anak tidak lapar,
Tetapi, sekarang ganjarannya, 'tahulah mak ngan ayah nak makan..mereka bukan budak kecil lagi!'

Sedarlah wahai sahabat-sahabatku sekalian...
Betapa ramai anak-anak yang mengahantar ibu bapa mereka ke rumah 'warga emas'
Rumah yang tidak pernah diidamkan oleh setiap insan yang bergelar ibu bapa di lewat usia mereka.
Saya juga pasti,antum juga tidak mahukan..
Sebagaimana mereka menjaga kita sehingga sekarang, jagalah mereka sehingga hujung nyawa mereka..
Sebagaimana mereka mencurahkan kasih tidak berbelah bahagi, curahkanlah kasihmu yang tiada sempadan..
Sebagaimana mereka sanggup bersusah payah untuk kita..tidak sanggupkah kita bersusah payah untuk mereka??

Tepuk dada tanya iman..Andai antum menginginkan ganjaran besar yang dijanjikan Allah taala,
Buatlah yang terbaik untuk mereka..mereka tidak mengharapkan wang ringgit daripada kita..
mereka hanya mahukan kasih sayang dan perhatian kita untuk mereka..

Semoga kita tergolong dalam anak-anak yang soleh dan solehah..Ameen..
Renungan dan nasihat untuk diri ini dan sahabat-sahabat..
Andai ada terkasar bahasa, sepuluh jari di susun memohon maaf..
Saya juga hanya insan biasa yang tidak pernah lari daripada melakukan kekhilafan..

video ni khas untuk semua..
menangis air mata ini mengenangkan khilaf diri ini pada ami dan abah..
*Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku dan juga dosa kedua ibu bapaku.Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku ketika aku kecil..*




p/s : Berbaktilah kepada mereka selagi mereka berada di atas muka bumi ini..
:'(

3 comments:

  1. terima kasih ukhti Lunia meluangkan masa utk mmbacanya...

    yup, mmg sdih bila mengenangkan...
    teringat satu hadith ni..

    Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:“Sungguh hina, sungguh hina, sungguh hina!”Baginda ditanya: “Siapakah wahai Rasulullah (yang hina itu)?” Baginda menjawab:Orang yang mendapati orang tuanya dalam keadaan tua, sama ada salah seorang atau kedua-duanya, kemudian dia tidak memasuki syurga.[1]

    Na'uzubillah..semoga kita sentiasa menghargai kedua ibu bapa kita..selagi hayat masih ada, masih ada peluang untuk kita berbakti kepada mereka..InsyaAllah.. ^_^

    ReplyDelete
  2. Rujukan :

    [1] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya – hadis no: 2551 (Kitab al-Birr wa al-Sholah wa al-Adab, Bab sungguh hina seseorang yang mendapati orang tuanya……).

    ReplyDelete