Mulakan Bismillah sebelum membaca, Jadikan amalan sepanjang masa, Maaf dipohon tersilap bicara, Ini sekadar renungan bersama.. ^_^
"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-

Friday, 26 April 2013

Marah???

Assalamualaikum...semua sihat?
Alhamdulillah..

hmmm..tengah search something ke?
mengganggu je lah kan blog ni..huhu..jangan marah..
apa kata awak(yang tengah baca ni) teruskan bacaan awak..

ha...alang-alang awak da stay kat blog ni, saya nak tanya ni..

Apa yang awak akan lakukan jika emosi awak seperti gambar ni??


p/s daripada pihak penaja: Sila jawab dengan jujur..^_^

a) lepaskan sahaja amarah kepada sesiapa sahaja yang menegur anda.
b) masuk bilik dan tekup muka dengan bantal seterusnya menjerit sepuas-puasnya.
c) senyum sahaja walaupun hati tengah menggelegak.
d) "huh..buat kedut muka je marah-marah ni..happy jer sudah..enjoy your life."

Baiklah..jawapan ada di tangan awak..
Sebelum itu, izinkan saya share something tentang 'marah'
Perlu tahu ni..teruskan bacaan awak..^_^

Ada apa dengan 'marah'?
ish...mestilah ada..jangan ambil ringan je..
Jangan fikir, 1 perkataan yang terdiri daripada 5 huruf itu tidak memberi impak yang besar dalam kehidupan kita..

Yelah..cuba bayangkan,,hanya dengan marah:

1)  Depression
  bila seseorang itu marah dengan berlebihan, ia hanya akan menambahkan stress dan ketegangan dalam fikiran kita.Ketidakmampuan kita untuk mengawalnya mengakibatkan depresi yang berlarutan.Depresi ini juga mengakibatkan seseorang kurang keyakinan diri dan juga menjadi penyebab seseorang itu igin membunuh diri..takut tak..

Look..begitu sekali tahap depression..
Tetapi, ingat..

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa yang bunuh diri dengan benda tajam, maka benda tajam itu akan dipegangnya untuk menikam perutnya di neraka Jahanam. Hal itu akan berlangsung terus selamanya. Barang siapa yang minum racun sampai mati, maka ia akan meminumnya pelan-pelan di neraka Jahanam selama-lamanya. Barang siapa yang menjatuhkan diri dari gunung untuk bunuh diri, maka ia akan jatuh di neraka Jahanam selama-lamanya. (Shahih Muslim No.158)

hmm..lagi takut azab Allah...Allahu robbi..Na'uzubillahi min zalik..

2)  Tak sihat untuk tubuh
Macam yang kita nampak, marah ni akan bagi effect time tu juga pada tubuh kita. Pernah tengok orang marah tak? Bila seseorang tu marah, nafas akan sesak, jantung berdetak lebih cepat, suhu tubuh akan panas dan berpeluh.Lagi satu, sebab tu orang yang menghidap sakit jantung ke tak boleh marah..tahu kan effectnya..

3)  Tidak disukai.
Last but not least, kebanyakan mereka yang pemarah ni, tidak disukai kawan. Kenapa? Yelah..Bayangkan kalau kita tiba-tiba kena marah..ataupun kena pandang muka macam nak ditelan je.Mahu tak nya, kita rasa nak telan dia balik.

ish..calm down..kan lebih bagus kalau kita senyum je kat dia. Kita pun tenang. Marahnya pun akan berkurangan.(Saya ada sebut tentang senyum pada entry yang lepas.)
ha...kan dapat pahala tu..

Ok.Balik kepada topik asal kita. Tindakan kita..
Di sini saya nak share sedikit cara untuk mengawal perasaan marah tu :

1)  Baca 'Ta'awwudz'
Apabila sedang marah tu, rajin-rajinkanlah mulut baca 'Ta'awwudz'(memohon perlindungan ) kepada Allah.
Sebabnya, pada hakikatnya marah yang tidak dapat dikawal itu adalah daripada dorongan syaitan.

Nabi bersabda yang bermaksud: “Apabila salah se­orang di antaramu marah maka katakanlah: ‘Aku berlindung kepada Allah’, maka marahnya akan menjadi reda”. (Riwayat Abi Dunya).



2)  Diam
Berusaha untuk diam atau tidak banyak berbicara.

sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Apabila salah seorang di antara kamu marah maka diamlah.” (Riwayat Ahmad)


3)  Jika sedang marah dalam keadaan berdiri duduklah. Bila duduk masih marah maka berbaringlah. Hal ini ditegaskan Nabi s.a.w :

“Marah itu daripada setan, maka apabila salah seorang di antaramu marah dalam keadaan berdiri duduklah dan apabila dalam keadaan duduk maka berbaringlah.” (Riwayat Asy-Syaikhany).

Apabila semua sudah dibuat, tetapi masih tidak mampu mengendalikan amarah, maka usaha terakhir yang boleh dilakukan adalah dengan berwudhu' atau mandi.



Sekian perkongsian kita untuk hari ini..

“Mereka menafkahkan harta benda mereka ketika senang ataupun susah, mereka juga mampu mengawal perasaan marah dan mereka juga memaafkan kesalahan orang lain.” (Surah Ali-Imran ayat134)

 Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:­ “Manusia yang gagah bukannya tunjuk kuat dalam pergaduhan tetapi yang paling gagah bila boleh mengawal marahnya.”

























No comments:

Post a Comment