Mulakan Bismillah sebelum membaca, Jadikan amalan sepanjang masa, Maaf dipohon tersilap bicara, Ini sekadar renungan bersama.. ^_^
"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-

Saturday 19 January 2013

Coretan untukmu sahabat..

Ya Allah..tiba-tiba minda saya teringat akan seorang sahabat saya semasa di alam persekolahan..Dia muda setahun dari saya.Memang,tidak nafikan.Dia seorang yang peramah dan murah dengan senyuman.Saya senang berdamping dengannya.Tetapi,sebagai seorang manusia dan hamba kepada Maha Pencipta,sudah tentu kita tidak akan pernah lari dari membuat kekhilafan.Tidak kira sama ada dalam sedar mahupun tidak..Dalam bentuk percakapan,perbuatan mahupun sebagainya.Di sini bukannya saya ingin menyatakan hal tersebut.Tetapi,saya ingin menyatakan indahnya persahabatan yang dicipta membuatkan kita begitu sedih apabila perpisahan menuntut janjinya..Sungguh.Dalam menyusuri ikatan persahabatan,tidak dinafikan ada pahit,manis,bahagia,sedih dikongsi bersama..Kadangkala, air mata kita turut jatuh ke pipi tatkala sahabat kita dilanda kesedihan dan kesusahan..Hiba melihat kemuraman di sebalik senyumannya. Kadangkala, kita juga dapat merasai kegembiraan dan kebahagiaannya.Hati kita juga senang melihat keriangan di wajahnya. Ya,saya tidak nafikan.Tatkala perpisahan semakin hampir,rasa sedih menguasai jiwa.Lebih-lebih lagi apabila dia menarikan penanya di atas helaian kertas.Menulis bait-bait yang menyentuh hati saya.
Harap persahabatan kita tetap utuh.Ukhwah fillah ukhti.InsyaAllah, akanku kenang dirimu dalam setiap baitku menghadap ilahi..Tetapkan hatimu menuntut ilmu kerana Allah. P/s :buat sahabat2ku sekalian,hargailah sahabat.Sayangilah mereka kerana Allah. Sungguh,dirimu akan merasai nikmat persahabatan yang terjalin kerana Allah.. ^_^

2 comments: