Mulakan Bismillah sebelum membaca, Jadikan amalan sepanjang masa, Maaf dipohon tersilap bicara, Ini sekadar renungan bersama.. ^_^
"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-

Tuesday 5 February 2013

Remember...

" Susah untuk aku bicarakan..Tatkala aku merasa diri tidak punya apa-apa,tetapi Tuhan sentiasa berada di sisi hambaNya..mendengar setiap butir bicara hambaNya..Terasa ketenangan menguasai jiwa..mendekatkan diri kepada Maha Pencipta..Tatkala aku merasa diri keseorangan, tiada rakan tiada teman, yang bisa menggembirakan, tatkala diri dilanda kesedihan, tetapi aku punya Tuhan, yang sentiasa berada di sisi hambaNya..yang sentiasa menolong hamba-hambaNya.."
"Maka,nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"( surah Ar-Rahman) Namun,kadangkala kita leka..kita alpa..tatkala kita diuji dengan nikmat2 Tuhan..Nikmat gembira,kekayaan,teman yang ramai...kita lupa dengan Tuhan yang sentiasa berada di sisi kita..yang sentiasa melihat kita..kita terlena dengan godaan dunia...Namun,apabila nikmat2 itu ditarik balik,barulah kita ingat pada Tuhan..Allahu akbar...Peringatan buat saya dan sahabat2 sekalian..

No comments:

Post a Comment