Mulakan Bismillah sebelum membaca, Jadikan amalan sepanjang masa, Maaf dipohon tersilap bicara, Ini sekadar renungan bersama.. ^_^
"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-

Sunday 24 February 2013

"Di mana Rasulullah di hatimu?"

Terima kasih sahabat2 ku..kerana menyedarkanku dari terus diulit mimpi indah dunia..Yang melalaikan aku tanpa aku sedari.. yang membuatkan aku lupa pada masa muda yang sepatutnya aku gunakan sebaik mungkin..

Siapa lagi yang mahu perbaiki sahabat2ku yang diluar sana..yang memerlukan seseorang untuk mendengar dan menasihati mereka..
siapa lagi yang mahu mengajak mereka mengenal diri,mengenal Allah, mengenal Rasulullah s.a.w..
Siapa lagi kalau bukan aku,kamu dan kita!!

 Sanggup kah kita melihat sahabat2 kita berpeleseran di jalanan tatkala seruan Allah berkumandang ?Sanggupkah kita melihat generasi akan datang tinggi ilmu,namun rendah akhlaknya ?
 Sanggupkah kita melihat anak-anak kita sendiri membesar dengan suasana sedemikian??Allahu rabbi... Wahai sahabat-sahabatku sekalian, Kita ada tujuan dalam kita meniti kehidupan yang penuh dugaan dan cabaran ini..
 Tujuan kita hanya satu, iaitu 'cinta Allah'..
 Untuk mencapai tujuan, kita perlulah ada jalan.. Iaitu 'jalan Rasulullah'..
Maka,dari situ akan tercapainya tujuan kita dalam hidup..

 Bila hati kita teringat akan seseorang, sudah tentu lidah akan selalu menyebut namanya..
 bila lidah selalu menyebut namanya,sudah tentu hati terasa rindu..
 Bila hati merasa rindu, sudah tentu diri kita kuat katakan untuk bertemu dengannya..
 Allahu rabbi...begitulah sifir cinta kita kepada Rasulullah..
 Ingatlah wahai sahabat-sahabatku..

 Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud :"Orang yang paling aku cintai dalam kalangan umatku ialah orang sesudahku yang sangat ingin melihat aku(walaupun dengan mengorbankan keluarga dan hartanya)"(riwayat muslim).

 Subhanallah..Terkenangku akan sebuah kisah dimana rasulullah menangis teresak-esak seorang diri.
 Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah S.A.W. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah S.A.W. Bila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar,”wahai kekasih Allah apakah yang menyebabkan engkau menangis? Apakah ada sesiapa yang menyakiti hati engkau? Beritahulah kepadaku agar aku dapat memberi pengajaran kepadanya.”
kata Rasul kita tercinta Muhammad shalallahu ‘alaihi wasallam dengan nada tangisan teresak-esak,” “Betapa aku rindu……untuk bertemu dengan kekasih-kekasihku”. Para sahabat bertanya, “Ya Rasul, bukankah kami adalah kekasih-kekasihmu?” Rasul pun menjawab, “Antum asyhabiy (kalian adalah sahabat-sahabatku), kekasih-kekasihku adalah umat yang datang setelah ini.”


Baginda mengatakan bahawa Baginda terlalu merindui umatnya di akhir zaman yang disebut-sebut sebagai ikhwannya.
 Para sahabat merasa iri hati hinggakan Saidina Abu Bakar bertanya, "Bukankah kami ini ikhwanmu? Tidak Abu Bakar, kamu semua adalah sahabatku" kata Rasulullah S.A.W. Ikhwanku itu, menurut Rasulullah S.A.W adalah mereka yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka".

 Allahu akbar..begitu sekali mendalamnya cinta Rasulullah kepada umatnya..sehinggakan apabila di akhirat kelak, baginda akan memberi syafaat kepada umatnya.
 Kita?? bagaimana pula dengan kita?
adakah cukup kita melafazkan 'aku cinta padamu Rasululullah' sedangkan kita tidak membuat sunnahnya.. Nabi SAW bersabda, “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, berarti dia cinta padaku, dan barang siapa yang cinta padaku, maka akan masuk surga bersamaku.” Baiklah sahabat-sahabatku sekalian, sampai di sini sahaja coretanku untukmu..InsyaAllah, entry akan datang akan saya senaraikan serba sedikit sunnah 'kekasih Allah'..Maas salamah wa ilal liqa'......

"maniskan iman,maniskan senyuman"

No comments:

Post a Comment