Mulakan Bismillah sebelum membaca, Jadikan amalan sepanjang masa, Maaf dipohon tersilap bicara, Ini sekadar renungan bersama.. ^_^
"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-

Wednesday 20 February 2013

bangkit..

Assalamualaikum sahabat2 yang ku kasihi,ku sayangi,ku rindui dan ku cintai kerana Allah.. Apa khabar iman sahabat2ku?sudahkah diberi makanan rohani pada diri sahabat2 untuk hari ini?Ambil lah sedikit pengajaran dari kehidupan kalian pada hari ini.Semoga,kita terus bermuhasabah dalam menjalani kehidupan kita untuk hari esok...Jatuhnya hari ini, bukan bermakna kita akan jatuh selamanya..Bangkitlah..Sesungguhnya,di hujung sana akan ada cahaya untuk kita..Begitu juga bagi insan yang sentiasa berasa dirinya begitu lemah dan tidak mempunyai sebarang keistimewaan.. Terasa dirinya begitu tidak berguna pada insan di sekelilingnya..Jangan terus berfikir negatif pada diri kita sendiri..BANGKITLAH dari terus membuaikan diri kita dengan perkara yang melemahkan diri kita untuk terus bangkit..kalian adalah apa yang kalian fikirkan..Jangan terus menyerah kalah tanpa berjuang dahulu.... "Ya Tuhan kami, permudahkanlah segala urusan kami..Bantulah kami dalam setiap apa yang kami lakukan...Tuntunilah setiap langkah kami.." ameen.

No comments:

Post a Comment