Mulakan Bismillah sebelum membaca, Jadikan amalan sepanjang masa, Maaf dipohon tersilap bicara, Ini sekadar renungan bersama.. ^_^
"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-

Thursday 17 January 2013

Sedarkan aku...




Air mata deras jatuh menuruni pipi..
Lantas derai di lantai bumi.. 
Kenang diri digelumangi dosa.. 
Terkedu seketika.
Bertanya diri.. 'Di terimakah aku di akhir hidup ini?"
Hidup di dunia yang penuh godaan dan hasutan.. 
Tanpa memikirkan azab dan seksaan.. 
Lantas aku setujui.. 
Oh,alangkah ruginya aku! 

Tatkala diri diberi kesempatan.. 
Lantas aku bangkit Membetulkan kesilapan..
Bayangan dosa terus menghantui Terasa diriku tidak diampuni.. 
Percayakan aku wahai teman..
Jauhkan dunia dari jiwa.. 
Kelak engkau akan bahagia.. 
Rasai kemanisan yang tidak terhingga..

No comments:

Post a Comment