Mulakan Bismillah sebelum membaca, Jadikan amalan sepanjang masa, Maaf dipohon tersilap bicara, Ini sekadar renungan bersama.. ^_^
"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-

Wednesday 6 February 2013

Pay Attention,please...

assalamualaikum...^_^..baru balik asrama ni.penat tu masih bersisa lagi.Tapi,still boleh menaip.Jangan risau..hehe.Hari ini ujian untuk saya yang lalai dan cuai.Sepatutnya,saya memberikan sepenuh perhatian dalam kelas.Ni tidak.Ceritanya begini...saya hanya ada dua kelas untuk hari ini.pkul 11 am hingga 12.50..then,petang pukul 2pm-5.20pm..Pagi-saya datang pukul 11 tepat dah ada dalam kelas..lec pun masuk.Yelah.sem barulah katakan..hehe..lec tak ajar pun.just cakap sikit-sikit dan keluar.11.25 am,klas untuk sesi pagi ni da habis..Apalagi,saya pun balik asrama dulu.Penat la juga.Mana taknya.Naik bukit kan.Jauh tu,boleh tahan lagi la..Masih mampu untuk berjalan..hehe..Kelas untuk sesi petang start pkul 2pm.Hari ni,saya terlewat 5 minit.huhu..Sakit kaki tu adalah..Dari asrama nak pergi kelas ke econ building adalah lbih kurang 30 minit.tak pun 20-25 minit.Hmmm..Dekat-dekatlah tu..Bangunan yang boleh dikatakan paling jauh dari asrama..Dengan bangganya saya pun mendaki tangga-tangga di bangunan tu untuk ke level 4...(nak naik lif,ramai sangat..)Dengan nafas yang masih tercungap-cungap,saya pun masuk ke kelas..Seram juga kalau lec dah masuk dulu..Buka saja pintu kelas...Alangkah terkejutnya saya!Saya hanya melihat kerusi-kerusi dan meja kosong..Salah kelas ke??Tak mungkin...Dengan pantasnya,tangan saya mencapai h/p di dalam beg.."Kelas kan tak ada hari ini.Lec dah cakap semalam."Suara kawan saya menyentuh gegendang telinga...Semalam,lec ada cakap "untuk sepanjang minggu ni kita ada kelas dengan saya kecuali hari rabu,saya ada kerja. Tapi,dengan cikgu lagi sorang tak ada."Sambung kawan saya lagi..Saya pun menarik nafas sedalam-dalamnya.huhu..Patutlah..Yang saya dengar,kelas sepanjang minggu ni ada kecuali dengan cikgu lagi sorang..Tak perasan pula hari rabu dia dah cakap awl-awal tak ada kelas.....Makanya teman-teman sekalian,jangan miss 1 perkataan pun dari lec kita..Bukan lec sahaja,tapi semua orang..Kenapa yer??hehe..sebabnya,kalau 1 perkataan sahaja kita miss,berkemungkinan kita sudah salah faham dengan sesuatu yang dibicarakan..Lagikan berpatah-patah perkataan(yang 'ter'tidur dalam kelas)..^_^..Sayangkan...especially,kalau cikgu kita tu mengajar..aishh,banyak tuh informasi dan ilmu yang disampaikan..Sayang kalau kita miss..So,dalam kelas jangan mengelamun dan juga tidur yer..^_^ Pesanan buat diri saya dan juga sahabat-sahabat sekalian..

No comments:

Post a Comment